Dukacita dimaklumkan bahawa Ayahanda Bilal Hamid (Paya Rumput, Melaka) telah kembali ke Rahmatullah pada 0730 malam 3/4/2005, semalam. Jenazah akan dikebumikan perkampungan beliau, selepas sembahyang zohor hari ini. Sampaikanlah berita ini kepada saudara-saudara perjuangan kita. Semoga Roh beliau dicucuri Rahmat dari ALLAH Subhanawata'ala.
p/s : Mari sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah, semoga Rohnya akan bersama dengan orang-orang yang dikasihi olehNYA.
Arwah telah pon selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam masjid Paya Rumput.Kehadiran ayahanda ayahanda yang lain serta kanda kanda dan saudara perjuangan semasa majlis perkebumian telah memberi penghormatan terakhir buat arwah.
Suasana pilu telah menyelubungi kami orang Melaka namun kami percaya setiap kejadian Yang Esa pastinya ada hikmahnya.Mogo moga Yang Esa merahamati roh arwah serta menempatkannya di tempat yang sempurna,amin.