Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: motivasi diri (SMAB)


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:
motivasi diri (SMAB)


Petikan kata-kata
                 Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


L/belakang Syed Mokhtar
-     Umur ? 53 tahun
-     Pendidikan ? SPM
-     Mula berniaga ? 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
-     Kekayaan ?RM1,425 juta
-     Ke 7 terkaya di Malaysia
-     Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
-     Antara syarikat miliknya ? MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS,
      Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
-     Kereta - Proton Perdana

-     Sumbangan sosial ?Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000
pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen
untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk
Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang
tak mampu untuk tunaikan haji.

-     Bagaimana sumbangan sosialnya bermula ? Bila mana ibunya menyuruh
memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat
beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan.
Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke
surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari
situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita
kenali hari ini.

1.     Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial
     dan  kerja-kerja  kemasyarakatan  itulah  antara  sebabnya. Saya mahu
     meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2.     (berkenaan  know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena
     berdamping  dengan  orang  politik  sedikit-sedikit.  Tapi masalahnya
     kita  tidak  mahu  melalui  kesusahan; banyak yang mahu senang dengan
     mendampingi orang politik semata-mata.

3.     Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam
     saudara  semua  juga.  Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja.  Proses
     kematangan  saya  yang membezakannya.  Saya percaya sesiapa pun boleh
     menjadi  apa  sahaja  asalkan  mereka  berusaha  dengan tekun. Tetapi
     tentulah ia memakan masa.  Tiada jalan singkat.

4.     Saya  mengenali  kekuatan  dan kelemahan saya.  Apa yang tidak mampu
     buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan.  Saya melalui jalan
     yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5.     Kita  perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka
     jauh  lebih  maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham
     kita  berkongsi  dengan  tujuan untuk belajar dengan mereka.  Apabila
     sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6.    Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita
     mahu memodenkan sekolah pondok.  Kita kena maju.

7.    Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8.     Untuk  memajukan  perniagaan,  memang  kena  banyak  sabar  dan kuat
     berusaha.

9.     Tidak  ada  jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak
     kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10.    Saya  pun suka kemewahan.  Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New
     York  dan  London.   Saya pun suka pakai baju elok.  Tapi kita hendak
     bermewah  setakat  mana,  hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur
     dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11.    Dalam  hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas,
     ada masa di bawah.

12.    Ketika  Allah  memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok
     mana-mana  yang  boleh dibantu.  Allah beri rezeki melalui kita untuk
     kita  tolong  orang  lain.  Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil
     balik.  Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah
     mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13.    Korporat  Cina  turun  ke  bawah  membantu.  Orang Cina ada pelbagai
     persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.  Orang Melayu kita
     tidak   mahu  bekerjasama  kerana  perasaan  dengki  menguasai  diri.
     Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14.    Rezeki  yang ada itu sebenarnya untuk orang lain.   Memang dari segi
     hukum  pun  begitu.  Kita kena keluar zakat dan fitrah.  Tetapi zakat
     fitrah  banyak  mana sangat.  Islam agama yang adil; ia minta sedikit
     saja.  Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan
     dengan baik.

15.    Saya  tak  kisah kalau saya tak buat semua ini.  Saya boleh tak buat
     apa-apa  dan balik ke Alor Star.  Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia.
     Orang  Kedah  kata  kalau  mati  nanti  mata tidak tutup rapat kerana
     tanggungjawab  depan mata kita tidak buat.  Orang lain ambil kekayaan
     kita,  ambil  hak  kita  dan  pergunakan  kita, kita masih tidak buat
     apa-apa !

16.    Saya  ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah.  Saya
     bukan  individualistik. Diri saya tidak penting.  Pangkat dan gelaran
     ini kepada saya tidak mustahak.

17.    Saya sedih media tonjolkan saya begini.  Saya malu kerana orang Cina
     kaya  beratus-ratus  kali  ganda  daripada saya. Tapi saya tahu orang
     Melayu  kalau  hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam.
     Kita  ada  kekuatan  yang  tuhan  beri melebihi daripada bangsa lain.
     Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18.    Saya asal daripada tidak ada apa-apa.  Apa yang saya tidak tahu saya
     belajar,  minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya
     mencuri.   Saya  usaha  sendiri.   Sikap  pemalas dan pemalu ini yang
     orang  Melayu  kena  atasi.   Kita kena berani kerana benar.  Apabila
     kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.    Kaya  itu  bukanlah  kepada  diri  sendiri.   Kaya itu adalah kepada
     kumpulan  perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai.  Saya
     hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20.    Saya  tiada  keinginan  untuk  menyimpan kekayaan ini untuk anak dan
     isteri.   Duit ini tidak akan kekal.  Saya percaya hanya perkara yang
     baik yang kita lakukakan akan kekal.  Bukan duit yang akan melindungi
     saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21.    Saya  perlu  terus  mencari  peluang dan perniagaan lain supaya kita
     terus  dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing.  Saya
     bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22.   Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu.  Apa yang
     saya  dapat  itu  yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua.
     Bangsa  lain  memegang  pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun
     tak  kata  apa.  Ini  masalah  orang Melayu.  Di kampung orang Melayu
     berpecah kerana politik, di bandar  berpecah kerana ini (wang).

23.    Saya  percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk
     saya tetapi untuk orang ramai juga.  Orang tidak tahu banyak syarikat
     yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak
     tahu.

24.    Banyak  orang  percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta
     dalam  tangan  baru hidup boleh selamat.  Ini yang menyebabkan mereka
     hanyut  daripada  menolong  orang  lain.   Mereka lebih takutkan diri
     sendiri.    Mereka   lupa   bahawa   kekayaan  tidak  boleh  membantu
     selama-lamanya.

25.    Orang  kata  saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana
     yang  tak  berhutang.  Tapi  mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan
     membayarnya semula.  Ada cara boleh kita buat.
     Tapi  sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak
     membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.  Banyak orang mahu senang
     tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26.    (perasaan  setiap kali mendapat rezeki).  Saya ini kata orang Kedah,
     lebai  kodok bukan lebai pondok.  Tapi saya tahu hal-hal asas.  Kalau
     mahu  saya  minta  terus  dari  tuhan.   Tuhan  beri manusia akal dan
     fikiran.   Kalau  hendak  pakai  baju dan seluar biarlah padan dengan
     badan.

27.    Kesenangan  yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila
     pinjam  bayar balik dan buat amal jariah).  Kalau hendak dibandingkan
     dengan  bangsa  lain,  perniagaan  saya  ini  tidak  ada apa.  Tetapi
     walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28.    Saya  suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh
     berkongsi sama.

29.    Saya  kadang-kadang  kecewa  dan  sedih melihat anak orang alim yang
     sesetengahnya  lupa  diri  setelah  mendapat kekayaan.  Saya pun sama
     seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh
     lupa  kubur  kita  dan  asal  usul kita.  Di kampung kita mungkin ada
     jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30.    ..?.kalau  tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.  Saya
     manusia  yang  banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar
     dan  jalan  lagi.  Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak
     kita sebagai orang Melayu.

31.   Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah
     sedikit pun tidak mengapa.

32.    Kekayaan  ini  tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain
     pula.   Saya  percaya  kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong
     orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33.    Kalaupun  tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit
     masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.    Kita  jangan cepat putus asa.  Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat
     kuatkan  semula  semangat  untuk bangkit balik.  Jangan jadikan agama
     hanya   satu   tempat  untuk  kita  bergantung  apabila  kita  susah.
     Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35.    Lifestyle  ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan
     sini.  Tapi  tak  semestinya  saya tidak boleh turun ke kelab.  Orang
     Melayu  kalau  hendak  ke  depan mesti ada cara hidup yang fleksibel,
     boleh naik dan turun.

36.    Lifestyle  ini  sebenarnya satu penyakit.  Saya biasa pakai Mercedes
     tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional.
     Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37.    Tiada  sebab  orang kenapa Melayu tidak boleh maju.  Ini saya berani
     perang  dengan  sesiapa  pun.  Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara
     jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil
     alih akhbar ini.  Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38.   Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita
     dan  agama  kita.   Ia  berkait  dengan sikap dan cara kita berfikir.
     Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita.
     Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39.    Tuhan  memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang
     ada  pada  saya  ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh,
     tidak  ada  sebab  orang  lain  terutama mereka yang dari pekan tidak
     boleh.

40.     Kita  tidak  usahlah  selalu  mengulang-ulang  perkara  yang  boleh
     memberikan  kesan  psikologi  negatif kepada orang Melayu (kereta dan
     rumah  besar).  Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan
     rumah  besar.   Sesiapa  pun  mahu  pakai kereta mewah tapi bukan itu
     matlamatnya.

41.    Orang  Melayu  sebenarnya  kena  membantu diri sendiri, kena bekerja
     keras dan fokus.

42.    Sikap  merendah  diri  perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau
     setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43.   Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada
     didikan orang tua saya sendiri.

44.    Saya  sendiri  berhutang   sambil  berniaga  dan buat sumbangan amal
     jariah.   Saya  tak  mahu  tunggu hutang habis baru hendak buat semua
     ini.  Saya  takut  kalau  hutang  habis saya pun mati dan apa pun tak
     sempat saya buat.

45.   Saya biasa saja.  Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya
     terima  apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah.  Tidak ada segelas
     air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46.    Kalau  kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup
     mereka  menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat
     banyak.   Alhamdulillah,  lebih baik buat sedikit daripada tidak buat
     langsung.

47.   Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang.  Saya
fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai.  Saya suka
kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48.   Saya gembira dapat membantu.  Saya mahu orang lain merasai
(kesenangan) apa yang saya pernah rasa.  Saya tahu bagaimana perasaanya.
Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain
merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa.  Itu yang membuat
hati saya seronok.

49.   Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini.  Saya kata kepada
kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.  Saya rasa
kita terlalu banyak ketinggalan.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

bersusah2 dulu


bersenang2 kemudian




__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Siapa kata orang kita tak boleh...


Pokok pangkalnya usaha....



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 200
Date:

hehe respect arr kat Tan Sri..


tabik spring kat die...



__________________
Amal Makruf Nahyil Mungkar
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard