Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani,
Pada tahun 2000 saya telah membenarkan seorang kawan menggunakan nama saya untuk membeli sebuah kereta Proton Perdana. Pada mulanya dia memerlukan wang untuk menampung kos rawatan hospital bapanya yang sakit dan ia ingin re-finance kan keretanya dan meminta saya menjadi Penjamin tetapi gagal, Kemudian dia buat keputusan untuk trade in keretanya dengan sebuah Perdana dan meminta tolong kepada saya untuk menjadi Penama atas kereta Perdana tersebut. Kerana ingin menolongnya pada masa itu dan mengenang bapanya yang sakit (Sudah Arwah) saya pun membenarkan nama saya digunakan untuk membeli kereta tersebut. Pada masa itu juga dia memerlukan wang dan saya pun meminjamkan wang Rm 1000 kepadanya. Sepanjang dia menggunakan kereta tersebut saya dapati ansuran dengan bank masih dikira ok walaupun kekadang sangkut. Pada satu ketika saya menghadapi masalah ketika ingin membeli sebuah kereta sendiri(Kereta lama 13 tahun) di mana pinjaman saya tidak lulus dan pihak bank mahu saya membayar ansuran Kereta Perdana kawan saya itu kerana sangkut 3 bulan dan meminta saya membayar 1 bulan ansuran. Saya pada masa itu pun meminta rakan saya itu membayar 1 bulan ansuran keretanya untuk membolehkan pihak bank meluluskan pinjaman kereta saya. Setelah menghubungi dia memberitahu saya yang dia tidak mempunyai wang. Saya yang ingin membeli kereta pula terpaksa membayar 1 bulan ansuran(RM 900) untuk kereta Perdana tersebut barulah Pinjaman saya lulus .
Kemudian pada September 2004 , saya telah di hubungi pihak bank dan mengatakan bahawa Kereta Perdana yang atas nama saya itu tidak dibayar sejak Jan 2004. Saya pun mencari kawan sya itu kerana ingin penjelasan darinya. Dia pun memberitahu saya bahawa dia telah menjual kereta Perdana tersebut kerana ingin membeli sebuah kereta BMW. Apa yang saya kesalkan ialah dia tidak memberitahu saya ketika menjual kereta tersebut dan menukar hakmilik kereta Perdana itu.
Apabila saya ajukan tentang kereta Perdana tersebut dia pun tak dapat mengesannya hanya memberi beberapa nama dan no. Tel beberapa orang. Dan akhir sekali saya dapat menghubungi orang terakhir yg menggunakan kereta tersebut dan dia mendakwa telah ditipu ketika membeli kereta tersebut kerana katanya penjual terbabit tidak membuat pinjaman Bank untuk nya. Dia meminta saya untuk membayar RM7000 kepadanya jika ingin mengambil kembali kereta tersebut yang disembunyikan tak tau di mana. Saya pun meminta kawan saya yang menjadi punca masalah ini untuk menebus kembali kereta tersebut tapi sampai sekarang masih belum selesai.
Walaupun saya bukan ahli Pekida tapi saya percaya saudara -saudara sekelian dapat membantu saya untuk mengesan kereta tersebut. Kalau tidak berjaya sekalipun anggaplah pengalaman saya ini sebagai pengajaran buat semua. Terima Kasih.
Simpati juga saya mendengar cerita saudara, pengajaran di sini... jangan terlalu percaya dengan kawan-kawan nih! kekadang tu kawan makan kawan... time susah datang cari... lepas susah, lepas tangan... takper, akan diperhatikan juga kereta tersebut kalo terlintas di depan mata///
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
sedih saya dengar citer saudara rapi kita ni.../// niat yang baik nak tolong orang pon last2 kena balik lak.../// tapi takper saudara rapi.../// nanti saya tolong tengok2kan kereta tu...///
Alamak ! ni kes naya ni ... takpelah bro . . . cuba la ikhtiar cari kawan tu , umah dia takkan tak tau ? cuba la cari ... kami cuba pantau,kalau terlintas depan mata...
*zaman sekarang ni,bukan kawan makan kawan lagi dah,kawan ajak berlawan ni .. ish ish ish , naya ....