Di antara yang disebut oleh Michael Nostradamus (1503-1566) seorang rakyat Perancis berketurunan Yahudi, tokoh peramal dari Barat yang terkenal, yang dikatakan banyak ramalannya yang tepat. Menurut ramalan beliau yang ditulis semula oleh V. J. Hewitt dan Peter Lorie dalam buku The End of the Millennium, Prophecies : 1992 to 2001, beliau meramalkan pada tahun 2000, disebutkan secara lebih khusus mengenai munculnya seorang pemimpin Islam yang bakal merubah dunia.
Menurut beliau:
1. Akan muncul A New World Religion.
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
5. Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.
Di sini saya ingin menghuraikan berkenaan perkara-perkara yang disebut oleh Nostradamus berdasarkan hadis, sekaligus membuktikan terdapat "mala-fide" Yahudi dalam konspirasi mengelirukan umat Islam.
1. Akan muncul A New World Religion.
Kemunculan satu kuasa baru dunia berteraskan agama telah disebut secara nyata oleh Rasulullah SAW di dalam beberapa hadis. Di antaranya:
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini (Islam) pada awal setiap seratus tahun seorang mujaddid yang bakal membaharu (menghidupkan) urusan agamanya." (Riwayat Abu Daud, Al Hakim, Al Baihaqi, Al Iraqi, Ibnu Hajar Al Asqalani) Imam As Sayuti berkata: Para penghafal hadis sepakat mengatakan hadis ini sahih) Kita kini berada di awal kurun Hijrah ke-15, iaitu 1420 Hijrah.
Mengikut tafsiran ulama, yang dikatakan awal kurun itu ialah 1/4 yang pertama. Ertinya kita kini berada di awal kurun. Sebagaimana janji Allah melalui lidah Rasulullah SAW ini, pastilah akan lahir seorang pemimpin yang akan menghidupkan syiar serta perjuangan Islam di zaman ini. Berbetulan pula kini kita melangkah ke alaf ke-3 Masehi dan berada di awal tahun 2000. Dalam sebuah hadis yang lain, bersabda
Rasulullah SAW: "Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah zaman kekhalifahan (Khulafa'-ur-Rasyidin) yang berjalan seperti zaman kenabian. Maka berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya lalu berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit (zaman fitnah). Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan penzaliman (zaman pemerintahan diktator) dan kemudian berlakulah zaman itu sepertimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (zaman Al Mahdi dan Isa a.s) yang berjalan di atas cara hidup zaman kenabian. Kemudian baginda diam." (Riwayat Ahmad)
Secara umum apabila kita meneliti sejarah, zaman kenabian, zaman Khulafa -ur-Rasyidin, zaman fitnah (pemerintah telah rosak sedang rakyat masih baik) zaman diktator (penjajahan Yahudi dan Nasrani) dan kini adalah giliran zaman seperti zaman kenabian itu berulang semula. Inilah yang dimaksudkan sebagai A New World Religion oleh Nostradamus.
2. Dipimpin oleh seorang yang dikenali dengan panggilan The Man from The East.
Kebangkitan yang dimaksudkan itu akan dipimpin oleh seorang pemimpin dari Timur sebagai pencetusnya. Di dalam beberapa hadis disebutkan berkenaan pemimpin dari Timur itu:
a. Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW sambil memegang tangan Sayidina Ali; baginda berkata: "Akan keluar dari sulbi ini seorang pemuda yang memenuhi bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu menyakini demikian itu hendaklah bersama Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji Al Mahdi." (Hadis riwayat At Tabrani)
b. Dari Tsauban r.a dia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) umpama kepingan-kepingan besi (jiwa berani). Barangsiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbai'ahlah kepada mereka sekalipun merangkak di atas salji. (Dikeluarkan oleh Al Hafiz Abu Naim)
3. Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut.
Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut. Siapa sahaja yang merasakan kedudukan mereka terancam akan membuat kajian dan menyusun strategi untuk menyelamatkan diri. Sementelahan pula Yahudi dan Nasrani yang telah tahu tentang kebangkitan Islam di akhir zaman. Memang Timur itu tidak ditentukan di manakah negaranya melalui hadis. Ini adalah kajian pihak musuh, akhirnya mereka berpendapat negara tersebut terletak dalam lingkungan tiga buah laut di sebelah Timur. Mereka mencari negeri yang ada sifat demikian dan di negeri-negeri berkenaan, mereka menjalankan 'kerja-kerja kotor' iaitu cuba memadamkan kalimah Ilahi dengan pelbagai cara. Dengan berbuat demikian, mereka berharap dapat menghalang kebangkitan Islam buat kali kedua dari kawasan yang telah disebutkan itu. Sebab itulah wilayah-wilayah di Indonesia sejak dahulu lagi menjadi sasaran utama mereka kerana mereka yakin dari sanalah akan bangkitnya "The Man from The East" itu.
Selain itu, mereka turut membina pangkalan (pusat operasi) di sebelah sini iaitu di Filipina dan Singapura. Filipina adalah pusat operasi bagi kaum Nasrani manakala Singapura pula adalah pusat operasi bagi Zionis Yahudi. Dari kedua-dua tempat itulah mereka memantau seluruh Asia Tenggara ini, terutamanya Indonesia kerana dipercayai oleh mereka Pemuda Bani Tamim itu berasal dan berkembang di Indonesia. Itulah bukti kukuh kepercayaan para pendeta Yahudi dan Nasrani terhadap kemunculan Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu serta kawasan di mana mereka berdua akan dibangkitkan.
Namun, atas sebab-sebab permusuhan yang sangat kuat, setiap pergerakan mereka ini dibuat atas nama perniagaan, hubungan politik, ekonomi, pertahanan, ketenteraan dan sebagainya sehingga tidak kelihatan niat sebenar mereka ke atas umat Islam di kawasan ini. Di samping itu, mereka juga sangat kuat menyimpan niat sebenar mereka sehingga tidak pernah dapat diketahui oleh mana-mana umat Islam di kawasan ini sejak dahulu hingga ke hari ini. Perkara-perkara ini hanya dapat diketahui melalui pendedahan oleh para sarjana dan cendekiawan mereka sendiri melalui penerbitan-penerbitan mereka sendiri sahaja. Begitu bijaknya mereka beroperasi. Boleh jadi juga negara tersebut ialah Tanah Melayu yang telah menjadi Malaysia kini. Pada peringkaat awal, pihak musuh lebih beranggapan Indonesialah tempat yang dimaksudkan. maka mereka berjuang silih berganti menjajah Indonesia, menyebarkan ajaran Kristian dan cara hidup Yahudi di sana. Mereka terlupa dalam keghairahan itu, sebuah negara yang juga terletak di antara tiga laut, Laut China Selatan, Laut Sulu dan Lautan Hindi. Indonesia adalah kepulauan, oleh itu ia sudah tentu dikelilingi oleh laut, sedangkan Malaysia (khususnya semenanjung) hanya di lingkungi tiga penjuru. Di Utaranya tiada laut (tanah besar Thailand). Umat Islam tidak boleh memandang remeh tentang perkara ini. Kajian pihak musuh bukan kajian yang main-main kerana mereka berjuang antara hidup dan mati.
Jika dilihat di segi mercup suburnya Islam berbanding negara-negara Timur yang lain, Malaysialah yang terkehadapan. Walaupun masih amat banyak kelemahan, itulah yang paling kuat keIslamannya. Bukan diihat di sudut kuantiti penduduk tetapi di sudut kualiti penghayatan.
Di sudut bangsa pula, bangsa Melayu adalah bangsa yang belum pernah menguasai dunia berbanding bangsa-bangsa lain. Mungkin ini peluang untuk bangsa Melayu. Sudah tentu pula pemimpin yang dimaksudkan itu tidak hanya berjuang dalam lingkungan tempatan, kedaerahan atau kenegaraan semata-mata. Perjuangannya adalah perjuangan global yang menjadikan tanah airnya sebagai tapak globalisasi Islami. Mana tahu kalau-kalau pemimpin itu telah ada. Bahkan pasti ada jika merujuk kepada hadis, kita kini berada hampir di penghujung awal kurun. Mungkin beliau sedang berjuang tetapi tidak disedari oleh musuh-musuh, atau dianggap remeh oleh musuh. Begitulah apabila Allah mahu mengalahkan musuhNya.
4. Kemunculannya menggemparkan Timur dan Barat.
Semua manusia di seluruh dunia akan terkejut besar dengan perlantikannya sebagai pemimpin manusia di Timur. Pernyataan ini disebutkan oleh Nostradamus dengan tegas dalam buku ramalannya. Ketika itu, kebanyakan urusan perniagaan akan terhenti atau lumpuh seketika sebelum pulih di negara-negara lain. Di negara tempat beliau zahir itu, ekonominya akan lumpuh terus dan hapus lalu beliau gantikan dengan sistem ekonomi Islam yang lebih adil dan sangat stabil. Sistem ekonomi Islam yang beliau lagang nanti akan turut menggemparkan seluruh ahli ekonomi dan tokoh perniagaan yang pakar-pakar di seluruh dunia. Sistem ekonomi Islam beliau menyebabkan sistem kapitalis, sosialis dan sebagainya itu akan hancur, lumpuh dan tidak bermaya Akhirnya, sistem ekonomi Islam yang beliau lagang itu nantilah yang akan berkembang pesat dan meruntuhkan seluruh sistem ekonomi yang sedia ada di dunia. Perkara ini termasuk dalam sifat keadilan yang dibawa oleh pemimpin tersebut. Kedatangannya memenuhi dunia dengan keadilan sepertimana sebelum ini dipenuhi oleh kezaliman.
Dari Ibnu Mas'ud RA, katanya, "Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihatkan mereka, maka kedua-dua mata baginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, "Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai?" Baginda menjawab, "Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi." (Riwayat Ibnu Majah)
Keadilan yang ditegakkan itu secara menyeluruh meliputi setiap aspek samada politik, ekonomi, pendidikan dan lain-lain.
Sabda Nabi SAW: "Akan keluar dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang pemuda yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut menyertai Pemuda Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur dan dialah pemegang panji-panji al-Mahdi." (Riwayat At-Tabrani)
5 Ketika muncul, dia memakai serban biru (The Blue Turban).
Oleh kerana pemimpin tersebut adalah seorang pejuang Islam yang amat cinta kepada Rasulullah SAW, pastilah segala sunnah Rasul itu diperjuangkannya. Tidak mungkin seorang pejuang Islam tidak berserban seperti Rasulullah SAW. Walaupun ketika ini, amalan sunnah seperti berserban itu telah dimomok-momokkan oleh orang. Disebutkan tentang warna serban, sebenarnya banyak hadis menyebut tentang serban pemimpin ini, samada secara khusus ataupun secara umum (merangkumi pengikut-pengikutnya). Khususnya di dalam kitab Jamiussoghir karangan Imam As Sayuti. Ketika kemunculannya hanya dia seorang yang memakai serban berwarna biru di dunia ini. Mungkin serban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma sekali-sekala sahaja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahawa hanya beliau seorang yang sanggup memakai serban biru. Ulama lain ketika itu, terutamanya ulama fiqh, sudah tidak sanggup lagi meletakkan serban di atas kepala sebagai pakaian harian, apatah lagi untuk memakai serban yang berwarna biru atau hijau. Berat pula pernyataan dari Nostradamus ini merujuk kepada pemakaian serban berwarna biru ketika zahirnya Pemuda Bani Tamim ini dengan mendapat kekuasaan di dunia sebelah Timur itu. Maknanya, serban warna biru itu dipakainya ketika beliau mula-mula mendapat kuasa di negeri sebelah Timur dan mula-mula diberikan baiah oleh sekalian manusia. Mungkin begitulah yang dimaksudkan serban biru oleh Nostradamus.
6. Dia merayakan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya.
Ini suatu yang tidak lazim bagi kebanyakan umat Islam ketika itu, di seluruh dunia termasuk oleh para ulamanya. Maksudnya di sini ialah, hari Khamis malam Jumaat. Malam yang lazimnya orang-orang Islam membaca Surah Yasin selepas sembahyang Maghrib di masjid, di surau atau di rumah. Beliau menjadikannya istimewa kerana pada malam Jumaat itulah beliau akan membanyakkan zikir, doa dan sebagainya seolah-olah orang yang menyambut malam raya. Mungkin maksudnya beliau menjadikan malam Jumaat itu sebagai masa untuk membaca selawat dan mengamalkan zikrullah sehingga jadilah malam Jumaat itu sebagai sangat istimewa bagi dirinya. Dan memang pun begitu keadaannya bagi para solihin dan wali-wali sejak zaman para sahabat lagi, hinggalah zaman salafus soleh dan diteruskan hingga kini, mereka menjadikan hari Khamis malam Jumaat sebagai suatu hari raya dan malam berpesta-pesta amal dan taqarrub kepada Allah. Pesta seperti ini hanya mampu dilakukan oleh para wali Allah dan orang-orang soleh sahaja. Mereka menyambutnya dengan penuh kegembiraan, semangat baru dan azam baru untuk melipatgandakan amal ibadat kepada Allah. Itulah maksud sebenar yang dikatakan oleh tokoh peramal Barat yang terkenal, Nostradamus, dengan kenyataan bahawa, beliau menjadikan hari Khamis sebagai hari istimewa bagi dirinya. Maksudnya di sini juga, umat Islam ketika itu sudah semakin jauh meninggalkan ajaran agamanya sendiri, sehinggakan hari Khamis malam Jumaat yang mulia itupun sudah dianggap tidak berbeza langsung daripada hari-hari dan malam-malam lainnya. Tahun yang disebut iaitu tahun Masehi 2000 telah tiba. Sebagai orang yang beriman dengan hadis sepatutnya kita peka dengan perkara ini. Di mana, di saat ini pihak musuh Islam lebih-lebih lagi peka, maklumlah mereka dijanjikan untuk menerima kekalahan. Sedangkan bagi umat Islam, telah dijanjikan kemenangan. Hanya yang perlu, penuhi jiwa dengan iman dan taqwa, serta berusahalah untuk mendapatkan pimpinan dari pemimpin yang dimaksudkan itu.
Sabda Nabi SAW, "Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas salji." (Riwayat Al-Hafiz Abu Naim)
PETIKAN DARI BUKU MALAYSIA DAULAH PEMUDA BANI TAMIM (Dr Fauzi Abd Hamid, USM)
Saya paparkan petikan ini sekadar utk renungan kita yang bersaudara seagama sebangsa..bukan utk ditentukan betul dan salahnya, cuma kadang - kala kita terlupa akan janji - janjiNya.
walau macam mana sekalipun ancaman yahudi terhadap umat islam.. yang boleh mendatangkan mudarat serta kehancuran.. ia hendaklah ditindas dengan sekeras kerasnya.. ini kerana kita adalah satu tiang agama dan mempunyai agama dan jalan yang benar,... jika ia berlaku di negara kita tidak hairanlah jikalau kita sebagai umat islam bermandikan darah di tanah air sendiri.. cuma jikalau hendak diikutkan pada masa sekarang kita masih boleh berdiam diri.. yakni berdiam dan memendam hinggalah kemunculan zaman kehancuran dan peperangan antara umat islam dan kaum kafir.. itu lah saat2 yang ditunggu.. pada masa skrg kita sendiri akui banyak yang menghalang dari segi undang2 dan peraturan dunia yang penuh dengan fana dan noda.. jadi harus lah bersabar menunggu detik yang penuh bersejarah pada era 2000 ini..insyaallah!..
Hamba bersetuju dengan pandangan tuan hamba.. Hamba yakin Pemuda Bani Tamim akan datang dari timur..Kita sebagai pejuang-pejuangnya disini...So,kitalah yang akan mendukung panji-panji itu..Takbir Allahhuakbar...................Jadi bersedialah semua pejuang-pejuang Allah..Ingat janji Allah kepada pejuang-pejuangnya...Allah itu Maha Adil
Seorang bekas paderi Abd. Rahman Yaakob ( Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah ) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En. Abd Rahman adalah pendakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau menjadi paderi dikenakan 4 syarat:
1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.
Holy water dibawa dari Indonesia ( Ketua paderi Indonesia ) bapak Bruto yang menyediakan air ini. P ercetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua paderi Kamaruddin Hj. Ahmad dalam berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.
Bagaimana mereka dimurtadkan??? Dengan hanya gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan) Beliau beri penerangan kepada:
1. Polis Bukit Aman
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)
Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini.
PENGUMUMAN HARAP DISAMPAIKAN KPD ORANG ISLAM KITA
Sabda Rasulullah SAW:
"Sebarkanlah walau satu ayat pun. Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
Mengikut rekod Jabatan Agama Islam, Selangor merupakan kawasan yg paling ramai mempunyai penduduk Melayu Islam yg bertukar agama, bukan sahaja kepada Kristian, tetapi juga kepada agama lain seperti Hindu. Keduanya, kawasan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Pulau Pinang. Sejumlah kecil kes murtad juga terdapat di negeri-negeri lain. Yang menyedihkan, terdapat banyak kes-kes terbaru yg membabitkan remaja belasan tahun.
Pada minggu lepas, Jabatan Agama Islam telah berjaya menarik balik seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yg bersekolah di sebuah sekolah di Puchong. Remaja ini telah menukar agama dan dilarikan untuk dikahwinkan dgn seorg yg berlainan agama. Di sebuah sekolah menengah di Pandan Jaya, 2 org remaja perempuan juga berjaya diselamatkan dari terus hanyut. Mengikut maklumat yg diterima dari 2 remaja ini, mereka selalu dibawa ke sebuah gereja ( letaknya di tepi highway Cheras ), diajar dan diKristiankan oleh dua orang paderi wanita berbangsa Melayu. Sisters tersebut masih berada di gereja tersebut. Remaja-remaja tersebut di atas sekarang berada di Ulu Yam untuk pemulihan akidah.
Kalau kita semua boleh recall, pada beberapa tahun lepas, terdapat seorg paderi Melayu yg bernama Jamaluddin telah memurtadkan ramai Melayu di sebuah gereja di Bukit Gasing. Sekarang ini beliau telah kembali ke Malaysia setelah beberapa tahun berada di luar negara, dan dinaikkan pangkat menjadi seorang Bishop dan berjanji akan mengKristiankan lebih ramai warga Melayu di sini.
Terdapat satu kes, recently, di mana seorang anak Tan Sri telah melahirkan seorg bayi di sebuah hospital di Penang. Para petugas di hospital tersebut membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam setelah mencurigai sesuatu yg tidak kena sedang berlaku. Wanita tersebut hanya didatangi oleh sekumpulan yg pastinya bukan Islam. Malah wanita tersebut ingin menamakan bayi tersebut ( dilihat dari borang pendaftaran kelahiran ) dgn nama yg jelas bukan nama seorg penganut Islam. Jabatan Agama Islam dgn kerjasama Perkim telah berjaya membawa lari wanita & bayi tersebut ke Selangor, dan ditempatkan buat masa ini di sebuah rumah kampung bersama-sama sebuah keluarga Islam. Walau bagaimanapun, keluarga ini sering didatangi dan dikacau oleh si "claimant" wanita tersebut. Wanita tersebut juga sedang dipulihkan.
Di Kedah yg suatu ketika dahulu sibuk dengan Black Metal , kini terdapat kumpulan baru yg menamakan diri mereka J.I.T. @ Jgn Ikut Tuhan. Mereka juga terdiri dari remaja-remaja Melayu ( lelaki & perempuan) dan telah menolak kepercayaan kepada Allah. Cara mereka men"declare"kan diri mereka "free-thinker" adalah dengan cara masing-masing mencuri sebuah Al-Quran. Kemudian mereka akan mengadakan upacara yg berasingan. Remaja lelaki akan menghidupkan unggun api dan akan mengelilingi unggun tersebut sambil mengoyak-ngoyakkan helaian Al-Quran dan dibakar. Mereka juga memasukkan titisan darah mereka ke dalam gelas yg telah bercampur dgn darah kambing ( kalau tak silap ). Kemudian minum. Manakala kumpulan perempuan pula, modus operandi utk mengesahkan mereka bukan lagi Islam, ada sedikit kelainan. Remaja perempuan ini akan berbogel sambil mengoyak-ngoyakkan Al-Quran tersebut dan ditaburkan. Bagi menghina agama suci kita ini, mereka melakukan penzinaan dgn senior lelaki mereka di atas helaian yg koyak tersebut. Mengikut kata Zulkifli, Ketua Puteri kumpulan tersebut telah berjaya diselamatkan dan sekarang dalam peringkat pemulihan. Jabatan Agama Islam dgn kerjasama Perkim masih lagi mencari ahli-ahli yg hanyut itu.
Saya ingin juga mengambil kesempatan ini untuk berkongsi pengalaman saya sendiri. Saya pernah mempunyai seorang senior ketika belajar di Terengganu dahulu dan menjadi murtad pada tahun pertengahan 80-an. Dia boleh dikatakan rapat dgn saya. Seorg anak cikgu yg berasal dari Muar. Seorg pelajar yg pintar & rajin mengaji Al-Quran. Setelah tamat kursus, beliau pernah ditawarkan utk melanjutkan pelajaran ke US atas "Young Lecturer Scheme". Tetapi dihalang oleh ibunya kerana khuatir sesuatu yg tidak baik berlaku. Beliau seorg yg patuh pada perintah org tuanya pun bersetuju. Tidak lama kemudian, kawan saya ini mendpt pekerjaan di sebuah syarikat guaman yg terkenal di Kuala Terengganu. Di sana, bermulalah kisah yg sedih ini. Kawan saya ini telah berkenalan dgn anak tuan punya syarikat guaman ini, sehingga mengheret dia menjadi seorg penganut Kristian. Setelah berkahwin di sebuah gereja di Kuala Terengganu, beliau pernah dtg mencari saya, dan terakhir yg saya tahu, dia sudah mempunyai seorang anak perempuan dan menjadi seorg penganut Kristian yg setia, rajin ke gereja dan menghayati Bible .
Tujuan saya bukan utk mengaibkan dia, tetapi untuk kita jadikan sempadan. Kisah Aisyah Bukhari dan kawan saya ini mempunyai persamaan, "good religious foundation but got carried away". Missionary agama lain sungguh kuat dari segi bantuan kewangan, sebab itu ia semakin menular sekarang. Dulu, mereka menggunakan issionary mereka dgn cara berbuat baik, mengambil hati, bercinta dan berkahwin. Sekarang, golongan pelajar Islam pula yg dijadikan mangsa, kurang pasti cara mereka tackle. Pinta penceramah semalam, agar dapat kita sama-sama mengambil ikhtibar dan melakukan sesuatu yg terbaik untuk masa depan generasi Islam di Malaysia ini. Bagi yg mampu atau yg sudi menghulurkan sedekah, salurkan niat murni kepada PERKIM atau pihak yg berkenaan kerana bantuan yg diterima tidak mencukupi. Dgn caruh dgn adanya sumber kewangan yg kukuh.
P/S:Tolonglah 'forward'kan e-mail ini kepada sahabat-sahabat kita. Tolonglah hindarkan anak-anak Melayu ISLAM kita daripada termakan racun dakyah kritianisasi ini, di samping kita juga perlu menjaga diri kita sendiri...INSYA-ALLAH setiap usaha yang murni kerana ALLAH SWT, akan diberkati!
INI ADALAH HANYA SEBAHAGIAN DARI KISAH REMAJA MELAYU KITA YANG MURTAD....TERDAPAT RAMAI LAGI YANG SUDAH TERPESONG AKIDAH MEREKA........
Sedih la cerita mcm ni...Dah la anak bangsa kita banyak yg rosak...Mundur... Pastu banyak pulak yg murtad...Harap semua akan amik iktibar...Selalulah ke majlis ilmu agama untuk memantapkan diri...
quote: Originally posted by: WAN KAJANG "Hamba bersetuju dengan pandangan tuan hamba.. Hamba yakin Pemuda Bani Tamim akan datang dari timur..Kita sebagai pejuang-pejuangnya disini...So,kitalah yang akan mendukung panji-panji itu..Takbir Allahhuakbar...................Jadi bersedialah semua pejuang-pejuang Allah..Ingat janji Allah kepada pejuang-pejuangnya...Allah itu Maha Adil"
benar tu... lihat surah 7 ayat 137, pernah kanda Dr Mas bukakan pada kita sebelum ini di forum ni..
Benarlah kata-kata Allah,ayat-ayat Allah tak pernah berdusta dan maksudnya tak pernah yang terlari.....cuba fikir kan...,ayat 137 surah Al-A'raaf ni di turun kan pada Rasullullah sebelum kelahiran si Nostradamus.....silap haribulan dia sendiri baca AQ kemudian terangkan balik pada manusia zaman tu.....
So...kita sebagai umat Islam kena prihatin dengan setiap perkara yang telah Rasullullah wariskan pada kita,umat akhir zaman.
quote: Originally posted by: zairi_82 "Benarlah kata-kata Allah,ayat-ayat Allah tak pernah berdusta dan maksudnya tak pernah yang terlari.....cuba fikir kan...,ayat 137 surah Al-A'raaf ni di turun kan pada Rasullullah sebelum kelahiran si Nostradamus.....silap haribulan dia sendiri baca AQ kemudian terangkan balik pada manusia zaman tu..... So...kita sebagai umat Islam kena prihatin dengan setiap perkara yang telah Rasullullah wariskan pada kita,umat akhir zaman."
yang dah muratad tu kalau boleh diusahakan baikan pulih kembali cubalah.. manakala yang kekal ini marilah kita bersama sama berdoa agar mendapat keredhaan allah s.w.t dan diharap kepada semua marilah kita berjuang dan bertindak cuba menyemarakkan kembali zaman kegemilangan rasulullah dimana kita harus memperjuangkan dakwah kita terhadap fardhu kifayah untuk semua umat islam yang kini ramai lalai dan sudah lupa kan keimanan masing2. cuba buat berbincang dan cuba tanyakan masalah mereka terhadap rukun iman dan islam mereka.. rasanya mungkin mereka sudah ramai yang putus asa.. atas sebab akidah dan solat mereka yang telah banyak dilupakan dan malu maka mereka mengambil jalan mudah menukar agama yang mudah dan senang untuk di lakukan.jangan hanya duduk bersembang dan duduk berbual diwarong2 sambil bukak buah sesama sendiri..mana perjuangan sebenar?..fikirkan.. lah wahai saudara ku..
Originally posted by: slipers " yang dah muratad tu kalau boleh diusahakan baikan pulih kembali cubalah.. manakala yang kekal ini marilah kita bersama sama berdoa agar mendapat keredhaan allah s.w.t dan diharap kepada semua marilah kita berjuang dan bertindak cuba menyemarakkan kembali zaman kegemilangan rasulullah dimana kita harus memperjuangkan dakwah kita terhadap fardhu kifayah untuk semua umat islam yang kini ramai lalai dan sudah lupa kan keimanan masing2. cuba buat berbincang dan cuba tanyakan masalah mereka terhadap rukun iman dan islam mereka.. rasanya mungkin mereka sudah ramai yang putus asa.. atas sebab akidah dan solat mereka yang telah banyak dilupakan dan malu maka mereka mengambil jalan mudah menukar agama yang mudah dan senang untuk di lakukan.jangan hanya duduk bersembang dan duduk berbual diwarong2 sambil bukak buah sesama sendiri..mana perjuangan sebenar?..fikirkan.. lah wahai saudara ku.."
Yahudi satu hal....Muslihat Kristian jgn dilupakan kerna Kristian sudah menular ke dlm "rumah" kita dan bahkan penganut Kristian adalah yg terbyk berbanding islam....Kaedah gula dan ragi begitu berjaya...sehingga kita tidak menyedari seseorg itu islam ka Kristian kerna hingga ada peristiwa...perempuan yg bertudung tapi mempunyai rantai salib di leher.....
nauzubillah hi minzalik....
wallahua'lam
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
Yahudi bagi kami macam musuh dlm selimut yg menikam2 kita umat islam dari belakang dan menggunakan taktik yang kotor~~ sekira nya bersemuka dah temtu diorang tak berani~~ ape yg diorang berani tikam belakang pastu isi racun dalam makanan umat islam~~~ ada sejarah idop kami pasal racun nie~~~ wassalam~~