Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar
Wahai SUAMI.... renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah Tidaklah setaqwa Aisyah Tidaklah setabah Fatimah
Justeru, Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah.. Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya Isteri adalah murid, kamu mursyidnya Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya...
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w Pun bukanlah Sayyidina Ali r.a
Cuma Suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.... Amin....
Wahai ISTERI pula... renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w. Tidaklah setaqwa Ibrahim Tidak setabah Ayyub Tidak segagah Musa Apalagi setampan Yusuf
Justeru Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya...
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin...
Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI Jangan menuntut terlalu tinggi Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w. Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah....
* bulan 5 ek.....
__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
thanks pada sis nurul kerana mengingatkan kita tentang tanggungjawab besar yang akan ditanggung bakal2 suami/isteri didalam menjalani alam hidup berkeluarga... insyallah info ini akan saya jadikan pedoman bila menjalani hidup berkeluarga nanti... insyaallah...
disini juga saya ingin menjemput sekali lagi kepada seluruh ahli jemaah untuk menghadiri majlis perkahwinan saya nanti.... seperti yang telah di postingkan oleh abg batu_kurau di topic kenduri... (harap ahli keluarga r&d yang diketuai oleh dr. mas dapat menghadiri majlis itu nanti)
yup...satu hari nanti....insyaallah tahun nie gak.....
eh ye ker......
__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
Originally posted by: Alan0363 " Assalamualaikum semua... Dalam sungguh makna nyey tu...So utk Adik Langat kena la amik ikhtibar.... Kalau nak ilmu yg lain tu kena la jumpe personally ngan ALAN...byk ilmu nie..maklum la dah lama ..dah masuk kategori veteran nie.... "
ye ke nih bang alan0363... saya nih nak diikutkan beginner lagi dalam bab2 tuh... klau bang alan nak bagi kursus khas kat saya ok gak tuh maklum la org lama nih macam2 dah dilalui nya...