Islam adalah agama yang syumul, menyeluruh, dan universal, Ia adalah agama yang amat sesuai dianuti oleh semua bangsa dan kaum. Segala aspek dalam kehidupan kita merangkumi soal sosial, hiburan, ekonomi, politik, undang-undang, hukum-hakam, perhubungan, pemakanan, pertanian,akhlak dan sebagainya semua itu adalah menyeluruh tetapi Allah telah menetapkan setiap itu ada batas-batasnya, ada jalan-jalannya yang tersendiri yang diredhai oleh Allah SWT, sekiranya ia dijalankan secara bertentangan dengan apa yang disuruh oleh Allah SWT maka itu sudah mengundang kemurkaan Allah dan bala bencana Allah itu sendiri.
Setiap insan wajib meletakan diatas dirinya perjuangan dalam Islam, tak kira apa jua jenis perjuagan dan perngorbanan, serta fahaman politik, ia mesti menepati hukum dan syarak Allah. Pelbagai cara kita boleh berdakwah untuk menegakkan Ad-Din yang tercinta.Menyertai parti yang menegakkan Islam adalah wajib dengan niat untuk menegakan dan menyemai dasar Islam itu walau dimana-mana kita berada.
Parti Islam Sedunia(PAS) bukan sahaja sebuah parti politik semata-mata untuk merebut tahkta kerajaan. Tetapi sebagai penengur dan penasihat kepada pemerintah. Seandainya kerajaan pemerintah menukar perlembagaan negara dengan meletakkan Islam sebagai wadah perjuagan dan perlembagaan negara, PAS tidak akan menentang, sebaliknya PAS akan berkerjasama dan bersatu dengan pemerintah demi kedaulatan dan keuntuhan negara. Politik adalah cara PAS untuk mengembalikan hak Allah dimuka bumi ini. Kerana itulah PAS menubuhkan parti politik, hanya jalan itu sahaja untuk PAS menegakkan apa yang sudah diroboh dan di ceroboh (menukarkan perlembagaan dan mencipta Islam baru) oleh pihak pemerintah terhadap hukum Allah. Ini adalah sebenar-benar perjuagan.
Apakah dasar dan wadah perjuagan Islam yang dibawa oleh PAS dari Allah SWT (Quran). Sehinggakan PAS sanggup bermati-matian dan berjuang hingga keakhir hayat tanpa ada perkataan pencen, penat, letih, dah tua, tak larat, sampai sini sahaja, dan "dah lama dah..." nak berhenti.. suara dan perbuatan itu tak perlu berlaku dalam sesebuah perjuangan menegakkan parti Allah, kerana apa yang ingin di perjuagankan oleh setiap orang dan setiap parti dan setiap kerajaan akan disoal kembali diakhirat esok, di hadapan Allah SWT yang Maha Mengatahui.
Dasar dan wadah perjuagan Islam yang utama dibawa oleh PAS itu adalah undang-undang, hukuman dan perlembagaan yang direka-cipta khas oleh Allah SWT untuk umat manusia dan sekalian alam. Kerana ia adalah perkara yang wajib dan utama yang disarankan oleh Allah dalam kitab-Nya Quran. Barang siapa yang menolak, mengubah dan mengambil sebahagian sahaja dari Quran maka ia tergolong dari golongan kafir dan golongan yang rugi di dunia dan akhirat.
Kenapa pihak kerajaan memerintah begitu payah dan liat untuk menunaikan dan menjalankan apa yang di sarankan oleh Allah SWT. Ia tidak dikenakan sebarang bayaran ataupun cukai, tetapi hanya perlu sedikit pengorbanan. Adakah kerajaan pemerintah lebih berkuasa dari Allah? atau takut kepada ancaman kafir dari ancaman Allah SWT? atau suka-suka jee......
Semua jawapan hanya Allah dan pihak memerintah sahaja yang mampu menjawab. Sekitanya jawapannya "tidak" kenapa jenayah masih berleluasa?, kenapa maksiat masih bermaha raja lela?, kenapa masih ada rakyat yang merana dan sengsara?. Kerana semua ini tidak akan berlaku sekiranya pehak kerajaan memerintah mengikut landasan dibawah arahan Allah SWT
Kita adalah penumpang perjalanan untuk hidup di muka bumi Allah ini. Setiap tempat, setiap suasana, dan setiap keadaan ada hukumnya ada syarat-syaratnya ada jalannya. Buku undang-undang bagaimana untuk mengendalikan bumi ini dengan aman telah dicetak dan diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk Hamba-hambaNya iaitu Al-Quran Sebenar-benar Kalimah
"Taatlah kamu kepada Allah, Taatlah kamu kepada Rasul Nya dan pemimpin dikalangan kamu". Bagaimana dengan pemimpin yang melangar hak Allah? adakah wajar dan perlu di taati? sekiranya pemimpin itu mentaati Hak Allah dan menjaga Sunnah Rasulullah maka barulah pemerintah itu layak di taati dan disanjungi bahkan sekiranya pemerintah atau pemimpin yang taat dengan perintah dan hukum Allah itu di tentang dan dikhianati serupalah kita menentang, mengkhianati dan memusuhi Allah dan Rasulullah.
Bangkitlah wahai umat akhir zaman. Sedarlah bahawa kita adalah umat diakhir zaman iaitu umat yang dimurkai oleh Allah SWT.
"Ya Allah jauhkanlah kami semua dari kejahatan dunia Mu Ya Allah dan azab api neraka Mu yang Maha hebat diakhirat esok Ya Allah. Selamatkan kami di dunia dan akhirat dari kemurkaan Mu Ya Allah. Ya Allah kurniakanlah kami semua kekuatan iman dan kudrat dari Mu Ya Allah supaya Agama Mu dipelihara dan tidak di cemari dan dikotori oleh tangan-tangan musuh Mu Ya Allah samaada musuh Mu jenis musuh yang nyata atau musuh yang (bersembunyi) di dalam selimut Mu Ya Allah. Dengan kekuatan iman dan kudrat kurniaan dari Mu Ya Allah kami akan bangkit untuk berjuang dan menentang kuasa yang seolah-olah ingin melawan kuasa Mu Ya Allah yang Maha Besar Lagi Maha Agung Ya Allah......." -AMIN-
Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana 'Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang.
__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite,
Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis mencari mana matahari kita,
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...