Pagar Diri ?? > Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan > untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal > ilmu > hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang > anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan > syaitan. > > Pagar Pertama (1) - > Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah > > Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan > Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis > tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati > sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh > biji > tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau > sihir yang terkena pada hari itu". > (Riwayat al-Bukhari.) > > Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur > > > Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang > mempunyai wuduk. Setiap muslimyang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat > oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. > kepadamereka. > > Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini > mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada > seorang pun dari > mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada > bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah > terlalai walaupun > sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini > kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.' > (Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.) > > Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah > > Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim > bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap > solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk > mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan > berjaya > merasuk,menyihir atau melakukan kejahatan lain. > > Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda: > Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak > mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya > akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat > berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang > menyendiri > dari puaknya. > (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik). > > Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari > sihir > > Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah > mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam > boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. > Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya > adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas > hasil perlakuan syaitan tersebut. > > Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu > tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak > mengerjakan > solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: > Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya" > (Riwayat al Bukhari dan Muslim). > > Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam > tandas > > Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia > akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk > menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di > dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia > pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika > kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan. > > Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas,baginda akan membaca doa > perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! > Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan > gangguan syaitan". > > Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan > syaitan-syaitan jantan atau betina. > > Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah > > Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan > adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan > kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa: > > "Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah > Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan > keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah > isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan > perbuatan > orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah > melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu > daya." > (Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik). > > Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi > dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap. > > Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata > kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi > sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala > syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu > pagi''. > > Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut > sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia > sendiri sememangnya penipu." > (Riwayat al-Bukhari).
IKLAN:
NOTE: BACA SAMPAI HABIS BARU FAHAM.... SEMUANYA PERCUMA, TAK KELUAR DUIT SESEN PUN... BUKAN TU JE, MALAH ADA BANYAK PELUANG UNTUK MENDAPAT PENDAPATAN SAMPINGAN.
__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri
Baca 3 Qul pon,jika diamal selalu,insyaAllah boleh memagar diri dr sihir,syaitan dsb.Tetapi kena rajin amalkannya seharian sewaktu lepas solat,sebelum tidur atau yang paling baik,dibaca sepanjang masa.
nak bacapon kena ada cara.Baca 3 Qul tu kalo boleh senapas,sedut,dan 'telan' dalam2 hingga ke lubuk hati,agar tersimpan rapi menjadi 'bekalan' dan di store dlm badan.InsyaALlah,jika selalu diamalkan,kita akan dapat 'sesuatu' yg menjadi perisai diri.Sesungguhnya yg baik semua dr ALLAH swt.
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite,
Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis mencari mana matahari kita,
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...