Daripada Saidina Ali Abi Talib, Rasulullah saw bersabda: "Bahawa seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya orang tertawa, maka sebab yang sedemikian itu, dilemparkan dia di dalam neraka jahanam selama 70 tahun." Lukman Al-Hakim mewasiatkan kepada anaknya:" Janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan hati, jangan menanyakan sesuatu yang tak ada gunanya bagi diri kamu dan jangan engkau mensia-siakan harta dunia kamu."
Banyak bercakap atau banyak membuatkan orang ketawa termasuk dalam sifat tercela. Bukanlah ia bermaksud kita tidak boleh ketawa langsung tetapi ketawalah seperti ketawa nabi, iaitu sekadar menampakkan gigi putihnya dan tidak tebahak-bahak. Banyak bercakap adalah perbuatan sia-sia, melainkan perkataan itu mendatangkan manfaat dan berpesan-pesan mengenai hal kebaikan antara satu sama lain adalah dituntut.
Saidina Ali Abi Talib berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: " Barangsiapa banyak cakapnya, sedikit malunya dan sedikit waraknya (mudah membuat yang haram), matilah hatinya. Maka dia akan hidup berbuat barang sekehendak hatinya." ini bererti hidup mereka penuh dengan kelailaian dan ini menyebabkan hatinya mati, tidak suka atau ingin kepada mengingati Allah melainkan sedikit sangat."
Kepada mereka yang ingin megambil pengajaran ini, maka elakkan diri kita daripada mengambil mudah perkara yang difikirkan remeh tetapi besar bahayanya. Oleh itu ambillah panduan daripada Rasulullah saw iaitu " duduk bersendirian itu lebih baik daripada mendekati orang durjana, sedang bergaul dengan orang yang baik (soleh) itu lebih baik daripada duduk sendirian." maksud hadis di atas ialah hendaklah kita bergaul dengan orang yang banyak menginati Allah dan hindarkan diri kita daripada orang yang lalai. Wasiat Lukman Al hakim: " wahai anakku! bergaul mesralah kamu dengan orang alim dan berilmu. Perhatikan kata2 nasihat mereka kerana sesungguhnya akan sejuk hati kamu bila mendengarnya. Hidupkan hati kamu dengan cahaya hikmah yang diperolehi daripada mutiara kata-kata alim ulama kerana nasihat mereka bagaikan tanah yang disirami hujan." Wassalam
quote: Originally posted by: ManTK "Tulis jgn sebarang tulis .......... tulis yg ada isi utk dihayati dan dijadikan pengajaran rasanya ok kot ..... gitu antiplb(tak puas hati kot .... luahkan perasaan tu) "
Cakap ape yg perlu!!!.....
Posted! ape yg patut dihayati dan yg boleh dikongsi bersama...
Kalau tak puas ati skali pon ....perlulah dengan cara dan adab nya ...jgn dok hentam je