Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: HUKUM HUDUD


Veteran

Status: Offline
Posts: 30
Date:
HUKUM HUDUD


"Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyang"


1. Hukum hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah di dalam Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah Allah yang tidak boleh ditukar ganti hukumannya dan tidak boleh diubah suai dan dipinda.


2. Hukum hudud tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun. Mereka yang melanggar aturan-aturan hukum Allah yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah dan Rasulnya yang disebut di dalam Quran dan hadis adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Firman Allah swt.


Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim - Surah al-Baqarah 229


3. Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:


a) Berzina iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut syara.


b) Menuduh orang berzina(qazaf), iaitu membuat tuduhan zina keatas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya, dan tuduhan itu tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.


c) Minum arak atau minuman yang memabukan, samada sedikit atau banyak, mabuk atau tidak.


d) Mencuri, iaitu memindahkan secara bersebunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.


e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama islam, samada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan iktikad kepercayaan.


f) Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan denan cara kekerasan.


g) Pendurhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhakan kepada Ulil Amri yang menjalakan syariat Islam dan hukum-hukum Allah.


 


Kesimpulan : Allah Maha Mengatahui.. Allah Maha Berbagsa Cina.. Allah Maha Berbagsa India.. Allah Maha Perkauman.. Allah Maha Berbangsa Kaum... Allah tahu apa yg Dia lakukan.. Allah tahu apa yang Dia buat.. Allah tahu apa yg setiap manusia perlukan.. Allah Maha Hukuman.. Allah Maha Undang˛.. Allah Maha Pencipta Segala Undang˛.. Kenapa ada ORANG ISLAM yang masih abaikan Kekuatan dan Kekuasaan Allah.. dengan menyatakan bahawa hudud tak boleh dilakukan di Malaysia di sebabkan perkauman atau ada bangsa lain iaitu org kafir yg bukan org islam.. jadi mereka tak boleh lakukan Hudud... Kerajaan Allah dgn kerajaan Malaysia.. mana lagi Maha Hebat sehinggakan nak tolak kuasa undang˛ Allah yg Dia ciptakan utk seluruh dunia.. bukan seluruh umat Islam je Allah ciptakan Hudud..


Islam ialah agama yg syumul,menyeluruh dan universel... ia menyeluruh dari segi hiburan.. ia menyeluruh dari segi ekonimi.. ia juga univesal terhadap politik dan sosial ... termasuk juga syumul terhadap undang˛ atau hukuman... kenapa ia dipanggil undang˛ yang segelintir iaitu untuk org islam sahaja?.. Ini dah jatuhkan maruah Islam.. kerana menuduh Islam bukan agama yg syumul.. dah jatuhkan maruah Islam atau dah jadi kafir... itu urusan Allah..


Apa jua tekanan terhadap dunia luar seperti AS dan sekutunya itu bukan urusan manusia.. itu semua Allah punya kerja.. jgn kacau.. dan jgn pandai˛ nak buat hukuman sendiri atau tiru hukuman org kafir.. Allah lagi Berkuasa keatas Bush, keatas Amarika, keatas Blair dan juga Britain.. Allah nak hancukan kerajaan Amarika dengan tentera seperti air, udara atau binatang˛ kecil pon boleh.. sedangkan kerajaan namrud pon iaitu raja dia sendiri mati dgn seekor nyamuk... tu pon tak boleh tewaskan tentera Allah berupa seekor nyamuk.. firaun mati lemas dlm laut.. siapa berkuasa masa tu...


Sebenarnya Kerajaan takut nak buat hudud sebab takut dgn tekanan luar.. takut malaysia jadi kelam kabut.. tak aman.. sebab itu kerajaan sanggup tolak hudud.. nanti kita semua tak hidup macam sekarang.. aman damai.. selesa.. tak ada bom sana bom sini.. tapi.. berapa lama kita akan aman damai kat dalam dunia nie?.. 10,000,000 tahun ada tak?.. paling lama pon 80 thn.. lepas tu merana kat akhirat 100,000,000,000,000,000,000,0000,000,000 thn  (selama-lamanya)


Anda layak membuat pilihan :



  1. 100 tahun hidup macam sekarang selesa.. aman damai.. semua dapat.. tapi selama-lamanya anda akan masuk kedalam neraka besama˛ tentera Amarikan dan sekutunya kerana mengikut cara mereka.. dan ingin mendapat perhatian dari mereka (AS) bukan dari perhatian Allah atau ;

  2. 100 tahun hidup menderita.. mati anak bini sebab peperagan degan org kafir.. hidup melarat.. kene kutuk sebab buat apa yg Allah suruh buat.. walau keadaan memaksa.. tetapi selama-lamanya hidup bahagia.. sentosa.. sentiasa mendapat nikmat dari syurga Allah.. boleh jumpa anak bini kembali.. semuanya dlm satu mahligai..

renugkanlah.. mana satu yg anda mahukan



-- Edited by Barisan Islam at 13:15, 2005-03-27

__________________
Aku Dari Barisan Allah


Senior

Status: Offline
Posts: 254
Date:

Assalamualaikum...///


Saya takde ape nak komen mengenai topik... cuma nak sedikit pandangan saudara/saudari mengenai Hukum Hudud.......Saya ade beberapa pertanyaaan mengenai hukum hudud nie:


1- Bagaimana Kalau Hukum Hudud ini dipinda???? Apa pendapat saudara??? Adakah ianya wajar?


2- Kalau ianya dipinda ,adakah individu yg meminda itu bersalah atau sebagai mana???


Diharap ade saudara /saudari yg dapat membantu permasalahan saya ini...///




__________________
A d i b T o s h i o™


Senior

Status: Offline
Posts: 151
Date:


quote:


Originally posted by: adib
"Assalamualaikum.../// Saya takde ape nak komen mengenai topik... cuma nak sedikit pandangan saudara/saudari mengenai Hukum Hudud.......Saya ade beberapa pertanyaaan mengenai hukum hudud nie: 1- Bagaimana Kalau Hukum Hudud ini dipinda???? Apa pendapat saudara??? Adakah ianya wajar? 2- Kalau ianya dipinda ,adakah individu yg meminda itu bersalah atau sebagai mana??? Diharap ade saudara /saudari yg dapat membantu permasalahan saya ini.../// "


saya akan jawab solan sahabat saya dari gombak ini.. along... kekekekeke


soalan pertama : 1- Bagaimana Kalau Hukum Hudud ini dipinda???? Apa pendapat saudara???


jawapan : Adakah hukum Allah masih belum sempurna?..  kita dah mempertikaikan Allah nie tak sempurnalah.. sekiranya ianya dipinda ini dah jatuh kan maruah Allah SWT sebagai Tuhan seluruh alam hukumnya kafir laknatullah.. Kalau nak pinda gak.. tanya Tuan punya hukum iaitu Allah SWT.. manusia tak layak masuk campur urusan Allah SWT dlm mentadbir alam ini.. ok...


soalan kedua : 2- Kalau ianya dipinda ,adakah individu yg meminda itu bersalah atau sebagai mana???


jawapan : Siapa yg bersalah?.. org yg meminda (mengubah) undang˛ Allah.. siapa yg gubal undang˛ hudud itu dah jadi kafir.. atau dlm cubaan atau dlm kajian skali pon... tidak dibenarkan sama skali.. hudud dah sempurna.. ada sesiapa masih nak mempertikai?


p/s : Hudud nie dari Quran... kalau nak meminda hudud bermakna meminda Quran seperti org lain meminda kitab zabur...injil... taurat... semua nya dah hancur.. tak bleh pakai... tetapi Al-Quran Allah pelihara sehingga kiamat.. nak cuba pinda Quran dia akan pinda hudud...


ada bantahan?.....



__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

RASANYA HABIT MEMBAWA ISU AGAMA UNTUK SINDIRAN POLITIK SEMAKIN MENJADI JADI. JANGAN LAH TERLALU ANGKUH MEMPERSOALKAN TENTANG HUDUD... SEOLAH OLAH ANDA TELAH CUKUP MAHIR TENTANGNYA ... SEHINGGA SANGGUP MENCABAR SESIAPA UTK MENDEBATKAN HUJAH ANDA... BERILAH KOMEN DAN SARAN, JANGAN MELONTAR TOHMAHAN DAN KUTUKAN DI SINI...


BICARA TENTANG HUDUD...


SEBENARNYA YG PALING MENYEDIHKAN KITA IALAH HUKUM HUDUD ALLAH YANG AMAT BERJAYA DAN BERKESAN UNTUK MENDIDIK MANUSIA ... TELAH DIGAMBARKAN MENJADI BEGITU MENAKUTKAN DAN AMAT MENGERIKAN...  HUDUD MUTASYABIHAT YANG ALLAH SURUH, DI FAHAMI DAN INGIN DIPERLAKUKAN SEBAGAI MUKAMAT...


KITA SEMUA LUPA... HILANG SUDAH KAEDAH WALYATALLATTOF (DAN HENDAKLAH KAMU BERLEMAH LEMBUT)... HILANG SUDAH KONSEP ADDIN SEBAGAI NASIHAH ...


BAHKAN KERANA SIBUK DAN GHAIRAH TENTANG HUDUD, KITA LUPA BAHAWA KITA SENDIRI TIDAK PERNAH TAHU APAKAH RAHSIA HUDUD YG SEBENAR DI SISI ALLAH...


HUDUD YG DI AMALKAN RASULULLAH DAHULU DI SENANGI SEMUA UMAT MANUSIA, NON MUSLIM MALAH SANGGUP SERAH KAN NEGERI YATHRIB UTK DI TADBIR RASULULLAH DENGAN HUDUDNYA... TERFIKIRKAH KITA HUDUD BAGAIMANA YG RASULULLAH JALANKAN... DAN MENGAPAKAH ORANG YG KITA GELAR KAFIR SEKARANG MENENTANG HABIS HABISAN HUDUD...


HUDUD YG BAGAIMANA PULA YG MASIH TIDAK SIAP DI GUBAL HJ HADI HINGGA SEKARANG....? TAHUKAH ANDA SEBENARNYA HJ HADI SENDIRI TAK TAHU TENTANG HUDUD SEBENAR YG DI AMALKAN RASULULLAH...? DAN BAHAWA BELIAU SENDIRI TIDAK YAKIN , TIDAK MAMPU DAN TELAH TENGGELAM PUNCA TENTANG HUDUD SEBENARNYA...


Yang pasti anda harus kaji dulu... kedudukan Islam berdasarkan kefahaman dan perlaksanaan al kitab spt yg anda katakan itu. 3 kitab sebelum al quran pernah established, akhirnya jatuh semula... dan spt yg anda katakan tentang 3 kitab yang turun naik itu ... juga telah di sabdakan rasulullah akan berlaku PERKARA YG SAMA juga pada alquran ini... SEPERTI YG TELAH DIRIWAYATKAN OLEH BAIHAQI DARIPADA SAYIDINA ALI ... dalam himpunan hadis sohih tentang akhir zaman...?


Dan jika telah berlaku keadaan YG RASULULLAH FIRASATKAN INI, bila ALQURAN telah di rosak kefahamannya... sahingga umat jadi pening, gagal memahami al kitab secara hadir (hadhari) atau MAMPU MEMAHAMI ALQURAN DAN MEMADANKAN PELAJARANNYA pada situasi semasa ...  MAKA apakah harus di gelar keadaan umat ini...?


Nahhhh inilah zaman jahiliah yg TELAH kembali asal... sama keadaannya spt waktu rasulullah menerima wahyu dulu... yg mana taurat di tangan gagal difahami lagi akibat dari putar belit ahli kitab...


Sekarang ini siapakah ahli kitab yg melakukan putarbelit itu...? kalau bukan mereka yg sedang anda agungkan itu, yg sedang anda sembah itu (surah 9 - at-taubah, ayat  31 )...? yang membanggakan diri dengan bersandarkan serban dan jubah sahaja...? (surah 63 ayat 4) hingga Islam kelihatan begitu sukar dan sulit di fahami... yg membuatkan sebahgian umat rela tukar agama...?


Dalam kemelut ini... tahukah anda samada rasulullah menekankan pendidikan yg jelas dan yg mampu memberikan keyakinan padu umat terhadap Islam terlebih dahulu , iaitu penekanan rukun Iman...? atau tak habis habis cerita pasal hukum dan rukun Islam? ... didik dahulu atau hukum dulu...? tahukah anda di surah mana cerita soal hukum itu di turunkan...? di awal nuzul atau di surah terakhir surah 5, al maidah (hidangan)... ? iaitu setelah segala kefahaman tentang Islam telah disampaikan DENGAN JELAS NYATA dan jelas TERHIDANG contohnya, jelas juga rujukannya...? tidak lintang pukang spt sekarang ini...?


OLEH ITU SAYA NASIHATKAN, AGAR ANDA SEMUA RENDAHKAN SUARA DAN NADA, JGN TERLALU ANGKUH DALAM BERHUJAH... BANYAK BEZANYA ANTARA KAFIR DAN JAHIL... SI JAHIL BUKAN KAFIR... MEREKA HANYA PERLU DI DIDIK DGN JELAS UTK BERIMAN DAN MEMPRAKTIKKAN ISLAM DENGAN KEFAHAMAN YG HAQ,SERTA DI AMPUN SEGALA DOSA LALU...


YG BANYAK SEKARANG INI HANYA SI JAHIL YANG KELIHATAN SPT INGKAR (KAFIR) DENGAN SIJAHIL YG BERLAGAK ALIM SPT MALAIKAT , YG SEBENAR NYA SEKADAR MELAKUNKAN SESUATU ATAS DASAR IKUT IKUTAN DAN SANGKAAN MASING MASING SAHAJA... BAHKAN IA JUGA SEBENARNYA JAHIL YG MENGAKU ALIM DAN PANDAI DALAM SOAL AD DIN...


MALAH JAHILIAH KATAGORI KEDUA INI LAH YG MEMBANTAH ARAHAN DAN KETETAPAN ALLAH YG INGIN JAHILIAH PERTAMA YG TELAH SADAR ITU UTK MEMIMPIN MEREKA (LIHAT SEMULA SURAH 2 AL-BAQOROH, AYAT 30)...


MAAFKAN KANDA..., SEKADAR MENYEDARKAN IQMAN DAN BEBERAPA YG LAIN YG KANDA PERHATIKAN LEBIH MIRIP KEPADA POSTING BERCORAK POLITIK DAN POLITIKING ... YES, MEMANG ISLAM TIDAK BOLEH DI PISAH DARI POLITIK, AD-DIN ITU SENDIRI ADALAH SATU DARI CABANG POLITIK, TAPI SEBENARNYA KITA MASIH TERLALU DANGKAL TENTANG KONSEP POLITIK DALAM ISLAM... DATANGLAH KE R&D BERSAMA SAMA TOK GURU KAMU UTK KURSUS KHAS JIKA INGIN TAHU LEBIH LANJUT ... CERITA YG AGAK PANJANG DAN TIDAK MUNGKIN BOLEH DI JELASKAN DI FORUM INI... TETAPI AMAT PENTING AGAR KITA TIDAK SERING BERSIKAP ANGKUH... MENUDING JARI LURUS KE ARAH LAWAN, LUPA BAHAWA KITA JUGA DI PERHATIKAN DAN BAKI JARI KITA SEMUANYA MENUDING BALIK KE DALAM DIRI KITA SENDIRI...


 



-- Edited by pekida at 02:35, 2005-03-28

__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Senior

Status: Offline
Posts: 151
Date:

as'kum... saya berbesar hati kerana artil saya mendapat perhatian dari kekanda MAS... sampai sekarang baru saya berpuas hati... terima kasih kepada kekanda MAS kerana memberi serba sedikit semangat, nasihat dan menyedarkan.... kata˛ kekanda mas akan saya buat panduan sebagai penyuluh dlm merperkuatkan lagi perjuagan ini... terima kasih kekanda MAS


dlm kata˛ kekanda MAS seperti : HUDUD YG DI AMALKAN RASULULLAH DI SENANGI SEMUA UMAT MANUSIA, NON MUSLIM MALAH SANGGUP SERAH KAN NEGERI YATHRIB UTK DI TADBIR RASULULLAH DENGAN HUDUDNYA... TERFIKIRKAH KITA HUDUD BAGAIMANA YG RASULULLAH JALANKAN... DAN HUDUD YG BAGAIMANA PULA YG MASIH TIDAK SIAP DI GUBAL HJ HADI HINGGA SEKARANG....? TAHUKAH ANDA SEBENARNYA HJ HADI SENDIRI TAK TAHU TENTANG HUDUD SEBENAR YG DI AMALKAN RASULULLAH...? DAN BAHAWA BELIAU SENDIRI TIDAK YAKIN MAMPU DAN TELAH TENGGELAM PUNCA TENTANG HUDUD SEBENARNYA. - Panduan Al-Quran kan ada... (TERFIKIRKAH KITA HUDUD BAGAIMANA YG RASULULLAH JALANKAN... ) kenapa Allah sruh kita fikir?.. sebab kita kena firkir melalui panduan Al-Quran dan Assunah... Apa yang Nabi buat juga berpandukan Quran.. masa itu pun bukan hudud ciptaan Nabi.. tetapiCiptaan Allah.. Tuan Guru Haji Hadi pon buat berpandukan Quran dan cara Nabi.. (DAN BAHAWA BELIAU SENDIRI TIDAK YAKIN MAMPU DAN TELAH TENGGELAM PUNCA TENTANG HUDUD SEBENARNYA)-kenapa beliau sanggup bermati˛ an utk menegakkan Hudud kat Malaysia nie..


boleh kanda MAS terangkan kepada saya maksud KANDA MAS ini?.. : Yang pasti anda harus kaji dulu... kedudukan Islam berdasarkan kefahaman dan perlaksanaan al kitab spt yg anda katakan itu.


maafkan saya sekiranya ini dapat menimbulkan kemarahan kepada semua ahli forum.. terutama kanda MAS... maaf



__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

salam,



Tunggu apa bangun ....

tunggu sampai berbunyi...


__________________
mohd hawarie


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:

Syukran Jadzilan Abang Long atas penjelasan mengenai Hudud itu. Saya sendiri pun tak betul2 memahami apa itu Hudud yang sebenar... sebabtu ler saya tak suka terikut-ikut sangat kesibukan untuk menjalankan Hudud ni/// agak detail untuk memahami konsep Hudud sebenar di zaman Rasulullah...


Amat tertarik dengan kata-kata Abang Long ini,


MAAFKAN KANDA..., SEKADAR MENYEDARKAN IQMAN DAN BEBERAPA YG LAIN YG KANDA PERHATIKAN LEBIH MIRIP KEPADA POSTING BERCORAK POLITIK DAN POLITIKING ... YES, MEMANG ISLAM TIDAK BOLEH DI PISAH DARI POLITIK, AD-DIN ITU SENDIRI ADALAH SATU DARI CABANG POLITIK, TAPI SEBENARNYA KITA MASIH TERLALU DANGKAL TENTANG KONSEP POLITIK DALAM ISLAM... DATANGLAH KE R&D BERSAMA SAMA TOK GURU KAMU UTK KURSUS KHAS JIKA INGIN TAHU LEBIH LANJUT ... CERITA YG AGAK PANJANG DAN TIDAK MUNGKIN BOLEH DI JELASKAN DI FORUM INI... TETAPI AMAT PENTING AGAR KITA TIDAK SERING BERSIKAP ANGKUH... MENUDING JARI LURUS KE ARAH LAWAN, LUPA BAHAWA KITA JUGA DI PERHATIKAN DAN BAKI JARI KITA SEMUANYA MENUDING BALIK KE DALAM DIRI KITA SENDIRI...


 


p/s : Harap kita semua menjadikannya sebagai iktibar untuk memperbaiki kelemhan diri, termasuklah saya sendiri///


 


WALLAHUAKLAM///



__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


kegemilangan islam itu terletak pada umat yg memahami kejadian manusia itu sendiri.

__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 151
Date:


quote:


Originally posted by: ungkuomar
"Syukran Jadzilan Abang Long atas penjelasan mengenai Hudud itu. Saya sendiri pun tak betul2 memahami apa itu Hudud yang sebenar... sebabtu ler saya tak suka terikut-ikut sangat kesibukan untuk menjalankan Hudud ni/// agak detail untuk memahami konsep Hudud sebenar di zaman Rasulullah... Amat tertarik dengan kata-kata Abang Long ini, MAAFKAN KANDA..., SEKADAR MENYEDARKAN IQMAN DAN BEBERAPA YG LAIN YG KANDA PERHATIKAN LEBIH MIRIP KEPADA POSTING BERCORAK POLITIK DAN POLITIKING ... YES, MEMANG ISLAM TIDAK BOLEH DI PISAH DARI POLITIK, AD-DIN ITU SENDIRI ADALAH SATU DARI CABANG POLITIK, TAPI SEBENARNYA KITA MASIH TERLALU DANGKAL TENTANG KONSEP POLITIK DALAM ISLAM... DATANGLAH KE R&D BERSAMA SAMA TOK GURU KAMU UTK KURSUS KHAS JIKA INGIN TAHU LEBIH LANJUT ... CERITA YG AGAK PANJANG DAN TIDAK MUNGKIN BOLEH DI JELASKAN DI FORUM INI... TETAPI AMAT PENTING AGAR KITA TIDAK SERING BERSIKAP ANGKUH... MENUDING JARI LURUS KE ARAH LAWAN, LUPA BAHAWA KITA JUGA DI PERHATIKAN DAN BAKI JARI KITA SEMUANYA MENUDING BALIK KE DALAM DIRI KITA SENDIRI...   p/s : Harap kita semua menjadikannya sebagai iktibar untuk memperbaiki kelemhan diri, termasuklah saya sendiri///   WALLAHUAKLAM///"


terima kasih atas perhatian anda semua... saya sungguh terharu dan terasa amat menginsafi apa yg telah berlaku...


menurut kata unguomar : "Syukran Jadzilan Abang Long atas penjelasan mengenai Hudud itu. Saya sendiri pun tak betul2 memahami apa itu Hudud yang sebenar... sebabtu ler saya tak suka terikut-ikut sangat kesibukan untuk menjalankan Hudud ni/// agak detail untuk memahami konsep Hudud sebenar di zaman Rasulullah... - kerajaan itu sendiri kurang memberi penjelasan dan pendidikan kepada rakyat itu sendiri menyebabkan saya buta agama dan buta Quran.. Sekolah Agama Rakyat dah di basmi.. segala ilmu keperluan agama serba kekurangan.. tetapi segala pusat hiburan dan konsert˛ makin bertambah... sebab itu rakyat kurang arif tentang hukum˛ Allah menyebabkan saya rasa sangsi dgn hukum hudud... inikah kerajaan Islam?.. ini ker islam hadari?.. kerajaan.. jawablah soalan ini di depan Allah SWT nanti... bersama˛ kita dgn kerajaan berdepan dgn Allah berkenan isu ini...



__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri


Senior

Status: Offline
Posts: 221
Date:

Surah 2, albaqoroh ayat 141.


Itu (usaha dan amalan) umat yang lalu, utk mereka amalan mereka, untuk kamu (hasil) amalan kamu, dan tidaklah kamu di pertanggungjawabkan atas apa yg telah mereka kerjakan.


Sebelum kita telah berlaku 4 kegemilangan Islam,dan telah juga berlaku 4 kehancuran islam. Islam sentiasa dalam keadaan turun dan naik. Jangan kita bermegah dan mendabik dada dengan hasil perjuangan orang dahulu, bagaimana peritnya perjuangan menegakkan Islam oleh Muhammad Rasulullah, Abu Bakar, Omar, osman, Ali, Bilal bin Rabah dll... peritnya usaha hang tuah, tok bahaman,Mat Kilau, Wali songo dll...


Jangan juga kita menuding jari kepada sesiapa yg kita rasa telah menghancurkan Islam, Kamal Attarturk, Kiai Hj Abd Ghafur dll...


Yg penting, apa bila telah sedar keadaan ini, lakukanlah yang sewajarnya, dengan penuh keinsafan, penuh keimanan... sumbangkan apa saja yang ada pada diri kita, akal, tenaga, kepakaran,wang ringgit dll... utk pembangunan Islam secara Hadhari... secara madani... dengan konsep pendidikan, dengan lemah lembut, dengan hikmah (bil hikmah)... DENGAN CARA EVOLUSI, penjelmaan, penampilan positif, BUKAN SECARA REVOLUSI YANG GANAS... dan semakin membuatkan orang membenci dan menjauh diri dari islam...


 



__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214 "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:


alhamdullilah

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

Alhamdulillah...satu pengetahuan yg baik bagi yg tak faham atau kurang faham..

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

kita ni boleh dikategorikan subahat ke?kan?

__________________
...


Veteran

Status: Offline
Posts: 42
Date:

quote:

Originally posted by: natural

"kita ni boleh dikategorikan subahat ke?kan?"

Terserah kepada YG MAHA BERKUASA utk menilai kita

__________________
Hidup dan matiku hanya utk memperjuangkan agamaku


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:


quote:


Originally posted by: iqman
""


Pandai-pandai ler kita membawa diri supaya tidak terjebak, kukuhkan keimanan di dada... salahkan diri sendiri dulu sebelum menuding pada orang lain. Satu jari kita menuding pada orang, empat jari menuding diri kita sendiri... mari kita sesama muhasabah diri...///


 


WALLAHUAKLAM///



__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Senior

Status: Offline
Posts: 151
Date:


quote:


Originally posted by: ungkuomar
"Pandai-pandai ler kita membawa diri supaya tidak terjebak,"


Nak pandai-pandai membawa diri sekiranya sekiranya kurang iman dan ilmu di dada yg tidak pernah di semai... tak boleh melaiankan mengikut akal yg sentiasa di bimbing oleh nafsu bergurukan syitan tanpa rujukan A-Quran dan Sunnah... semua jenis keperluan dan kelengkapan menuntut ilmu pengatahuan Islam telah di basmi sendiri oleh kerajaan melalui SAR.... tetapi konsert˛ bebas tanpa lesan


maafkan saya saudara ungkuomar.. saya tak nak menungding jari kepada sesiapa dah melaui hari ini.. saya akan salah kan diri saya sendiri.. maafkan saya wahai saudara ku ungkuomar dan saudara forum yg lain... maafkan saya


 


 



__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard