Renungkan sikap anak2 remaja sekarang.....tak tau beza mana baik dan mana yang buruk.
Pesta arak tepi masjid
JASIN: Sebuah rumah sewa yang terletak kira-kira 10 meter dari masjid dan bersebelahan dengan surau lama di Kampung Seri Minyak, Umbai di sini dijadikan pusat `pesta arak' oleh sekumpulan lelaki dan wanita, khususnya pada waktu malam.
Selain meminum minuman keras, kumpulan yang turut disertai dua anggota tentera itu juga menjadikan rumah itu untuk melakukan perbuatan maksiat serta menghidu gam.
Aktiviti kumpulan itu terbongkar selepas lebih lima bulan mereka menyewa rumah terbabit, apabila diserbu sekumpulan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan polis kira-kira jam 1 pagi semalam.
Jaim turut menemui beberapa botol dan tin arak pelbagai jenis bertaburan di beberapa bahagian rumah sewa itu. Turut ditemui beberapa tin gam menampal tayar.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata serbuan yang diketu ai Imam I, Masjid Seri Minyak, Abdul Wahid Kasim turut menahan seorang remaja perempuan berusia 18tahun yang juga bekas pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Alor Gajah.
"Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 21 tahun. Dua daripada lelaki yang ditahan didapati mabuk dan apabila dibawa ke Balai Polis Merlimau untuk laporan, mereka muntah serta terbaring di atas lantai.
"Selepas diambil butiran peribadi, mereka diserahkan surat saman sebelum diminta hadir ke mahkamah tidak lama lagi," katanya kepada Harian Metro, semalam.
Semua ahli kumpulan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991 dan mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM3,000 atau penjara 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
Selain itu, pihak Jaim akan mempertimbangkan mendakwa mereka mengikut Seksyen 92 enakmen yang sama kerana kes itu boleh diklasifikasikan sebagai hukum takzir, tanpa menyentuh mana-mana peruntukan undang-undang bertulis lain.
Sehubungan itu, mahkamah boleh mengenakan hukuman takzir ke atas mereka mengikut Hukum Syarak yang tidak diperuntukkan dalam enakmen itu.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak lebih RM500 atau enam bulan penjara atau kedua-dua sekali.
quote: Originally posted by: semut30 " kesian dengan ibubapa mereka yang telah bersusah payah membesarkan mereka.Inilah balasan mereka terhadap ibubapa mereka. MasyaAllah."
Jangan susah hati mereka ni akan di bela.....Nanti datanglah Sister In Islam membantu mereka.
Kerana Pihak Jabatan Agama Islam Melaka telah melanggar hak asasi dan serangan peribadi terhadap remaja2 ini....
Amar Makruf Nahi Mungkar.... nie kan slogan kita... mana dia punya tindakan?.. nak serahkan kat sister in Islam.. semua org iaitu JAWI dan jabatan agama dah hilang kuasa....
__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri
quote: Originally posted by: iqman "Amar Makruf Nahi Mungkar.... nie kan slogan kita... mana dia punya tindakan?.. nak serahkan kat sister in Islam.. semua org iaitu JAWI dan jabatan agama dah hilang kuasa...."
quote: Originally posted by: iqman "Amar Makruf Nahi Mungkar.... nie kan slogan kita... mana dia punya tindakan?.. nak serahkan kat sister in Islam.. semua org iaitu JAWI dan jabatan agama dah hilang kuasa...."
pandangan saya:
untuk kes yg di melaka tuh,nampaknya JAIM telah bertindak dan kerana itu xtvt mereka2 itu dah diambil tindakan.Dlm hal ini,kita tidak boleh mennyalahkan Jabatan Agama Islam setiap negeri utk menangani.Sedangkan kes2 jenayah yg menyebabkan Pihak Berkuasa Tempatan sendiri pon dah dimain-mainkan,diugut oleh those 'taiko2',inikan pulak Jabatan Agama(yg sudah tentu kekurangan keanggotaan yg padu,melainkan bantuan polis etc).semua jentera dr pihak berkuasa,kerajaan,masyarakat setempat,jab.agama,badan2 pencegah,rukun tetangga dsb perlu bergerak aktif utk berganding bahu.....demi melihat kemungkaran dpt dihapuskan.