Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Mari kita semak SOLAT kita


Senior

Status: Offline
Posts: 213
Date:
Mari kita semak SOLAT kita


Assalamualaikum wbt.
Mari kita semak solat fardu kita. Yang mana satu (atau lebih) agaknya
kategori kita berada.

1. Solat tapi bila rasa nak solat sahaja, kalau tidak tinggal.
2. Solat cukup lima waktu, tetapi solat subuh selalunya subuh gajah (solat ketika matahari dah terbit).
3. Solat lima waktu tetapi subuh selalunya diqadha masa solat zohor.
4. Solat cukup lima waktu tetapi selalu lewat, contohnya solat zohor bila dah hampir waktu asar, solat maghrib dah dekat waktu Isyak.
5. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja, hari minggu atau cuti umum, solat subuh tu diqadha (tak bangun le tu).
6. Solat cukup lima waktu tetapi amat jarang atau pun tidak pernah solat sunat sebelum dan sesudah lima waktu.
7. Solat tak cukup lima waktu, tetapi solat sunat tarawih di bulan
puasa cukup pulak dikerjakan.
8. Solat cukup lima waktu tetapi selalunya di rumah, amat jarang
ataupun tidak pernah solat di masjid/surau (bagi lelaki).
9. Solat cukup lima waktu tetapi kurang berusaha menjaga kusyhuknya sedar-sedar dah bagi salam.
10. Sentiasa berusaha solat di masjid/surau secara berjemaah
termasuklah solat subuh.
11. Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sesudah dan sebelum solat fardu.
12. Solat lima waktu tetapi bila demam atau sakit sakit sahaja, solat ditinggalkan, qadha bila dah sihat.
13. Solat lima waktu tetapi bila musafir sahaja (contoh bila balik
kampung), solat ditinggalkan, qadha kemudian bila sampai rumah.
14. Solat sekali seminggu, solat Jumaat sahaja.
15. Solat bila ada masalah.
16. Solat bila orang disekeliling solat, kalau tidak buat tak tahu aje.
17. Solat sebulan sekali.
18. Solat setahun sekali, iaitu solat sunat hari raya aidil fitri.
19. Solat seumur hidup sekali, itupun disolat oleh orang bila dah
meninggal.
20. Tak pernah solat langsung. Sedar-sedar dah meninggal!!!!

Solat fardu lima waktu sehari-semalam adalah kewajipan yang paling asasi dalam Islam. Di akhirat kelak perkara yang pertama sekali ditanya Allah adalah solat. Jika sempurna solatnya maka sempurnalah amalan-amalannya yang lain. Jika tidak maka gagallah amalan-amalan yang lain. Tiada gunanya
amalan-amalan puasa,sedekah, haji, zakat dan lain-lain jika kita tidak menjaga solat kita. Apakah kita sanggup menerima risiko kegagalan tersebut di akhirat dan seksaan kubur yang dikenakan terhadap orang yang meninggalkan solat.

Solat fardu wajib ditunaikan selagi seseorang masih Islam dan masih waras. Ianya tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ianya termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan kita sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Oleh itu
marilah kita menjaga solat kita dengan sungguh-sungguh. Solat yang terbaik ialah solat di masjid/surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyhukannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wudhu' secara sempurna.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk kita memperbaiki solat kita.

Wassalam.


 






-- Edited by Nafisah at 19:52, 2005-04-04

__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite, Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat, Puas kita menangis mencari mana matahari kita, Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:

SOLAT ITU WAJIB, SOLAT ITU TIANG AGAMA... tak bleh ditinggalkan dalam apa jua keadaan. Setahu saya, bab qada semayang tu cuma dibolehkan dalam dua keadaan sahaja (sila betulkan kalo saya salah!) iaitu, jika kita TERTIDUR dan BENAR2 TERLUPA...


 


WALLAHUAKLAM///



__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Senior

Status: Offline
Posts: 475
Date:

Ya Allah, ampuni dosa2 ku...



__________________
Latok ///


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Selagi bernama manusia tidak akan lepas dari melakukan kesilapan tetapi hanya DIA tempat kita memohon..dan hanya DIA yang maha pengampun lagi maha pengasihani...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 361
Date:

WAJIB.....tadak adar harus atau sunat......


kita sebagai fi sabilillah...wajib kerana kalian semua sudah berjanji dan bersumpah....( buat aper yang disuruh tinggal aper yang dilarang )....walau macammaner kita brutal pun....ingat lah...kita telah bersumpah< sumpah bukan sebarang sumpah >..bila dah bersumpah kenalah mengadapnya (solat)...


 



__________________
apa yang kita cakap mestilah dikotakan...


Member

Status: Offline
Posts: 24
Date:

quote:

Originally posted by: tok bendahara

"WAJIB.....tadak adar harus atau sunat...... kita sebagai fi sabilillah...wajib kerana kalian semua sudah berjanji dan bersumpah....( buat aper yang disuruh tinggal aper yang dilarang )....walau macammaner kita brutal pun....ingat lah...kita telah bersumpah< sumpah bukan sebarang sumpah >..bila dah bersumpah kenalah mengadapnya (solat)...  "


 


       Insyaallah.... Bersama-samalah kita ingat mengingatkan.....


       Solat adalah TIANG AGAMA, Jika solat tidak sempurna maka Goyahlah....



__________________
-


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:


sudahkah kita bersedia untuk di jemput olehnyer?


dirikanlah solat...........



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard