Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: LIDAH - Sila baca demi DIRI anda


Senior

Status: Offline
Posts: 165
Date:
LIDAH - Sila baca demi DIRI anda




Hadis : Lidah perlu dipelihara daripada percakapan keji

SESEORANG Muslim mesti memelihara lidahnya daripada menuturkan kata-kata yang tidak berfaedah, percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu-domba.

Nabi Muhammad saw memberi banyak ingatan mengenai perkara itu. Antaranya sabda Baginda bermaksud: “Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah juga bersabda bermaksud: “Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Pesan Rasulullah lagi bermaksud: “Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi).

Imam Nawawi ketika membicarakan hal yang sama berkata:

“Ketahuilah, seseorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan.

“Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri. H al ini kerana percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh.

“Kejadian demikian telah banyak berlaku, tetapi kebaikan daripadanya adalah jarang.”

Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis di atas membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata hanya kepada perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain. Kalau tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan, maka adalah lebih baik berdiam diri saja.

Rasulullah ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: "Takwa kepada Allah dan keindahan akhlak.” Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka? Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan."

Nabi Muhammad lagi bersabda lagi bermaksud: “Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksa-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya.” (Hadis riwayat Ibnu Abib-Duanya).

Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya, Rasulullah bermaksud : “Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya.”

Begitulah pentingnya seseorang itu memelihara lidahnya daripada percakapan yang buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah. Allah mengurniakan umatnya dengan sebaik-sebaiknya nikmat. Oleh itu, nikmat lidah yang diberikan, hendaklah digunakan ke jalan yang diredai-Nya.


 



-- Edited by ManTK at 16:52, 2005-04-04

-- Edited by ManTK at 16:55, 2005-04-04

__________________
PenangKia©


Senior

Status: Offline
Posts: 144
Date:

Berdiam diri lebih baik daripada berkata kata yg sia-sia.

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

Lidah kita ni tajam ... benda yg paling banyak menghasilkan dosa. jadi banyakanlah menyebut kalimah2 ALLAH dari menyebut perkara ntahapeapentah.



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

betullah lidah ni lebih tajam dari mata pedang!!

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 36
Date:

quote:

Originally posted by: anakomar

"betullah lidah ni lebih tajam dari mata pedang!!"

Melalui lidah jugalah saya akan menyuarakan apa jua kemungkaran di sekeliling saya

__________________
Amigos


Senior

Status: Offline
Posts: 165
Date:

quote:

Originally posted by: antiplb

"Melalui lidah jugalah saya akan menyuarakan apa jua kemungkaran di sekeliling saya"

saya setuju dgn pendapat awaklah antiplb ...... tapi cam mana nak kenai ngan hang ni..... dok jauh tuuu....

-- Edited by ManTK at 22:07, 2005-04-04

__________________
PenangKia©


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

jangan jadi mcm biawak sudahler.......
lidah bercabang.............

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 475
Date:

uh, banyaknya kesilapan yg berlaku dalam diri ini...

__________________
Latok ///


Senior

Status: Offline
Posts: 144
Date:

Mari kita renung sejenak. Kita perhatikan dan dengar dengan teliti perbualan para remaja dan kanak-kanak sekarang ini. Kita akan dapati bahawa perbualan mereka tidak lengang dari perkataan lucah dan kotor, memaki satu sama lain, samada secara sedar atau tidak sedar, samada secara sungguh-sungguh atau bermain-main.

Kemudian kita perhatikan pula perbualan kita apabila kita bercakap-cakap dengan kawan rapat kita. Kita perhatikan: adakah perkataan-perkataan yang kita ucapkan tersebut mempunyai unsur umpatan dan pembohongan ataupun sebaliknya.
Allah s.w.t berfirman di dalam surah An-Nisaa, ayat 114 yang bermaksud:

Tidak ada gunanya pada kebanyakan dari bisikan-bisikan mereka melainkan sesiapa yang menyuruh memberi sedekah, atau berbuat baik, ataupun mengadakan perdamaian antara bangsa manusia. Dan barangsiapa yang melakukan demikan kerana mengharapkan keredhaan Allah maka Kami (Allah) akan memberinya ganjaran yang besar.





__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 144
Date:

Dalam ayat tersebut, Allah s.w.t dengan tegas mengatakan bahawa perbualan manusia adalah sia-sia kecuali pada tiga perkara: menyuruh orang memberi sedekah, menyuruh orang berbuat baik dan mendamaikan antara dua pihak yang bergaduh.

Adapun perbualan umum antara manusia seperti berborak-borak, bergurau senda yang berlebihan, menceritakan hal orang dan selainnya adalah satu perbuatan yang sia-sia, malah boleh mendatangkan dosa.




__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard