Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Imam wanita memalukan Islam


Veteran

Status: Offline
Posts: 38
Date:
Imam wanita memalukan Islam


 


Imam wanita memalukan Islam

Oleh Datuk Dr. Ismail Ibrahim



SAYA amatlah berharap bahawa tindakan segelintir orang yang mendakwa dirinya Islam untuk memodenkan segala sesuatu di dalam agama, termasuk di dalam mengerjakan ibadat tidak mempengaruhi pemikiran umat Islam khususnya para belia dan anak muda kita. Ini termasuklah tindakan Dr. Amina Wadud yang mengimamkan sembahyang Jumaat di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. Saya berharap tindakan-tindakan itu tidak mempengaruhi kita terutamanya anak-anak muda sehingga menerimanya sebagai satu amalan yang dibolehkan oleh ajaran agama.


Hukum yang sedia ada, dan diamalkan ribuan tahun di dalam agama kita, bahawa wanita hanya boleh mengimamkan sembahyang bagi jemaah wanita, atau kanak-kanak, tidaklah seharusnya berubah dengan mudah, hanya semata-mata kerana perbuatan beberapa orang wanita yang membuat tafsiran sendiri tentang ajaran agama, khususnya dalam ibadat itu.


Jelas daripada ajaran agama, bahawa manusia yang paling baik pada Allah s.w.t. termasuk dalam melakukan sesuatu amal ibadat kepada Allah adalah berdasarkan ketakwaan kepada-Nya. Amalan yang kita lakukan mestilah kerana bertakwa kepada Allah, bukan kerana ingin menonjolkan perjuangan kesamarataan gender, atau jenis umpamanya seperti yang ingin dibuktikan oleh Amina Wadud, bahawa apa saja yang dilakukan oleh lelaki, maka wanita boleh melakukannya, termasuk menjadi imam sembahyang untuk makmum lelaki.


Kerana itulah Allah menerangkan di dalam al-Quran, surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud Wahai manusia, sesungguhnya telah Kami jadikan kamu lelaki dan perempuan, dan Kami ciptakan berbagai-bagai kaum dan puak, supaya kamu dapat berkenal-kenalan. Sesungguhnya golongan yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah, ialah golongan yang paling bertakwa.


Ungkapan al-Quran ini memberi pengertian kepada kita, bahawa segala pembahagian gender, kaum, puak dan sebagainya tidak mempunyai makna dan kepentingan kepada Allah, tetapi yang pentingnya ialah sifat takwa kepada Allah. Maka sifat takwa kepada Allah adalah terhenti kepada niat dan matlamat kita mengerjakan sesuatu itu semata-mata kerana Allah. Jadi perjuangan gender sehingga menyamaratakan gender dalam semua hal, termasuk dalam merobah peraturan agama tentang sistem ibadatnya, adalah merupakan satu perjuangan yang dipengaruhi oleh gerakan imansipasi wanita berdasarkan fahaman sekular yang tidak selaras dengan sistem agama dan peraturan Allah dan Rasul-Nya. Maka dapatlah ditegaskan di sini bahawa perjuangan untuk meletakkan wanita sebagai imam sembahyang ketika kewujudan jemaah lelaki adalah merupakan satu perbuatan di luar batas-batas ketakwaan.


Meletakkan wanita untuk menjadi imam sembahyang ketika para lelaki menjadi makmumnya adalah satu tindakan yang bukan untuk mendapatkan keredaan Allah, atau kerana bertakwa kepada-Nya, malahan tindakan itu adalah berdasarkan perjuangan pembebasan wanita secara melulu, yang terkeluar daripada batas-batas agama seperti yang telah ditetapkan.


Malah dalam melantik diri menjadi imam sembahyang, seseorang itu haruslah mempunyai kriteria yang tertentu, iaitu dipandang dari sudut ilmunya yang lebih baik daripada orang lain, bacaannya mestilah juga mempunyai kelebihan daripada makmum, malah ada kalanya umur imam adalah juga diambil kira, iaitu seharusnya lebih tua, di samping syarat-syarat ketakwaan, keikhlasan, keilmuan dan ketokohannya dari sudut pandangan agama dan akhlak. Ini kerana imam ialah pemimpin dan ketua bagi sekumpulan jemaah, ia seharusnya ialah seorang yang terpilih, istimewa dan lebih baik daripada makmum di dalam segala aspeknya.


Kita sebagai umat yang menganut agama terbesar, berasa malu, tersinggung, marah dan benci dengan cara perjuangan melulu yang dilancarkan golongan minoriti yang hanya mewakili beberapa kerat manusia yang melampau ini. Malah kita berasa lebih malu kepada dunia umumnya, yang memerhatikan kita dalam keadaan yang amat tidak bersefahaman sehingga orang asing itu pula yang terpaksa menjaga keselamatan imam wanita dan para jemaahnya itu daripada disakiti atau diancam keselamatannya oleh orang Islam sendiri, yang menentang perbuatan yang mencatatkan sejarah hitam di dalam amalan agama ini.


Pasukan keselamatan Amerika Syarikat pula yang terpaksa melindungi mereka yang bersembahyang berimamkan wanita ini daripada golongan Islam lain yang mengecam perbuatan tersebut. Bukankah hal ini amat memalukan kita sebagai umat yang sentiasa mendakwa bahawa kita adalah penganut agama yang bertamadun dan berkemajuan, agama yang menggalakkan keamanan dan kesejahteraan dunia dan akhirat?


Apakah dalam situasi ini, kaum wanita yang sama sealiran perjuangannya dengan Amina Wadud, akan terus melakukan gerakan dan tindakan mereka yang amat pelik itu, semata-mata kerana ingin menegakkan matlamat perjuangan mereka sebagai golongan yang memperjuangkan hak asasi mereka sebagai wanita dalam amalan ritual ini, sedangkan lebih banyak lagi bidang perjuangan lainnya yang sepatutnya mereka perjuangkan?


Apakah perjuangan pembebasan wanita dan hak asasi wanita ini tidak lagi mengenal batas-batas prinsip agama? Apakah mereka akan sentiasa mempersoalkan kenapa Allah tidak mengutuskan para nabi dan rasul wanita untuk menyampaikan ajaran-Nya kepada umat manusia? Kenapakah Tuhan itu harus digunakan segala sifat ganti namanya dalam bentuk maskulin, tidak feminin, iaitu untuk diwujudkan Tuhan wanita umpamanya?


Sunah Rasulullah


Sesungguhnya amalan ibadat di dalam Islam tidak selamanya bersandar kepada logik dan rasional akal fikiran semata-mata. Amalan ibadat seperti yang disampaikan kepada kita adalah berdasarkan al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Amalan ibadat dalam bentuk yang ditentukan itu seharusnya diterima tanpa mempersoalkan lagi kenapa begitu dan begini. Sebab itulah dalam bersembahyang umpamanya, kita tidak seharusnya mempersoalkan kenapa lima kali sehari semalam, kenapa semestinya dibaca bacaan-bacaan yang tertentu, dan dilakukan pula perbuatan tertentu seperti rukuk, sujud dan lain-lain lagi, malah kenapa pula sembahyang zuhur empat rakaat, maghrib tiga rakaat dan sebagainya?


Kalau kita benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, maka kita haruslah menerima peraturan ibadat itu tanpa sebarang prasangka yang didasarkan kepada gender, kaum, puak dan sebagainya.


Dalam situasi yang amat liberal ini, dan dalam keadaan yang membenarkan penganut agama Islam membuat berbagai-bagai tafsiran tentang hukum yang tertentu bagi ibadat dan ritual inilah, maka kita seharusnya mengambil dasar agama seperti yang terkandung di dalam al-Quran dan sunah Rasulullah sebagai penyelesaiannya, bukan logik dan pemikiran yang berdasarkan landasan dan ukuran keduniaan sekular mengikut perjuangan satu golongan yang tertentu.


Al-Quran dan hadis merupakan unsur penyatuan umat dalam banyak urusan dunia dan agamanya, termasuk urusan amal ibadatnya. Sebab itulah al-Quran menyeru umat manusia ketika berlaku perselisihan dan krisis di antara mereka, maka kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya untuk mendapatkan penyelesaian, bukan kepada logik akal fikiran yang penuh sentimen melulu tentang sesuatu perkara, seperti perjuangan hak asasi dan kaum wanita yang tidak terbatas.


Al-Quran jelas memberikan peranan kepada lelaki untuk memimpin dan membimbing wanita secara prinsipnya. Maka dalam aspek ini, para lelaki itulah yang seharusnya dididik untuk menjadi manusia yang beramanah, bertanggungjawab dan berkemampuan untuk menjalankan amanah itu dengan sebaik-baiknya, bukan dengan perjuangan untuk mengambil alih tugas lelaki dalam semua hal dan bidang semata-mata kerana kelemahan lelaki dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.


Tetapi dalam banyak hal, lelaki dan wanita mempunyai kewajipan dan hak yang sama di hadapan Allah, tidak ada perbezaan. Namun begitu dalam isu menjadi imam bagi makmum lelaki, peraturan telah pun tetap dan tegas.


Oleh itu perjuangan wanita, sebenarnya dapatlah dibangunkan di dalam banyak hal lain yang secara langsung atau tidak langsung menyentuh hak mereka di dalam keluarga dan masyarakat yang lebih luas.


Lihat kepada negara kita sendiri umpamanya, bagaimana sebenarnya hak wanita telah dinobatkan dalam banyak hal dan situasi, termasuk dalam kehidupan keluarga, sosial, ekonomi, politik, undang-undang dan sebagainya.


Tidak banyak negara Islam yang mempunyai peraturan yang amat ketat tentang amalan berpoligami seperti negara kita. Banyak negeri di dalam negara kita ini yang telah menggubal akta dan undang-undang agar amalan ini tidak diamalkan secara sewenang-wenangnya. Tujuannya ialah untuk melindungi wanita dan keluarga, dan memastikan bahawa amalan ini seharusnya dilakukan di dalam sempadan yang tertentu, yang dibolehkan oleh agama.


Maka dalam pada itu pun sekiranya terdapat sebarang kezaliman di dalam amalan ini, maka kesalahan itu bukanlah terletak di atas dasar Islam itu sendiri, tetapi adalah berdasarkan kepada perbuatan menyalahgunakan amalan ini oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Apakah kerana perbuatan manusia seperti ini, maka peraturan syariah itu seharusnya dihapuskan langsung?


Untuk menjaga kepentingan wanita juga maka terdapat peraturan yang kita amalkan di negara ini tentang pembahagian harta kepada isteri yang dinamakan harta sepencarian, iaitu para isteri berhak mendapatkan sebahagian daripada harta suaminya ketika bercerai, walaupun isteri tidak bekerja sepanjang masa perkahwinan mereka itu. Kehadiran isteri di dalam keluarga, kesetiaannya menjaga rumah tangga, termasuk anak-anaknya, dan ketenteraman rumah tangga yang dipupuk oleh isteri itulah yang membolehkan suaminya bekerja dengan tenang dan produktif, dan mendapat rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Maka hal ini adalah dianggap sebagai satu sumbangan isteri yang amat tinggi nilainya, yang harus diberikan ganjaran kepadanya, maka ganjaran inilah yang diberikan dalam bahagian harta sepencarian tersebut.


Pendeknya, hak wanita sememangnya mesti dipelihara dan diberikan kepada mereka dengan sewajarnya, sesuai dengan ajaran Islam sendiri yang memberikan hak yang selayaknya kepada mereka. Maka perjuangan seperti inilah yang seharusnya dilakukan oleh semua golongan masyarakat, bukan oleh golongan wanita sahaja.


Perjuangan untuk wanita bukanlah perjuangan memecahkan hukum dan peraturan agama yang telah sedia ada, seperti menjadi imam kepada jemaah lelaki dan seumpamanya. Perbuatan ini sebenarnya mengundang banyak perpecahan dan kekeliruan yang tidak sewajarnya timbul di dalam masyarakat Islam kini, ketika kita menghadapi banyak cabaran dan persoalan lain yang lebih global dan besar.


Semoga apa yang dilakukan tidak akan menggugat segala peraturan agama yang telah kita amalkan turun-temurun selama ini, dan tidak akan meracuni pemikiran para penganut agama Islam, khususnya para belia dan anak-anak muda yang sedang mencari-cari apakah sebenarnya ajaran agamanya ini.


 


Semoga perkara ini menjadi renungan bersama///



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 144
Date:

haiiiiii....aper nak jadi.belajaq bertingkat tingkat....bengap pun bertingkat tingkat...isk...isk...isk...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:

Liberalisasi ler katakan... sampai hukum Allah pun bleh dipermainkan.

__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Senior

Status: Offline
Posts: 160
Date:

 


Assalamualaikum...


Sedikit demi sedikit Musuh musuh Allah sedang merosakan agama kita... Kefahamanan terhadap agama kita begitu tinggi hingga umat islam sendiri boleh dimanipulasi sebegini...


Marilah memartabatkan Bangsa kita dengan ilmu agar apa yang terjadi di US tidak terjadi di negara kita...


Amin.


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 192
Date:

quote:

Originally posted by: shinmabuk

"haiiiiii....aper nak jadi.belajaq bertingkat tingkat....bengap pun bertingkat tingkat...isk...isk...isk..."


 


tu lah tu....dok kat rumah besar...bengap pon besar cam rumah yg die dok tu jugak.....



__________________
"CIVIC"


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

Justeru itu adalah diharapkan pihak yang bertanggungjawab terutamanya JAKIM, Majlis Agama Islam Negeri, Majlis Fatwa Kebangsaan dan para Mufti agar mengambil serius isu ini agar tiada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab seperti Amina Wadud dan kumpulan yang dibimbing dan ditarbiyyah oleh Amina Wadud ini mengekspolitasi konsep Islam Hadhari untuk mengelirukan umat Islam di Malaysia ini.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:


patutlah kena usir dari uia........


apa punya benak ler perempuan nie.




__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

mintak jauh laa sisters in islam ada perangai mcam ni....

__________________
...


Veteran

Status: Offline
Posts: 36
Date:

Sdr seagamaku sekalian...Sila baca petikan dibawah ini...


 


KEBANGKITAN ISLAM BERMULA DARI BARAT (Jawapan E-mel Kassim Ahmad/31/3/05)


Assalamualaikum, Dr. (Kassim Ahmad)

Saya merasakan umat Islam belum lagi menerima sebarang perubahan yang bercorak progresif secara total. Mereka masih lagi merasa sangsi dengan sebarang corak perubahan yang berlaku, seandainya isu-isu itu tidak mendapat penjelasan daripada kaum ulamak.

Terbaru apabila Dr. Aminah Wadud mengimamkan solat Jumaat yang mana ia turut dihadiri oleh beberapa orang jemaah Muslim dan mereka saling bersolat antara satu sama lain bersama muslimah yang lain.

Disebabkan oleh berlakunya ancaman bunuh mahupun bom oleh beberapa pihak (daripada orang Muslim sendiri) jika ia diteruskan diadakan di masjid, solat itu terpaksa diadakan di Gereja (?).

Apakah suasana ini (ugut untuk meletakkan bom) mencerminkan budaya Islam sebenar? Sebelum ini penganut agama Islam telah teruk dicemari dengan tuduhan2 kaum imperialis Barat dan kaum jahat Amerika sebagai pengganas.Persoalannya, adakah ini menunjukkan bahawa segelintir penganut agama Islam telah keluar dari sarang kejumudan apabila menerima wanita sebagai imam?

Apakah Tuhan ada menyebut tentang larangan kaum Muslimah menjadi Imam mahupun pemimpin? Atau apakah ini sebahagian daripada pengasingan gender yang berat sebelah?

Pernah satu ketika saya membayangkan bagaimana agaknya reaksi pembangkang terutamanya PAS, seandainya Tun Dr. Mahathir tidak menamakanDato' Seri Abdullah Badawi sebagai TPM sebaliknya memilih Dato' Seri Rafidah Aziz (yang saya rasa sifat agresifnya jauh lebih tinggi drpd Pak Lah, dan beliau juga salah seorang Naib Presiden UMNO) sebagai Timbalan Perdana Menteri. Nah, pasti mereka menggunakan isu yang sama seperti soal wanita menjadi imam solat jumaat.

Perkara-perkara sebegini saya harap, akan dapat kita bangkitkan juga di dalam forum2 kita yang akan datang. Saya merasakan perlu diberikan penjelasan sebelum ada puak2 yang mempunyai kepentingan politik di sini, menggunakan isu ini sebagai bahan pojok politik mereka di Malaysia
pula terutamanya dari sudut pandangan politik yang sempit.

Sekian..

Yang salah dari saya, Yang benar datangnya dari Tuhan.

HESMEL AHMAD FAISAL

JAWAPAN DR. KASSIM AHMAD KEPADA SAUDARA HESMEL

Sdr Hesmel,

Pernahkah dulu wanita membawa kapalterbang, atau tractor, atau bas, atau mendaat gaji lebih daripada suami? Tidak pernah, bukan? Kerana apa? Kerana mereka tidak diberi pelajaran, tidak diberi hak yang sama, dan dikurung dalam rumah saja. Apabila mereka telah diberi pelajaran dan diberi hak yang sama, kita dapati kebolehan mereka sama dengan kaum lelaki. Jadi, mengapa mereka tidak boleh menjadi imam? Ini tidak lain daripada cauvinisme kaum lelaki!

Adakah ayat Quran yang melarang itu? Tidak ada. Hadis yang melarang ada. Lalu mereka gunakan hadis ini untuk menghalakan cauvisme mereka. Ini suatu lagi contoh bahawa hadis itu alat musuh Islam. Sebaliknya, Quran menyatakan bahawa lelaki dan wanita dijadikan dari benda yang sama (nafs wahidah). Kalau Tuhan menyatakan lelaki dan wanita sama, mengapakah pula Qardawi atau Sheikhul-Azhar boleh mengatasi Tuhan?

Sudah sampai masanya kita buang paderi-paderi ini dari dalam kehidupan kita. Tidak ada paderi dalam Islam. Bahawa kejadian ini berlaku di New York satu pertanda yang penting. Ia menunjukkan bahawa Islam akan bangkit semula dari A.S. Bukankah sudah saya katakan bahawa 'Nabi Isa' yang akan 'turun kali kedua' ialah pemimpin revolusioner A.S. Lyndon H. LaRouche? Beliau sedang memainkan suatu peranan yang penting sekarang bukan saja untuk membawa suatu perubahan yang besar di A.S., tetapi juga di seluruh dunia. Perhatikan apa yang akan berlaku di A.S. dalam masa yang dekat, satu hingga lima
tahun lagi. Satu perubahan yang besar akan berlaku. Apabila A.S. menganut Islam yang sebenar, Islam dengan sendirinya akan mewnjadi kuasa besar -- kuasa besar untuk kebaikan, bukan kuasa besar untuk kejahatan, seperti di bawah Bush dan neoconnya sekarang.

Coba fikir dan beri komen. Sila baca artikel saya tt Islam hadhari dalam majalah "Al-Islam" keluaran April, 2005.

Wassalam.

Kassim Ahmad.


 


Untuk makluman sedara seagamaku,si kassim ahmad ini dari Penang.merupakan orang anti hadith.


majlis fatwa kebangsaan satu ketika dulu telah menetapkan bahawa golongan ini adalah sesat.tetap mengapa mereka ini tidak di tangkap atau di tahan di bawah ISA.mereka adalah golongan yang akan menyesatkan umat islam dengan hujah2 dari Al - Quran yang kita junjung.tetapi hujah mereka sesat !!!!!Sepatutnya mereka ini yang harus diberikan keutamaan untuk tahanan ISA...


 


Saya dapat maklumat,sehingga kini mereka tidak di tahan adalah kerana mereka ini dikatakan tidak extrem dan tak membahayakan negara.....


Ada beberapa golongan pemimpin politik di Penang yang menyokong  kumpulan anti hadis dan golongan anti hadis ini berpayung di bawah golongan politik ini....


 


Kalulah orang seperti kasim Ahmad,Astora jabat,Sister In Islam,Marina Mahathir,Malik Imtias dan ramai lagi golongan yang mengaku Islam tetapi melingkupkan Islam ini tidak di ambil tindakan...Saya percaya Islam akan berkubur di bumi Malaysia....


 


 



__________________
Amigos


Senior

Status: Offline
Posts: 151
Date:

Takbir.... Allahuakbar!!


saya sokong pendapat antiplb


sungguh bernas dan berani!!



__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri


Veteran

Status: Offline
Posts: 80
Date:

ANTI PLB OK JERRRR... TUKANG TEPUK YG LEBIH LEBIH... TONG KOSONG YG AKAN LEBIH KUAT BUNYINYER... YG MEMBESARKAN ALLAH HANYA DENGAN BIBIR... BUKAN DENGAN PERANCANGAN DAN PERBUATAN... SATU LAGI KEJAYAAN DOKTRIN YAHUDI YANG MENJADIKAN KITA ORANG YG BODOH DAN MUDAH DI PERBODOH BODOHKAN...

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 30
Date:


quote:


Originally posted by: MdArif
"ANTI PLB OK JERRRR... TUKANG TEPUK YG LEBIH LEBIH... TONG KOSONG YG AKAN LEBIH KUAT BUNYINYER... YG MEMBESARKAN ALLAH HANYA DENGAN BIBIR... BUKAN DENGAN PERANCANGAN DAN PERBUATAN... SATU LAGI KEJAYAAN DOKTRIN YAHUDI YANG MENJADIKAN KITA ORANG YG BODOH DAN MUDAH DI PERBODOH BODOHKAN..."


kita nak buat ceramah kene sekat.. nak buat syarahan... kene halau... bila buat konsert... pertandingan ratu cantik tak nak pula halau ker sekat ke... benda yg "amar di nahi yg mungkar di makrufkan" inilah Islam Hadhari... bila kita nak bertindak.. sebenarnya dah puas dah dok hujah pakai bibir... dlm malaysia nie babi jee haram yg lain semua halal



__________________
Aku Dari Barisan Allah
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard