"MEMOIR SHAMSIAH FAKEH DARI AWAS KE REJIMEN KE 10 menceritakan bahawa Pemuda Umno pernah menyusun untuk menubuhkan Barisan 33. Ianya dicadangkan ditubuh ditiap-tiap cawangan Umno seluruh tanahair.
Peristiwa ini sebenarnya berlaku di zaman sebelum Merdeka.
Menurut Shamsiah perjuangan ini telah dirancang dan diketuai oleh Tuan Hj. Ahmad Badawi iaitu bapa kepada PM dan Presiden Umno hari ini. Ahmad Badawi ketika itu adalah Naib Yang Dipertua Pemuda.Beliau dibantu oleh Samad Idris dan Hamzah Alang.
Pemuda Umno dikatakan rela dan bersedia untuk berjuang hatta sehingga menitiskan darah dan gugur sebagai bunga bangsa yang bermekaran. Malah Samad Idris dan rakannya turut bercadang untuk menangkap dan membunuh terus orang-orang yang menyokong penjajah dan sesiapa sahaja yang membelot dalam perjuangan. Maklumat ini sebenarnya telah dirakamkan oleh Samad Idris sendiri di dalam bukunya 25 TAHUN MERDEKA terbitan 1982 yang Dr. Mahahtir sendiri telah memberikan kata-kata aluan."
Assalamualaikum..///
Saya ada terbaca petikan di atas tentang perjuangan datuk-nenek kita dahulu semasa menentang penjajah....(saya amat bangga dengan apa yang mereka perjuangankan)
Boleh saya dapatkan kepastian dari abang-abang semua adakah barisan 33 ini adalah sama dengan pekida.Ataupun datang dari satu kelompok yang sama.
Memang kita patut rasa bangga dengan perjuangan yang dilaksanakan oleh nenek moyang kita...tapi cukupkah hanya sekadar rasa bangga itu... adakah kita pernah terfikir yang kita ini penyambung kepada wardah perjuangan mereka...??? jangan jadi seperti " ANAK KECIL MAIN API"...
quote: Originally posted by: KaTaK 30 "Assalamualaikum.../// Bagus gak soalan tuh ??? X pernah lak eden dongar barisan 33 ...??? Ado sapo2 yang boleh menerangkan nyer ??? ____________________ ''' Hidup Melayu ... Bersatu ... Taat Setia '''"
Barisan 33 ditubuhkan oleh Tun Sardon Jubir dan Datuk Ahmad Badawi dalam Pemuda UMNO sebelum merdeka.... 33 diambil dari surah Al-Ahzaab iaitu surah dimana Allah memerintahkan umat Islam memerangi kaum kafir yang menganggu harta dan tanahair... Barisan 33 adalah angkatan bersenjata dalam UMNO yang mana tujuannya adalah untuk melancarkan perang bersenjata terhadap British sekiranya rundingan kemerdekaan gagal...
Barisan 33 tiada langsung hubungkait dengan PEKIDA atau PEKIMA tetapi ramai orang lama PEKIDA adalah ahli Barisan 33.... Barisan 33 yang dikenali sebagai 3 Garis atau 3 Line menggunapakai pengenalan diri 3 garisan yang dilorekkan pada basikal, motosikal atau motokar yang kadang-kadang dibuat seperti riben pada baju dan lain-lain..... Salam pengenalan Barisan 33 boleh dikenali dengan menyulurkan 3 jari sahaja dan jari kelengking dipisahkan dari 3 jari itu manakala ibu jari dilipatkan kedalam...