Adalah dimaklumkan terdapat individu bijak pandai yang menyalahgunakan ilmu IT mereka untuk menguji kepintaran diri dengan memasang backdoor system utk menjahanamkan web www.pekida.org dan http://prihatin.net.my melalui forum.
Atas sebab itu web kita jamp utk beberapa hari dan terpaksa kami pindahkan lagi ke server baru. Dulu atas tajaan shared server Exabytes (syarikat bukan Islam) kita beroperasi, anda banjirkan / loadkan dengan spam hingga trafik menjulat dan mengganggu web lain di server itu. Lalu exabytes hentikan sumbangannya.
Kemudian Huzir dermakan sebuah server, dan anda buat lagi... kini kami terpaksa pindahkan lagi ke server baru yg lebih besar. Kami kesan anda masih berusaha untuk mematikannya... dari IP anda dan kronologi establishment web ini kami boleh kesan siapa anda, tapi tak apa lah... kita main kejar kejar...
Pengunjung lain harap ambil iktibar dan bersabar... tiada amal kebajikan di bumi Allah ini akan berjalan tanpa ujian dan cabaran. Bahkan ia datang dari golongan sendiri punnnn... (kalau Musa dari Bapa angkatnya Firaun, kalau Ibrahim dari Ayahnya, kalau Nabi Muhammad dari bapa saudaranya, kakau Yunus dari saudaranya, Nuh dari anak isterinya dan begitulah yg lain lain...)
Pesan Rasulullah, jangan meroboh jika kamu tidak boleh membina...