Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Jgn kira PAS atau UMNO..pertahankan agama


Senior

Status: Offline
Posts: 151
Date:
Jgn kira PAS atau UMNO..pertahankan agama


Desakan 52 NGO dan entah berapa ramai lagi individu terhadap
menghapuskan undang-undang dan peraturan yang mencegah kelakuan tidak
bermoral dikalangan individu khususnya umat Islam ini satu desakan melampau.
Ianya suatu isu yang besar. Ianya bukan isu PAS atau Umno. Ianya
bukan isu Melayu, Cina atau India. Sesungguhnya ia isu melibatkan maruah
dan martabat Islam dalam Negara ini.

Saya tidak hairan kiranya umat Islam tidak kira dari mana fahaman
bangkit dan menentang desakan kumpulan ini. Kerana memang ianya patut
ditentang kiranya kita cemburu pada agama kita yang suci ini. PAS telah
menyatakan bangkangan mereka dan demikian juga beberapa individu dan
tokoh umat Islam samada yang berjawatan maupun yang memimpin NGO.

Dalam akhbar UTUSAN hari ini selain memuatkan sokongan Nazri Aziz,
Rais Yatim dan Azalina Othman terhadap tuntutan kumpulan pelampau ini,
dimuatkan juga pandangan Radzi Sheikh Ahmad, juga Menteri di JPM dan
Setiausaha Agung Umno. Kata Radzi desakan ini TIDAK MUNASABAH.

Antara lain Radzi mengatakan:

Kalau kita hendak cakap fasal hak dan asasi, semua orang ada hak dan
dengan undang-undang itulah yang kita selalu gunakan untuk tegakkan
hak seseorang.

Sama juga soal akhlak ini, kita tidak boleh biar orang lain bebas
buat apa dia suka, kita mesti ingat ada batas-batas yang perlu diikuti
dan dihormati, ujarnya.

Mereka minta undang-undang perbandaran dimansuhkan, takkan kita
hendak biarkan orang buka pusat hiburan sampai pagi, hendak bina disko
suka-suka hati, ini tidak bolehlah.

Saya SALUTE Radzi kerana berani menyatakan pendirian demikian. Kerana
apabila bangkit apa-apa isu berkenaan ISLAM seharusnya kita umat
Islam perlu bangkit dan pertahankannya tidak kira apa pandangan dan
pendirian politik kita. Tidak seperti Nazri, Rais dan Azalina yang
beria-ia menyokong semata-mata kerana anak PM Norli Pak Lah yang merupakan
salah seorang jurucakap kumpulan ini.

Kita takut pada Allah atau pada Pak Lah?

Saya juga menghargai pandangan , Presiden Persatuan Peguam Muslim
Malaysia, Datin Paduka Zaitoon Othman yang turut menyuarakan rasa
terkejut dengan tindakan kumpulan NGO itu yang menurut beliau, sanggup
menggadai kepentingan masyarakat semata-mata untuk melindungi hak
individu.

Kita mendoakan di hari Jumaat yang mulia ini semoga usaha kumpulan
pendesak yang melampau ini akan digagalkan oleh Allah swt. Dan semoga
seluruh umat Islam dalam Negara ini akan bangkit mempertahankan yang
hak, insyallah.


http://pemudaislam.tk


Takbir!!!


Allahuakbar!!~



__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri
Am


Senior

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Betul kata saudara Iqman tu...


Ianya bukan soal kepentingan politik .


Bukan aspek kepentingan mana-mana parti ,


Bukan soal UMNO atau PAS .


Ianya soal martabat ISLAM . Tidak mengira Melayu,Cina,India,Kadazan ataupun murut,tidak terkecuali ......



__________________
http://pics-53.hi5.com/userpics/3/9144153.img.medium.jpg *********************** http://www.team-soviet.h10.ru/serp.gif


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

betol tu apa yang am cakap tu.../// kita nak juangakan islam tak kira la umno ker pas ker.../// kita semua saja kau dan aku sama...///


p/s :hampeh ko ni am.../// sempat lagi wat lawak tayar



__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Senior

Status: Offline
Posts: 475
Date:

dari dulu masalah yang sama xhabis2...



__________________
Latok ///


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:

SETUJU TENTANG ARTIKEL YANG DI PAPARKAN, Bukan isu politik!!! tapi demi menjaga martabat agam Islam itu sendiri///


 


WALLAHUAKLAM///



__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 4
Date:

akum sorry mencelah


kalau pas dan umno bergabung


mcm mana dgn kafir-kafir diluar sana



__________________
BUAH 10
k


Senior

Status: Offline
Posts: 312
Date:

jangan takut utk tegakkan islam

__________________
ive sworn the oath of many thing .3 things if im not mistaken.


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 4
Date:

TAKUT DAN GENTAR TAK PERNAH ADE DLM DIRI SEORANG PEJUANG FISABILLILAH


TEPUK DADA TANYA DIRI ADE BERANI BERJUANG SAMPAI MATI



__________________
BUAH 10


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

///

__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:


quote:





Originally posted by: iqman
Kata Radzi desakan ini TIDAK MUNASABAH.Antara lain Radzi mengatakan:Kalau kita hendak cakap fasal hak dan asasi, semua orang ada hak dan dengan undang-undang itulah yang kita selalu gunakan untuk tegakkan hak seseorang.Sama juga soal akhlak ini, kita tidak boleh biar orang lain bebas buat apa dia suka, kita mesti ingat ada batas-batas yang perlu diikuti dan dihormati, ujarnya.Mereka minta undang-undang perbandaran dimansuhkan, takkan kita hendak biarkan orang buka pusat hiburan sampai pagi, hendak bina disko suka-suka hati, ini tidak bolehlah.Saya SALUTE Radzi kerana berani menyatakan pendirian demikian. Kerana apabila bangkit apa-apa isu berkenaan ISLAM seharusnya kita umat Islam perlu bangkit dan pertahankannya tidak kira apa pandangan dan pendirian politik kita.



Pemimpin sebeginilah yang patut kita sokong...Mempunyai pendirian yang jelas dalam memperjuangkan Islam....



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 50
Date:

pas kata umno salah..umno kata pas salah...lebih baik jgn terlibat dgn politik lagi bagus



__________________
k


Senior

Status: Offline
Posts: 312
Date:

hem...betul tu kita tak boleh pisahkan politik dan islam...sama juga dengan irama dan lagu..tanpa politik ,hancurlah islam///...tanpa islam hancurlah politik

__________________
ive sworn the oath of many thing .3 things if im not mistaken.


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

islam bukan hak org UMNO atau PAS jer. ianya hak semua org yg beriman........... di dunia ini.


sbg org yg beriman ( islam ) adalah wajib ketas dirinya mempertahankan agamanyer.....


alif, ba, ta




__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:


setuju

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard