Sebagaimana yang disebutkan oleh fuqaha Syi'ah dan Ahlul Sunnah, amar ma'ruf memiliki syarat-syarat tertentu.Mereka tidak membolehkan melukai manusia atas nama amar ma'ruf dan nahi mungkar, dengan melibatkan kekerasan, pukulan dan penumpahan darah. Banyak syarat untuk melakukan amar ma'ruf dan nahi munkar ini. Di antaranya ialah dua syarat utama, iaitu "mengetahui agama" dan "mengetahui perbuatan." "Mengetahui agama" bererti mengetahui masalah-masalah agama dengan benar dan memadai mampu membezakan yang halal dan yang haram, yang wajib dan yang tidak wajib. Inilah yang tidak dimiliki oleh kaum Khawarij. Mereka dengan bersandar kepada ayat:" Sesungguhnya hukum itu ialah kepunyaan Allah yang menjelaskan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang menjelaskan," menyeru kepada slogan:" Tidak ada hukum kecuali milik Allah." Padahal ayat ini sebenarnya tidak berkaitan dengan tema-tema seperti itu.
Adapun "mengetahui perbuatan" dalam amar ma'ruf nahi munkar terdapat syarat yang dinamakan "pertimbangan pengaruh" (ihtimal al-atsar) dan mereka menyebutkan syarat yang berbunyi:" tiadanya tingkat-tingkat mafsadat" iaitu amar ma'ruf dan nahi munkar itu merupakan dua keperluan untuk menyebarkan yang ma'ruf dan memusnahkan yang munkar. Lantaran itu pelaksanaan amar ma'ruf dan nahi munkar diperlukan apabila ada peluang tindakan dimana kita dapat memberikan pengaruh. Apabila kita mengetahui bahawa tindakan kita tidak mampu memberikan pengaruh sama sekali maka amar ma'ruf dan nahi munkar tidaklah menjadi wajib kepada kita. Apabila tindakan itu bertujuan untuk menegakkan kemaslahatan, maka hal itu menjadi wajib atas kita asalkan kita yakin tidak akan terjadi kerosakan (mafsadat) yang lebih besar. Kedua syarat ini menwajibkan "pengetahuan mengenai perbuatan."
Dengan demikian apabila seseorang itu tidak mengetahui perbuatan yang akan dilakukannya, tidak yakin tentang pengaruh perbuatannya bila dilakukan, dan adanya mafsadat yang lebih besar bila tidak dilakukan, maka amar ma'ruf nahi munkar menjadi tidak wajib baginya. Demikianlah kita akan mendapati pelaksanaan amar ma'ruf dan nahi munkar oleh orang yang bodoh - sebagaimana dikatakan di dalam hadith - menghasilkan lebih banyak kehancuran daripada kebaikan.
Sesungguhnya syarat-syarat seperti itu tidak dituntut dalam pelaksanaan kewajipan-kewajipan yang lain. Anda tidak disyaratkan mengetahui atau mencari manfaat di dalam perbuatan anda. Apabila anda berasa mendapat peluang, maka laksanakanlah dan apabila tidak, jangan melakukannya. Sebagaimana telah kami katakan sebelumnya bahawa dalam hal tersebut terdapat maslahat dan faedah. Ini disebabkan mengetahui kemaslahatan atau faedah dalam perbuatan-perbuatan seperti itu tidak dibebankan ke atas manusia.
Contohnya, di dalam kewajipan solat, tidak syaratkan dalam pelaksanaannya pertimbangan akan ada atau tidak faedah di dalamnya bagi diri anda. Begitu juga perintah puasa, dimana kewajipan ini tidak gugur bagi anda apabila anda mengetahui atau tidak memandangnya ada suatu manfaat di dalamnya bagi diri anda. Begitu juga dalam perintah Haji, zakat, jihad, syarat itu tidak ada. Berbeza dengan amar ma'ruf di mana dalam melaksanakannya kewajipan, seorang individu ialah harus mengujinya dengan logika akal, "mengetahui mengenai perbuatan","pertimbangan pengaruh", dan bukan bersifat ta'abbudi semata-mata.
@ sekadar perkongsian. mari kita bersama renung akan perkara tersebut.