Jika diteliti, ada satu yang pelik mengenai "timing" dua gempabumi besar ini. Yang terjadi tahun lalu, berukuran 9.0 Richter, terjadi pada 26 Disember, iaitu satu hari selepas Krismas. Yang baru-baru ini, berukuran 8.7 Richter, terjadi pada 28 March, iaitu satu hari selepas Easter, satu lagi hari besar untuk orang Kristian. Jika Krismas disambut oleh orang Kristian sebagai tarikh lahir Nabi Isa, Easter di sambut sebagai hari Jesus "dihidupkan semula". Ianya disambut pada 27 March tahun ini. Pada hari Easter, orang Kristian akan berpakaian cantik serba baru dan akan berpesta. Kanak-kanak akan meraikannya dengan permainan "easter egg" dan "easter bunny".
Mungkinkah ada yang mesej dari Allah SWT yang tersirat dalam pemilihan dua tarikh ini? Apakah ini lambang kemurkaan Allah SWT terhadap penolakkan kebenaran Al Quran dan pegangan pendapat bahawa Nabi Isa itu adalah anak tuhan yang mati disalib? Atau, adakah ini mesej untuk orang-orang Islam sendiri supaya cepat sedar dan jangan terikut-ikut dengan fahaman barat yang mengatakan bahawa kejadian tsunami tempoh hari adalah kuasa alam semulajadi dan bukan dari Allah SWT?
Mungkin ada yang bertanya mengapa mesej ini dalam bentuk bencana alam yang terjadi di sebuah negara Islam? Jawapannya, jika ianya terjadi di Vatican, tentu terlalu ketara kebenaran Islam itu, lalu, hidup ini yang sebenarnya ujian keimanan dan ketaqwaan, bukan lagi menjadi ujian. Ini adalah seoalah-olah soalan peperiksaan yang bocor. Walaupun begitu, mesej2 halus begini masih boleh dibaca oleh orang-orang yang mahu berfikir. Bagi yang telah hanyut, bencana ini semua tak lain tak bukan hanyalah "A Force of Nature".
Nama saya johari.Tinggal di rumah bawah putrajaya.alamat umah No.30...masih bujang tinggal bersama tiga org kawan...tapi berforum seorang jer.Harap abang-abang semua sudi menerima kehadiran saya.Segala salah dan silap harap dimaafkan.Terima kasih.
*saudari semut30,boleh berkenalan tak ??? comei sangat lah...
__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite,
Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis mencari mana matahari kita,
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...
"Jika Krismas disambut oleh orang Kristian sebagai tarikh lahir Nabi Isa, Easter di sambut sebagai hari Jesus "dihidupkan semula". Ianya disambut pada 27 March tahun ini. Pada hari Easter, orang Kristian akan berpakaian cantik serba baru dan akan berpesta. Kanak-kanak akan meraikannya dengan permainan "easter egg" dan "easter bunny".
Wah , kagum saya denagn saudari ni,banyak pengetahuan ni , mana dapat artikel macam ni yek ? nak tahu jugak ,kalau ada link untuk pengetahuan kajian macam ni,bagi-bagi la sikit .....