Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SAIDINA ALI & PENGEMIS


Senior

Status: Offline
Posts: 110
Date:
SAIDINA ALI & PENGEMIS


Siti Fatimah, isteri Saidina Ali didatangi seorang peminta sedekah.
Ketika itu Saidina Ali mempunyai 50 dirham. Setelah menerima wang,
pengemis itu pun balik.  Di tengah jalan, Saidina Ali bertanya
berapa banyak yang diberi oleh Saidatina Fatimah. Apabila diberitahu
25 dirham, Saidina Ali menyuruh pengemis itu pergi sekali lagi ke
rumahnya. Pengemis itu pun pergi dan Fatimah memberikan baki 25
dirham kepada pengemis itu.

Selang beberapa hari, datang seorang hamba Allah berjumpa Saidina
Ali dengan membawa seekor unta. Orang itu mengadu dalam kesusahan
dan ingin menjualkan untanya. Saidina Ali tanpa berlengah menyatakan
kesanggupan untuk membelinya, meskipun ketika itu dia tidak berwang.
Dia berjanji akan membayar harga unta itu dalam masa beberapa hari.

Dalam perjalanan pulang, Saidina Ali berjumpa dengan seorang lelaki
yang ingin membeli unta itu dengan harga yang lebih tinggi daripada
harga asal. Saidina Ali pun menjualkan unta itu kepada orang itu.
Setelah mendapat wang, Saidina Ali pun menjelaskan hutangnya kepada
penjual unta.

Beberapa hari kemudian, Rasulullah saw berjumpa Saidina Ali lalu
bertanya "Ya Ali, tahukah kamu siapakah yang menjual dan membeli
unta itu?"

Apabila Saidina Ali mengatakan tidak tahu, Nabi menerangkan yang
menjual itu ialah Jibril dan yang membelinya ialah Mikail.

MORAL & IKTIBAR

Allah membalas atau memberi ganjaran berlipat ganda jika kita
menolong orang yang dalam kesusahan.

Memberikan bantuan kepada orang yang susah merupakan satu aset yang
balasannya akan diterima di dunia lagi.

Berikanlah bantuan kepada orang yang berada di dalam kesempitan
kelak Allah akan melepaskan kita semasa kita berada dalam kesusahan.

Keyakinan kepada balasan baik Allah merangsang kita untuk melakukan
amalan dan kebajikan dengan lebih banyak.

*  Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim
Muslimat yang lain agar menjadi amalan dan pengajaran kepada kita
semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan
bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia... *

Wassalam


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard