Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Perempuan Memang Tak Guna!


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:
Perempuan Memang Tak Guna!



1. Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga


terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah


pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.


2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan


pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap


bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki


JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan


Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.


3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian


sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar


kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar


kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi


itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah


yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn


memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi


tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.


4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa


sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya.


Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @


jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu


bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas


dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.


5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang


disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian


saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki


atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri. Apakah


sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada


kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.


6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya


diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.


Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan


syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga


menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya.


Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab.


Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan


untuk isteri dan anak-anaknya.


7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang


lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan


tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang


sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat


maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah


dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki


sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan


gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya)


dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini


"?.Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang


yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk'


di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan


kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati"


adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya


seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita


melalui suaranya.


8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya


melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat


ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya


adalah hak ekslusif yang mesti dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin


keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga


tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga


cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak


bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa


tidak pakai lipstick sahaja?


9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya


jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai


tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi


dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan


mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang


perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar,


dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga


dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan


pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan


cara yang terbaik



__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

Fuh...tengok tajuk bergerun jugak......


Apapun memang post yang menariklah....


Siap bagi suspen lagi tuuuu...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 143
Date:

lelaki mmg x guna?

__________________
aidil


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

Terima Kasih kerana peringatan diatas ... kadang2 pon kita leka dengan dosa yang kita fikir ia adalah dosa kecil ... lebih2 lagi melihat muhrim kita melakukannya.


Kita mesti kene ingat bahawa darjat perempuan ni ada keistimewaan.



-- Edited by pHiz at 23:26, 2005-03-30

__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

tapi perempuan selalu di pergunakan................


__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 206
Date:

assalamualaikum


topik die serun bangat...


menarik topik nie...


pada kaum hawa tidak semua yg begitu...


semasa kursus induksi ada sebuah surah yg menerangkan perlunya kita kenal mengenal...


jadi tiada ciptaan Allah yg tidak berguna...


semuanya ada tujuan dan kegunaannya...


...wAllahuallam...



__________________
marilah bersama² berjuang demi agama, bangsa dan tanah air///


Veteran

Status: Offline
Posts: 44
Date:

Yang penting NAWAITU seseorang itu...

__________________
mea_wani


Senior

Status: Offline
Posts: 475
Date:

best gak artikel ni bro ungkuomar....

__________________
Latok ///


Veteran

Status: Offline
Posts: 50
Date:

tajuk bro ungku menyeram kan sungguh...tapi takpe....


memang tak dinafikan sesetengah pompuan ade jugak bersikap sebegitu...


buang yang keruh ambil yang jernih.....



 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 110
Date:

Alamak takutnya dengar.... bunyinya kasar tapi suatu article yg menarik... tp kenapa yg tak gunanya byk impact kepada lelaki??? cepat... cepat... sapa ada article KHUNSA TAK GUNA lak...



__________________


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

a`kum...///


uiks.../// ingatkan apa tadi sekali artical yang menarik dari bro ungkuomar kita



__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:

Artikel ini saya terima dari seorang wanita juga... mula-mula baca lain macam bunyi nyer. lepas habis baca baru faham maksudnya... memang menarik!


For Aidil n Aqeera,


Setakat ni saya blum lagi jumpa artikel mengenai lelaki tak guna n Khunsa tak guna, apa pun kita semua ciptaan Allah... just nak sampaikan jer///


For xxbulatxx,


niat yang baik tu takper... tapi jangan disalahertikan plak tak pakai tudung itu elok just kerana alasan : YANG PENTING HATI KENA BAIK... NAWAITU PENTING...


For Flash,


Perempuan selalu dipergunakan? olah siapa? pastinya oleh jantan durjana... jangan salahkan mereka 100%...


p/s : mana Nurul... nafisah... nurulle... takmo komen ker?



__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Senior

Status: Offline
Posts: 359
Date:

Assalamualaikum...///


Bismillahirahmanirahim...


Surat An Nuur : ayat 31;


Katakanlah kepada wanita yang beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangan mereka, dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak dari mereka.Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.Dan janganlah mereka memukulkan kaki mereka agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.


Surat Ibrahim : ayat 24


Tidakkah kamu kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit,


ayat 25;


pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya.Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat.


ayat 26;


Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun.


surah al-Hujurat : ayat 12;


Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yaang lain.Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah.Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.


Surat Al Ahzab : ayat 59;


Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min:"Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.


hayati dan fahamilah...sekian.


Rujukan : http://www.skistttelkom.or.id/quran.php 



-- Edited by wartawan at 11:19, 2005-03-31

__________________
YuneP SirDunK.../// Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I yunif@doa.moa.my


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

salam,


akar penyakit
penyakit hati




__________________
mohd hawarie


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:

quote:

Originally posted by: ungkuomar

 p/s : mana Nurul... nafisah... nurulle... takmo komen ker?"


 


Nah....nie komen saya.....


Surah An Nisa' ayat 13 & 14


- Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.


-Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekal lah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina.


 


 -nurul- 


                                                                                                                                            



__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Tengok je kat tajuk tu, satu kecaman yang amat...tapi bila baca isinya... baru tau apa yang terkandung didalamnya...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:

Tu dia... kak Nurul ni bila dah bersuara, memang dok diam kejap ler saya nih... nak kena selami kata-kata dia tu!

__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Senior

Status: Offline
Posts: 359
Date:

Assalamualaikum...///


Tu dia...ayat kak nurul kita....mmg power ayat tu....sampai hampir cair hang unkuomar...ekekekek



__________________
YuneP SirDunK.../// Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I yunif@doa.moa.my


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:

Ko jangan memain Yunep, kang marah Nurul kang... ko nak aku pancitkan Kenari ko ker? ekekeke... encong encong!!!

__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:

tapi itu tajuk ada buat hati nie terguris....


wah ceh.....ini dialog tarak jual punya....


 


 



__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

tak boleh jual... ini "champion" punya.... he he he...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:

Alaa... tajuk jer buat Nurul terguris, tapi isinya mengubati balik kan?

__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:


yup......



__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...


Senior

Status: Offline
Posts: 214
Date:

suspender je.... si ungkuomar nih

__________________
-IlI-


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:

herm... adiklangat kena ingat, esok lepas kahwin setiap apa yang isteri buat kita sebagai suami yang akan menanggung dosa nyer...  (jangan salah faham plak, penjelasannyer amat kompleks... )


bimbing lah isteri sebaiknyer... tapi jangan dipaksa serta merta... pelan-pelan beb...


p/s : nak kahwin ni kena tul2 sedia bro, kita bukan main pondok2 tau!



-- Edited by ungkuomar at 17:37, 2005-03-31

__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Senior

Status: Offline
Posts: 213
Date:

Assalamualaikum wbt,


Tak baik tau cakap perempuan tak guna.....kita semua nie kan dok kat dalam perut perempuan 9 bulan 10 hari....penat wooo bawak korang....sampai hati cakap cam tue.....


Surah An-Nisa' Ayat 56


Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


 



 


 


 



__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite, Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat, Puas kita menangis mencari mana matahari kita, Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:

Hmmm...dah dapat komen kan.....renung dan fahami ajer ayat nie.....


Surah Al-Maidah Ayat 105


Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan.


 


 


 -nurul-


 



__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 4
Date:

sohih!

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:


quote:


Originally posted by: Nafisah
"Assalamualaikum wbt, Tak baik tau cakap perempuan tak guna.....kita semua nie kan dok kat dalam perut perempuan 9 bulan 10 hari....penat wooo bawak korang....sampai hati cakap cam tue.....  "


Ko ni Mek, baca tajuk jer ni... tak baca isi ek? cuba tengok akak Nurul tu, dia dah faham... hehehehe balik umah nakti tanya sama Akak Nurul tu ek, tajuk jer dia terguris, tapi isinya aku dapat ubatinya... hehehehe power nyer ayat! ahaks!



__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Veteran

Status: Offline
Posts: 42
Date:

KESIMPULANYA LELAKI DAN WANITA SALING GUNA DAN MEMPERGUNAKAN ANTARA SATU SAMA LAIN


SEKIAN DARI GINGERRR///



__________________
Hidup dan matiku hanya utk memperjuangkan agamaku
1 2  >  Last»  | Page of 2  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard