saya ni org baru dalam forum nie.. saya nak bertanyakan sedikit kemusykilan kepada abg mas.. boleh tak abg mas terangkan sedikit tentang adab berkawan.. sedikit sebanyak saya dapat tingkatkan diri dalam adab2 persahabatan..
salam perkenalan dari saya hisham dari teluk intan..
terlalu umum utk saya katakan seorang diri.... biar rakan rakan forum bantu...
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Kawan di akhir zaman... . Kawan di akhir zaman ini,payah untuk kita ketemui Yang benar-benar sibuk dengan urusan baiki dirinya Yang ada kini hanya sibuk dengan urusan mengumpul dunia Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya.
Kawan di akhir zaman ini payah untuk kita ketemui Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat, Yang sanggup bersusah dan penat dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang menjela Tapi ilmu fardhu Ainnya kosong belaka.
Kawan di akhir zaman ini payah untuk kita ketemui Ahli professional yang bertaqwa Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa Mengunakan professionnya sebagai matlamat ke akhirat sana Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka Yang hidupnya lebih berat dari berat Ibadah dan amal terasa amat berat.
Kawan di akhir zaman ini payah untuk kita ketemui Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan Yang berhubung hanya niat bertanya khabar Yang ada hanya Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada Bersahabat untuk mendapat laba
Kawan di akhir zaman ini payah untuk kita temui Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri Yang menghidupkan ilmu yang ada Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka Yang ada hanyalah yang suka berbincang dosa-dosa orang lain Yang menghidupkan sunnah barat Yang melupakan kehidupan akhirat
Kawan di akhir zaman ini susah untuk kita temui Yang menjadikan masjid tempat pertemuan Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan Yang ada hanya yang menjadikan komplek tempat membuang umur Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur.
Kawan di akhir zaman ini susah untuk kita temui Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan Menjadikan nasyid nyanyian harian Menjadikan selawat ucapan kelaziman Yang ada hanya artis di jadikan bahan pujaan Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan Dianggap moden dan berketrampilan.
Kawan di akhir zaman ini susah untuk kita temui Yang senantiasa merasai mati itu sangat hampir Yang senantiasa merasai jelingan Izrail Menangis cemas mengenangkan saat kematian Merintih sayu mengenangkan persediaan Yang ada hanya Yang panjang angan-angan Mengumpul dunia kerja seharian Seolah kematian itu sangat jauh Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh... .
Sabda Rasulullah SAW; "Bersahabatlah dengan orang yang baik akhlaknya kerana kamu akan dikenali melaluinya... "
-- Edited by Nafisah at 09:24, 2005-04-05
__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite,
Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis mencari mana matahari kita,
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...
bagi saya kawan zaman sekarang banyak yang suka makan kawan jadi kalo nak nak cari teman biarlah dari kategori sahabat... susah dan senang kita akan bersama...
Adab berkawan dan bersahabat ni... kita mesti pandai menyesuaikan diri. Jangan pentingkan diri, selalu fikirkan kepentingan bersama. Sentiasa bersikap rendah diri tapi jangan sampai memudaratkan diri anda sendiri/// Yang paling penting, jaga tatasusila dan batas-batas yang Islam telah tetapkan... InsyaAllah///
WALLAHUAKLAM///
p/s : Berkawan biar beribu... berkasih biar pada yang SATU!
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
Berjumpa kerana Allah ... Berpisah juga kerana Allah.. itulah kawan yg sejati di redhai oleh Allah... sama-sama berjuang kerana Agama Allah... sama-sama hidup sama-sama mati di atas jalan kebenaran Allah.... itu lah sahabat kerana Allah
__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri
Antara perkara yang perlu kita berikan perhatian adalah adab dan cara berkawan. Tidak ada manusia yang dapat hidup bersendirian. Setiap satu dari kita mengharapkan yang lain. Setiap dari kita tidak boleh lari dari berkawan. Inilah antara hikmah Allah s.w.t menciptakan manusia berbagai bangsa, warna dan bahasa. Allah s.w.t berfirman didalam surah Al-Hujurat, ayat 13:Yang bermaksud:
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.
Inilah tujuannya. Agar kita berkenal-kenalan. Akan tetapi setiap sesuatu ada panduannya. Islam adalah agama yang syumul, yang lengkap, yang menyeluruh. Maka Islam telah meletakkan panduan untuk kita apabila kita ingin berkawan. Antara perkara pertama yang perlu kita fahami adalah jenis orang yang kita harus ambil sebagai kawan atau sahabat. Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
“Seseorang adalah atas agama rakannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhatikan siapakan yang harus dipilih menjadi rakan.”
Inilah kaedah orang Islam dalam bersahabat. Rasulullah mendidik kita agar memilih sahabat yang dapat mendorong kita menambah kebajikan dan amal soleh. Kerana setiap dari kita akan terkesan dengan sifat, ugama dan kelakukan kawannya. Kawan yang sopan, kawan yang mempunyai budi pekerti yang tinggi akan mendorong kita untuk mempunyai sifat mulia sepertinya. Akan tetapi jika kita mengambil seseorang sebagai sahabat yang mana sifatnya adalah cenderung kepada melakukan maksiat dan keburukan, lama-kelamaan kita juga akan terdorong untuk melakukan maksiat itu. Juga jika kita mengambil seorang sahabat yang suka berkat kotor, berbohong, memaki-hamun, lama-kelamaan kita juga akan mempunyai mulut yang cabul sepertinya. Jika kita mengambil kawan yang suka berborak-borak, membuang masa di kedai-kedai kopi, maka lama-kelamaan akan sekaki dengan mereka. Maka perhatikanlah dan selidikilah sebelum kita mengambil seseorang sebagai sahabat. Allah s.w.t berfirman didalam surah Al-Kahfi, ayat 29 Yang Bermaksud:
Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami lalaikan hatinya daripada mengingati Kami, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran..
kita kena tahu ape itu kawan dan apa itu sahabat....
zaman nabi kita pun dia ada sahabat dan dia ada kawan...siapa kah sahabat nabi? kalian semua tahukan....kenapa nabi tidak letakkan sahabat tu menjadi kawan?
memang ada bezanya kawan dan sahabat....kalau nak cerita.. sampai subuh pun tak abis..
jadi....
kalau kalian nak cari kawan...carilah.....
kalau kalian nak cari sahabat......
ISLAM merupakan agama yang lengkap dalam semua aspek kehidupan sama ada dari segi ilmu pengetahuan, ekonomi, politik dan juga sosial. Oleh itu, dalam kehidupan sosial, kita telah disediakan beberapa garis panduan yang kalau diikuti boleh mendatangkan kebaikan dan menghindarkan keburukan.
Contoh kehidupan bersosial ialah soal mencari sahabat. Kita dinasihatkan supaya berhati-hati memilih sahabat kerana Islam menegah kita mancari sahabat yg boleh membawa kpd kemungkaran.
Seperti fiman Allah SWT dalam surah Kahfi ayat 29 yang bermaksud :
"Janganlah engkau mengikuti orang yg telah Kami lupakan hatinya untuk mengingat-ingat (berzikir) pada Kami dan ia suka mengikuti hawa nafsunya."
Sekiranya kita memilih sahabat yang terlalu cintakan dunia dan mementingkan hawa nafsunya, sahabat itu akan merugikan kita. Malah, lambat-laun, kita mencari sahabat yang soleh yg paling ingat-mengingati ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT.
Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Seseorang itu menurut agama (aturan) kekasihnya, maka oleh sebab itu baiklah seseorang dari kamu semua itu meniliti orang yang dikasihi."
WASIAT AL-QAMAH
Sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang yg ingin kita jadikan sahabat bolehlah kita contohi daripada wasiat yang diberikan oleh al-Qamah kepada anaknya.......
Katanya : "Hai anakku, jikalau engkau rasa perlu bersahabat dengan seseorang maka pilihlah yang mempunyai sifat-sifat ini iaitu :
Jikalau engkau melayaninya, ia suka melindungi, jika engkau bersahabat dengannya, ia akan merupakan hiasan dirimu dan jika engkau dalam keadaan kekurangan nafkah, ia suka mencukupi keperluanmu.
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, ia suka menghitung-hitungkan.
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu, dan dianggap sangat berguna, sedangkan jikalau ia mengetahui tentang tungkan keburukan dirimu lalu ia suka menutupinya.
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, ia mulai menyapamu dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yg menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya sahaja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat, ia suka mengusahakannya dan jikalau engkau berselisih dengannya, ia suka sekali mengalah untuk kepentinganmu."
Saiyidina Ali KWJ menjelaskan tentang sahabat yang baik. Antara lain, beliau menyatakan...
"Sahabat yang sebenar-benarnya ialah orang yang ada di sampingmu. Ia suka membabitkan dirinya sendiri dalam bahaya demi untuk kesejahteraanmu."
Saiyidina Ali KWJ bukan setakat bercakap kosong, malah telah membuktikan kata-katanya dengan mengambil alih tempat tidur Rasulullah SAW sewaktu baginda bersama Saiyidina Abu Bakar merancang untuk berhijrah ke Madinah. Walaupun Saiyidina Ali KWJ tahu risiko yang terlalu tinggi akan dihadapinya kerana pemuda-pemuda Quraisy bercadang untuk menyerbu rumah Rasulullah SAW dan membunuhnya, tetapi Saiyidina Ali KWJ sanggup menghadapi bahaya itu atas dasar kepentingan keselamatan sahabatnya.Atas pengorbanan dan kesetiaan beliau, Allah telah menyelamatkan beliau daripada dibunuh oleh pemuda-pemuda Quraisy itu.
Contoh persahabatan lain yg boleh diteladani ialah persahabatan Saiyidina Abu Bakar dengan Rasulullah SAW. Saidina Abu Bakar sentiasa mempercayai dan mengiakan apa yang Rasullullah SAW katakan. Sebagai contoh, sewaktu Rasulullah SAW menceritakan perjalanan Isra' dan Mi'raj kepada semua orang di Kota Mekah, mereka tidak mempercayai cerita Rasulullah SAW malah mengejek-ngejek dan menuduh baginda sebagai pembohong. Mereka yang tidak percaya kepada cerita Rasulullah SAW telah pergi berjumpa dengan Saiyidina Abu Bakar untuk menanyakan sama ada cerita tersebut benar atau sebaliknya. Tujuan mereka adalah untuk mentertawakan Saidina Abu Bakar yang menjadi sahabat baik Rasulullah SAW. Apabila Saiyidina Abu Bakar mendengar mendengar pertanyaan mereka, dengan tenang beliau bertanya semula apakah benar Rasulullah SAW bercerita sedemikian. Mereka mengatakan begitulah cerita Rasulullah SAW lalu tanpa ragu-ragu Saiyidina Abu Bakar menyatakan apa yang Rasulullah SAW katakan itu semuanya benar. Saiyidina Abu Bakar bukan setakat mempercayai apa yang sahabatnya katakan tetapi juga sanggup berkorban harta untuk kepentingan perjuangan agama Islam yang dibawa oleh sahabatnya.
Kita berkawan dengan orang yang baik untuk kita ikuti adab mereka. Kita berkenal dengan orang yang kurang baik agar mereka dapat kita nasihati dan menjadi contoh kepada mereka.
Inilah kaedah orang Islam dalam bersahabat. Rasulullah mendidik kita agar memilih sahabat yang dapat mendorong kita menambah kebajikan dan amal soleh. Kerana setiap dari kita akan terkesan dengan sifat, ugama dan kelakukan kawannya. Kawan yang sopan, kawan yang mempunyai budi pekerti yang tinggi akan mendorong kita untuk mempunyai sifat mulia sepertinya. Akan tetapi jika kita mengambil seseorang sebagai sahabat yang mana sifatnya adalah cenderung kepada melakukan maksiat dan keburukan, lama-kelamaan kita juga akan terdorong untuk melakukan maksiat itu. Juga jika kita mengambil seorang sahabat yang suka berkat kotor, berbohong, memaki-hamun, lama-kelamaan kita juga akan mempunyai mulut yang cabul sepertinya. Jika kita mengambil kawan yang suka berborak-borak, membuang masa di kedai-kedai kopi, maka lama-kelamaan akan sekaki dengan mereka. Maka perhatikanlah dan selidikilah sebelum kita mengambil seseorang sebagai sahabat. Allah s.w.t berfirman didalam surah Al-Kahfi, ayat 29 yang bermaksud:
Dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami lalaikan hatinya daripada mengingati Kami, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran..
Inilah jenis orang yang mana kita dilarang untuk mengambilnya sebagai sahabat. Orang yang lali hatinya dari mengingati Allah. Orang yang lebih cenderung kepada melakukan maksiat dari amal soleh. Sebaliknya Allah s.w.t menyuruh kita agar mengambil orang-orang yang sukat beramal soleh dan selalu bertaubat kepada Allah sebagai sahabat kita. Firman Allah s.w.t didalam surah Luqman, ayat 15 yg bermaksud:
“Dan ikutilah jalan orang yang suka kembali (bertaubat) kepada Ku (Allah).”
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
Wah...taniahlah kepada semua yang telah mencurah dan mencedok ilmu untuk kita berkongsi bersama. Yang paling penting dalam banyak˛ posting diatas adakah ianya lahir dari sifat diri sendiri ataupun dari mana˛ artikel? Kawan...memang senang nak sebut kawan...tapi sahabat...perghh...pening...pening...
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
Bagi saya lak...kalau nak berkawan...kita jgn mudah amik hati...maksudnya kalau kawan˛ kita tu nak bergurau kan, jgn la kita ni terlalu sensitif...sebab dengan ada nya sifat sensitif tu akan menyebabkan kawan kita tu menjauhkan diri dari kita...sapa yang rugi...kita jugak kan...
Maaf jika komen saya ni tersalah ejaan atau pun prosa kata...
Yang baik itu kita jadikan pedoman yang kureng itu kita jadikan sempadan.
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
yer betul tu saudara wartawan.... lagi satu kalau dlm berkawan kita tak blh 'skema' sgt... dlm ertikata lain terlalu jaga protokol... org takut nak dekat... jgn memilih kawan... bergaul dgn semua lapisan masyarakat dr berbagai ragam, sifat dsbgnya... dgn cara ini insyallah kita akan dapat belajar drp kesilapan org lain dan jadikan ia suatu sempadan utk kita sendiri... atau insyallah kita akan dapat membantu mereka untuk berfikir... soal terpengaruh dgn kawan tidak akan timbul jika diri kita sendiri tidak dpt dipengaruhi... soalnya hati kita... jika niat kita berkawan itu baik, maka baiklah jadinya...
Bak kata pepatah English, "A strong man won't let anyone get the best of him... But a man of strength gives the best of himself to everyone"... dalam ertikata lain... Org yang tabah tidak akan membiarkan org lain mengambil apa yg terbaik dlm diri mereka.. malah mereka akan memberikan sesuatu yg terbaik kpd org lain...
Buat rakan kita, HIsham...mungkin panduan di bawah dapat membantu.Saya sudah mempraktikkannya.Alhamdulillah setakat nie belum ade lagi kawan yang menjadi musuh....
Ingatkan nama-nama kawan.
Membelai fizikal dan emosi dengan kata-kata lembut.
Latihkan diri supaya kelihatan mudah didampingi.
Jika telah lukakan hati ingatkan kawan-kawan tidak sengaja.
Tunjukkan penghargaan setiap kali mereka berkhidmat kepada kita.
Latihkan diri suka mendengar.
Jangan bocorkan rahsia yang diamanahkan.
Jabat tangan dengan kemas serta pandang muka dan berikan senyuman.
* Harap ia dapat membantu Hisham.........InsyaAllah...
nurul
__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
pilihlah rakan yg tidak hanya dtg kepada kita pada masa kita gembira sebaliknya sentiasa berada bersama ketika susah yg kita lalui.hormatilah rakan rakan seperti anda menghormati ibu bapa,sayangi sahabat seperti adik beradik,lindungi sahabat seperti keluarga,insyaallah sesiapa yg berkawan dengan ikhlas akan mendapat kawan yg sejati dunia dan akhirat.....
__________________
SESUNGGUHNYA KAMI TELAH KEMUKAKAN TANGGUNGJAWAB AMANAH (KAMI) KEPADA LANGIT DAN BUMI SERTA GUNUNG-GANANG (UNTUK MEMIKULNYA), MAKA MEREKA ENGGAN MEMIKULNYA DAN BIMBANG TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKANNYA, DAN MANUSIA SANGGUP MEMIKULNYA…."
hmm..byk cara nak cari dan menjaga hati kawan..tetapi zaman ni kawan sering makan kawan..cuma pandangan dari saya buat seperti nasihat abg2 ni..saya setuju ngan diaorg..yg penting biar menjaga hati kawan supaya tak menjadi lawan..
biarlah zaman ni banyak kawan makan kawan,..hati-hatilah,......kalau kawan-kawan ni suka makan kawan,...kita bersabar lah,...gunakan pendekatan secara ilmiah dan agama,....InsyaAllah jika kita Ikhlas kita pulak makan ngan dia,...silap-silap dapat makan MCD....ahaksss!!!!!!!!!!!!
p/s : Seiring berkumpul dengan kawan-kawan dan sahabat handai,...makan kawan.,...(makan bersama kawan)