dia suruh kita renung2 kan diri kita sendiri...... apa yang telah kita lakukan selama ini... kebajikan kita / dakwah kita... tuntutan terhadap agama kita... adakah itu sudah mencukupi...
quote: Originally posted by: ungkuomar "Ko tak faham ker Jepun? aku pun tak paham... ekekekek p/s : ni kes nak tambah posting ler ni... contohnya macam Jepun ekekekekek dah sampai 700 lebih dah tu... ahaks!!! jangan mara ha..."
yer la tu dah tak faham nak wat macam mana...///
p/s : jangan kejar posting kalau posting pon 0 jer pastu letak senyum jer baik simpan jer posting tu jer tengok je la...///
sorry..le kengkawan....renungan tak masuk le dalam posting tu...yg tinggal tajuk jer....tak tau kenape....maap le bebanyak...ade kesilapan teknikal ler.....
quote: Originally posted by: civic "salamekom... sorry..le kengkawan....renungan tak masuk le dalam posting tu...yg tinggal tajuk jer....tak tau kenape....maap le bebanyak...ade kesilapan teknikal ler..... camne leh jadik cam nie yek...?"
Ooo, ada renungnan lain ker? ingatkan macam maksud si adik langat tu... takper, cuba post sekali lagik... usaha hingga jaya!
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
quote: Originally posted by: ungkuomar "Ko tak faham ker Jepun? aku pun tak paham... ekekekek p/s : ni kes nak tambah posting ler ni... contohnya macam Jepun ekekekekek dah sampai 700 lebih dah tu... ahaks!!! jangan mara ha..."
kekeke, xpasal2 si jepun kena tempias!!! bro civic, kamon la, kami masih menunggu ape yg nak direnungkan...
maaf sebab buat korang sume tertunggu2.bukan ape, tengah carik balik posting yg hilang tuu...
haaa... cubr tengok yg nih lak....
1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
~ dah nampak dah...
3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah
~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah
4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu
6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang pa ling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
~ george bush
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc etc)
10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
~ try baca akhbar2 & majalah2 yg popular skarang nie...
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim