Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: DR PETIKAN DATO' DR HARUN DIN


Senior

Status: Offline
Posts: 110
Date:
DR PETIKAN DATO' DR HARUN DIN


Sosej usus Khinzir berlogo halal JAKIM dan Islam Hadhari

OLEH DATO' DR HARON DIN


TIDAK lama dahulu saya bersama beberapa teman, pernah memasuki dan menyelidik ke sebuah restoran bukan Islam di ibu negara.

Amat menarik perhatian kami, tergantung jelas di papan tanda di dalam kedai tersebut tanda halal dan dipamerkan logo halal yang diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dilekatkan di cermin tempat ayam-ayam yang ditebuk leher (tanpa kepala -tidak disembelih secara Islam) tergantung.

Kami sengaja mendekati seorang perempuan berbangsa Tionghua (mungkin taukeh atau isterinya) yang duduk di meja yang berdekatan dengan logo tanda halal.

Lantas saya bertanya kepadanya, "Nyonya, apa maksud ditanggung halal?"

Kami diberi jawapan dengan tegas katanya, "Makanan di sini adalah delicious (amat sedap)."

Saya cuba memberikan pemahaman kepada beliau bahawa maksud halal bukannya sedap ataupun enak, tetapi sebenarnya ia adalah diluluskan oleh hukum Islam dengan syarat-syarat tertentu yang dibolehkan orang Islam menikmatinya.

Peristiwa ini menggambarkan kepada saya tahap pemahaman sebahagian daripada orang-orang bukan Islam kepada makna halal yang pada mereka hanya makanan yang sedap dan enak tanpa mengambil kira ianya benar-benar boleh dinikmati atau tidak oleh orang-orang Islam.

Oleh kerana itu mereka boleh sewenang-wenangnya mempamerkan tanda halal. Saya pun tidak pasti entah dari mana mereka boleh mendapat logo tanda halal JAKIM dan berani memaparkannya pula.

Mereka seolah-olahnya tidak memberi perhatian dan tidak diberikan kefahaman yang betul tentang apa makna halal yang sebenarnya.

Kami bertanya sesama sendiri, bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan logo itu kepada restoran bukan Islam yang terang-terang menjual makanan yang tidak halal ataupun mungkinkah ada sindiket yang menjual logo halal untuk tujuan penipuan.

Atau mungkin juga mereka hendak memperbodohkan umat Islam dan mempermain-mainkan pihak berwajib dengan pengguna logo tanda halal tersebut?

Isu memakan makanan haram dalam Islam adalah isu besar yang tidak boleh dipandang ringan. Bagi seorang bapa atau ketua keluarga, wajib mengusahakan pendapatan yang halal bagi menyediakan makanan yang halal kepada anggota keluarganya.

Ini adalah merupakan suatu tanggungjawab bagi memastikan mereka yang berada di bawah tanggunggannya membesar dengan makanan yang halal.

Dalam sebuah hadis junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Apa sahaja yang tumbuh di badan manusia atau membesar dengan memakan makanan yang haram, maka neraka lah padahnya nanti."

Bagi sebuah kerajaan Islam yang benar-benar bertanggungjawab kepada kebaikan rakyatnya, wajib berusaha bersungguh agar jangan sampai rakyatnya memakan barangan yang haram atas anggapan ianya halal.

Kecuaian pihak berwajib, khususnya kerajaan untuk menjaga dan memastikan yang haram tidak dijadikan halal adalah besar tanggungjawabnya yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya supaya umat Islam tidak makan makanan haram.

Memakan makanan yang haram diperingatkan oleh Allah SWT dengan tegas dalam Surah at-Thoha, 81 yang mafhumnya;

"Makanlah rezeki yang halal lagi baik, yang Kami anugerahkan kepada kamu dan janganlah melampaui batas dengan memakan makanan yang haram, dengannya akan menyebabkan kemurkaan-Ku terhadapmu, dan barangsiapa yang tertimpa ke atasnya kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya akan dibinasalah ia."

Oleh yang demikian, masalah haram halal dalam makanan adalah perkara amat penting demi menjaga kesentosaan dalam kehidupan dunia dan menghindar daripada azab Allah di akhirat.

Memakan makanan yang haram di dunia hingga ke tahap melampau, sehingga melanggar batas-batas yang dibenarkan mengundang kemurkaan Allah.

Apabila kemurkaan Allah memuncak, maka bala Allah akan turun, maka dengannya rosak binasalah semuanya.

Sementara di Akhirat pula, hasil daripada memakan makanan yang haram itu, maka neraka jahanamlah tempat kesudahan mereka itu.

Allah SWT mengingatkan kita dalam hal ini di Surah al-Maaidah, 88 yang mafhumnya:

"Dan makanlah, makanan yang halal lebih baik (berkhasiat) daripada yang Allah rezekikan kepada kamu dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman dengan-Nya."

Perintah Allah agar umat Islam memakan rezeki yang halal lagi baik, telah diulangi beberapa kali dalam al-Quran bagi menggambarkan pentingnya manusia menjaga makan minum agar tidak melampaui batas dengan memakan makanan yang haram.

Surah al Baqarah, 168 yang mafhumnya:

"Wahai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi."

Surah al-Anfaal, 69 yang mafhumnya:

"Maka makanlah dari sebahagian dari rampasan perang yang kamu ambil itu, sebagai makanan yang halal lagi baik."

Surah Yunus, 59 yang mafhumnya:

"Katakanlah kepadaku tentang rezeki yang dianugerahkan kepada kamu, lalu Allah jadikan sebahagiannya haram dan sebahagiannya halal, apakah Allah telah izinkan kepada kamu merekacipta hukum dengan membelakangi hukum-hukum Allah."

Surah an-Nahlu, 114 yang mafhumnya:

"Maka makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah dianugerahkan Allah kepadamu dan syukurilah nikmat Allah yang hanya pada-Nya kamu menyembah."

Surah an-Nahlu, 116 yang mafhumnya:

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta, ini halal dan ini haram, untuk mengada-adakan pembohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan pembohongan terhadap Allah tidak akan memperolehi kejayaan."

Maka dalam isu menggunakan logo halal yang diletakkan pada makanan yang haram bukanlah sesuatu isu yang baru. Perkara ini telah pernah berlaku, sedang dan akan terus berlaku.

Bagi pihak PAS, saya mengucapkan terima kasih dan menghargai tindakan pantas sekumpulan Badan Bukan Kerajaan, khususnya Persatuan Pengguna Islam yang mendedahkan perkara ini kepada umum.

Seketika dahulu akhbar-akhbar menyiarkan tentang berita ayam yang dibekukan di dalam plastik dijual di pasar-pasar raya dengan logo halal terpampang, di dapati lehernya bukan disembelih tetapi ditebuk sahaja.

Kemudiannya di suatu ketika yang lain, dibesarkan oleh media, di dapati terdapat restoren di hotel lima bintang, menggunakan pekakas masakan seperti kuali, periuk, pinggan mangkuk dan sebagainya tidak diasingkan untuk digunakan bagi orang Islam dan bukan Islam.

Pernah juga dilaporkan di dapati bahawa, bahan-bahan masakan seperti daging, ikan dan sebagainya di tempatkan dalam satu 'freezer' (peti sejuk) yang dicampurkan dengan makanan haram.

Turut ditimbulkan ada barangan yang diperbuat daripada kulit khinzir seperti sepatu, tali pinggang, beg-beg tangan dan lain.

Ketika ini, masyarakat sedang sibuk memperkatakan tentang berita sosej yang diperbuat daripada usus khinzir, telah menggunakan logo halal JAKIM dan dijualkan di merata-rata tempat.

Juga dikenalpasti terdapat dua kilang yang melakukan penipuan tersebut, tetapi sehingga kini belum ada tangkapan atau tuduhan khusus di lakukan ke atas mereka. Cuma sekadar diarahkan berhenti beroperasi buat sementara.

Namun demikian berita akhbar terus melaporkan kilang tersebut terus beroperasi tanpa tindakan yang berkesan.

Menggunakan bahan makanan daripada khinzir, khususnya usus khinzir (seperti yang dilaporkan sekarang) dijadikan sebagai sebahagian daripada sosej yang dijual, diletakkan pula logo halal, adalah suatu perkara besar yang amat menyentuh sensitiviti umat Islam.

Khinzir bagi orang Islam adalah haram dan diketahui haramnya oleh keseluruhan umat manusia.

Dalam sebuah negara yang dinobatkan 'Negara Islam' oleh Barisan Nasional (BN) dan UMNO, seharusnya pengusaha-pengusaha makanan bukan Islam yang menjual makanan kepada orang Islam seperti sosej ini mengetahui bahawa mencampurkan makanan dengan khinzir adalah haram dan amat sensitif bagi umat Islam.

Mereka yang bermain dengan perkara ini adalah mengundang kecelakaan yang amat serius. Mengapa hal yang sebesar ini boleh berlaku? Ianya bukan dilakukan oleh sebuah kilang memproses makanan dengan tidak sengaja. Malah dilakukan oleh lebih daripada sebuah kilang.

Siapakah yang patut dipersalahkan dalam perkara yang sebesar ini, tentulah ramai orang menuding jari kepada pihak yang bertanggungjawab dan tentulah amanah itu diletakkan ke atas tanggungjawab JAKIM.

JAKIM diamanahkan untuk mengeluarkan logo halal, kepada mereka yang layak menggunakannya untuk menjamin produk-produk mereka halal digunakan oleh umat Islam.

Sekiranya mereka yang menggunakan logo halal ini menyalahgunakan sehingga tergamak meletakkan logo tersebut ke atas produk yang dihasilkan daripada usus khinzir maka jadilah usus khinzir itu halal dengan logo halal yang ada padanya.

Jika tidak didedahkan kepada masyarakat, maka tentulah umat Islam terus menggunakan sosej ini yang pada biasanya mereka gunakan untuk sarapan. Malang bagi umat Islam yang terjebak, sejak awal pagi lagi memakan makanan yang haram.

Tambahan pula bahan itu bukan haram sembarangan, ianya adalah tali perut babi!


 


Aqeera: kenapa dorang tak buat system 'bar code'... mana2 makanan halal diiktiraf oleh JAWI perlu melalui system bar code... insyallah mana2 golongan takkan tertipu dan ditipu...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 192
Date:

Aqeera: kenapa dorang tak buat system 'bar code'... mana2 makanan halal diiktiraf oleh JAWI perlu melalui system bar code... insyallah mana2 golongan takkan tertipu dan ditipu...


mungkin masih dalam proses kajian lagi kot.banyak bende perlu dikaji dulu...

__________________
"CIVIC"


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

betul tu... tapi bukan ke Pihak Kerajaan sedang mengkaji logo halal yang kebal dan mungkin kita boleh tengok dulu langkah yang pihak kerajaan akan ambil... lagipun kalau tak silap saya mereka tu hanya ada 6 pegawai sahaja yang memantau pasal logo halal ni kat malaysia so rasanya kena bagi cadangan kat SPA la suruh tambah post untuk Pegawai JAKIM...



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 359
Date:

quote:

Originally posted by: dbodyguard30

"betul tu... tapi bukan ke Pihak Kerajaan sedang mengkaji logo halal yang kebal dan mungkin kita boleh tengok dulu langkah yang pihak kerajaan akan ambil... lagipun kalau tak silap saya mereka tu hanya ada 6 pegawai sahaja yang memantau pasal logo halal ni kat malaysia so rasanya kena bagi cadangan kat SPA la suruh tambah post untuk Pegawai JAKIM..."


Assalamualaikum...///


Saya amat bersetuju dengan cadangan bro body nih...selain itu juga dapat lah membantu para graduan yang takde keje tuh mendapat pekerjaan dalam sektor awam...



__________________
YuneP SirDunK.../// Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I yunif@doa.moa.my


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Sebelum kerajaan dapat menentukan satu sistem yang terbaik dan kebal tentang halal ni eloklah kita sendiri mengambil perhatian atas apa yang perlu dimakan atau tidak..


kerana tersalah makan makanan haram akan lemahlah agama...



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

quote:

Originally posted by: anakomar

"Sebelum kerajaan dapat menentukan satu sistem yang terbaik dan kebal tentang halal ni eloklah kita sendiri mengambil perhatian atas apa yang perlu dimakan atau tidak.. kerana tersalah makan makanan haram akan lemahlah agama..."

benar anakoamr, kita sendiri yang bertanggung jawap atas apa yang kita dan keluarga kita makan.... kita sendiri kena perhati kan apa yang masuk dalam perut kita.. wallahualam

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

thats rite my man...

__________________
...


Veteran

Status: Offline
Posts: 36
Date:

quote:

Originally posted by: zerofill

"benar anakoamr, kita sendiri yang bertanggung jawap atas apa yang kita dan keluarga kita makan.... kita sendiri kena perhati kan apa yang masuk dalam perut kita.. wallahualam"


Betul tu bro....Yang penting klu kita was-was janganlah kita makan....


Seorang teman telah berpesan kepada saya,kalau nak keluarga kita sempurna..dan bahagia jangan amalkan makan makanan yang syubahat....Insyaallah ini antara amalan penerang hati yang berkesan.


p/s : ada lagi golongan yang minum kopi dan makan sos rojak cha alif.....



__________________
Amigos


Senior

Status: Offline
Posts: 200
Date:

huhu.. hisham makan nasi lomak makmasak lagi best..

__________________
Amal Makruf Nahyil Mungkar


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

Ini pun lagi satu penyakit nieee.


tempat Sosej yang diserbu tu produk apa pun tak tau...


Ini yang susah...Sapa punya kerja ni taknak bagi tau....


Yang nak sorok2 buat apa...klu haram ke halal ke bagitau lah jenis apa...Bab ni pun nak menyeleweng keee???



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 151
Date:

nak selesaikan masaalah kene cari punca masalah.. kalau dah pokok nya haram.. maka haramlah segala-galanya... nak basmi yg kecil kene hapus yg besar...


renungkanlah... semua nie salah siapa?



__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri


Veteran

Status: Offline
Posts: 80
Date:

quote:

Originally posted by: iqman

"nak selesaikan masaalah kene cari punca masalah.. kalau dah pokok nya haram.. maka haramlah segala-galanya... nak basmi yg kecil kene hapus yg besar... renungkanlah... semua nie salah siapa?"


MMMMMMMMM PERANGAI MELAYU ... TYPICAL MALAY ATTITUDE... GI BACA POSTING ABG MAS... BE THE WINNER... AMAT AMATI BALIK...


HOW TO BE THE WINNER... JGN ASYIK KERJA CARI SALAH ORANG JER... DIRI SENDIRI BETUL SEMUA... BANYAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK SANGAT CAKAP... TAPI SATU PUN TAK BUAT UTK BAIKI KEADAAN.... JADI LAH MACAM ANJING SALAK BUKIT... ANJING TIDUR ATAS PAKU...



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 511
Date:

wo...wo...wo... betul tu bro... hayati apa yang terkandung dgn betul...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 151
Date:


quote:


Originally posted by: MdArif
" MMMMMMMMM PERANGAI MELAYU ... TYPICAL MALAY ATTITUDE... GI BACA POSTING ABG MAS... BE THE WINNER... AMAT AMATI BALIK... HOW TO BE THE WINNER... JGN ASYIK KERJA CARI SALAH ORANG JER... DIRI SENDIRI BETUL SEMUA... BANYAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK SANGAT CAKAP... TAPI SATU PUN TAK BUAT UTK BAIKI KEADAAN.... JADI LAH MACAM ANJING SALAK BUKIT... ANJING TIDUR ATAS PAKU... "


"nak selesaikan masaalah kene cari punca masalah.. kalau dah pokok nya haram.. maka haramlah segala-galanya... nak basmi yg kecil kene hapus yg besar... renungkanlah... semua nie salah siapa?"


seperti saya yg saya nytakan.. diatas dan mendapat perhatian hebat dari MdArif.. dan MdArif Kata kan inilah sifat melayu dan perangai melayu.. mungkin betul mungkin tidak... dan beliau menyuruh saya membaca artikel abg MAS.. dan menayatakan saya anie suka mencari salah org... ok...


dari saya baca kenyataan abg MAS baik saya rujuk Quran... Quran pon dah cakap kalau nak basmi di atas kene benteras dari bawah... nak pokok nya subur kene ada tanah dan baja yg subur... kalau tanah dah kotor dan tak sihat.. pokok boleh tumbuh dgn sempurna? tentang sifat melayu.. kalau dipupuk dgn nilai ISlam dari bawah.. mungkin semua diatas turut sama menyertai skali.. mungkin sifat melayu ini dah dipupuk dari kerajaan yg lari dari Quran maka bangsa punah... ibarat angjing berkejaran dgn harimau



__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri
Am


Senior

Status: Offline
Posts: 337
Date:








__________________
http://pics-53.hi5.com/userpics/3/9144153.img.medium.jpg *********************** http://www.team-soviet.h10.ru/serp.gif


Senior

Status: Offline
Posts: 110
Date:

quote:

Originally posted by: iqman

""

wow!

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard