Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba- tiba kain kafan itu bergerak.Apabila mereka membuka kain kafan itu,mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat itu.Lalu mereka cuba membunuh ular itu.Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu,maka berkata ular tersebut,Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah,mengapakah kamu semua hendak membunuh aku.......... Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk bersembahyang.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.
*pada semua ahli forum ingatlah sesungguhnya solat itu tiang agama,dan seterusnya rukun yang lain.sebagai orang islam,marilah kita semua menunaikan kewajipan sebaik mungkin.