Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Samb ... Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Member

Status: Offline
Posts: 24
Date:
Samb ... Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Sembang-sembang dgn Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


30.      ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi
nakal.  Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf,
beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu
mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31.      Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa
bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32.      Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang

lain pula.  Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita
tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang
lain.

33.      Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah
sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh
maju.

34.      Kita jangan cepat putus asa.  Putus asa boleh tapi kena
cepat-
cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik.  Jangan jadikan
agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah.
Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35.      Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab
sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab.
Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang
fleksibel, boleh naik dan turun.

36.      Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit.  Saya biasa pakai
Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta
nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37.      Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju.  Ini saya
berani perang dengan sesiapa pun.  Orang Melayu boleh maju. Kalau
saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti
mahu ambil alih akhbar ini.  Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh
berlaku.

38.      Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh
bangsa kita dan agama kita.  Ia berkait dengan sikap dan cara kita
berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci
kejayaan kita.  Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu
berfikir.

39.      Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat.
Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya
boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan
tidak boleh.

40.      Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh
memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan
rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan
rumah besar.  Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu
matlamatnya.

41.      Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena
bekerja keras dan fokus.

42.      Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang
walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43.      Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula
daripada didikan orang tua saya sendiri.

44.      Saya sendiri berhutang  sambil berniaga dan buat sumbangan
amal jariah.  Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat
semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun
tak sempat saya buat.

45.      Saya biasa saja.  Hidup saya tidak berubah, dari dulu
beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah.
Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46.      Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan

hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh
buat banyak.  Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak
buat langsung.

47.      Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang.
Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai.
Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai
boleh pakai.

48.      Saya gembira dapat membantu.  Saya mahu orang lain merasai
(kesenangan) apa yang saya pernah rasa.  Saya tahu bagaimana
perasaanya.  Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya
mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak
mengapa.  Itu yang membuat hati saya seronok.

49.      Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini.  Saya
kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan
lagi.  Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Tambahan

Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam
jangan lah kita tergulong atau bertanggung jawab menyumbang pada
pembunohan kegiatan amal orang melayu dan islam.

-      Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian
untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary,
menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara,
sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun
penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

-      Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya
menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai
pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi
(RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau
menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan
sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan
peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.


 



__________________
2nd Branch & Nanak Ugik


Guru

Status: Offline
Posts: 694
Date:

dah ptg nie..ada masa ke leh jadi cam dia yerk...



__________________
KG. PANTAI BESAR, BATU KURAU, PERAK.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard