SYDNEY - Seorang pakar Australia semalam memberi amaran tentang prospek berlakunya letupan gunung berapi besar di Indonesia yang bakal meninggalkan kemusnahan lebih buruk berbanding bencana lain yang telah dialami sebelum ini. Profesor Ray Cas daripada Jabatan Geosains Universiti Monash berkata gunung berapi terbesar dunia ialah Danau Toba di Sumatera. Danau itu terletak di garis gelinciran yang merentasi bahagian tengah Sumatera.Profesor Ray Cas dari Fakulti Geosains Universiti Monash berkata gunung berapi super volcano terbesar di dunia itu terletak di Tasik Toba, di Sumatera,Indonesia.
Letupan gunung berapi itu kemungkinan berlaku dalam waktu terdekat dan di percayai Malaysia juga bakal menghadapi kesannya apabila di jangka beberapa kawasan bakal bergegar kuat,air laut bakal melimpah,tanah mendap dengan keluasan yang besar dan letusan gunung berapi itu juga di jangka bakal menggegarkan menara 'KLCC' hingga membuatkan ianya bergoyang kuat. Sebelum ini, pakar seismologi meramalkan gempa bumi ketiga berlaku di garis gelinciran itu selepas gempa bumi sekuat 9.0 pada Skala Richter Disember lalu dan gempa 8.7 pada Skala Richter Isnin lalu. Menurut beliau, gempa bumi yang berlaku di garis gelinciran itu akan mempercepatkan satu letupan gunung berapi. Profesor Cas berkata kali terakhir danau itu meletup ialah sekitar 73,000 tahun lalu dan telah mengubah iklim dunia.
Beliau menarik perhatian kadar korban ekoran letupan gunung berapi besar 'boleh mencapai beratus ribu sehingga jutaan' orang.'Masalah besarnya ialah banyak gunung berapi berpotensi meletup, tetapi tidak diawasi dengan sepatutnya,' jelas beliau. Sementara itu, Agensi Kaji Cuaca Jepun berkata hanya Singapura dan Sri Lanka memohon untuk menerima amaran awal tsunami daripada Jepun. Selain 11 negara yang dilanda tsunami pada 26 Disember lalu, Jepun telah menawarkan amaran awal tsunami di rantau lain termasuk Australia, Britain, Mesir, Perancis dan Afrika Selatan.Para pegawai berkata negara lain mungkin mendapatkan amaran awal daripada Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii. - AFP.
Lagi beberapa info... tak tau ler betul ker tidak.... rather how, kita kena ambil langkah berhati2 daripada tak tau langsung... waalahu alam....
org pertama yg predicted 1st Tsunami predict lagi, Tsunami kedua akan berlaku pada 13 and 15 april 2005 (gempa bumi akan berlaku lagi)
ada satu lagi maklumat dari sumber2 yang agak boleh percaya bahawa bulan rabiulawal-rabiulakhir akan ada satu kejadian yang besar berlaku dan akan terjadi pada hari ahad, so berhati-hatilah sentiasa dan banyak kan doa jauhi perkara yang tidak dingini berlaku dari ALLAH S.W.T.
dan satu lagi maklumat terbaru ialah JOM JLN2 PEGI MAKAN nak?? hehehhehe
betul kata bro anakomar tu, tapi...kita masih tak ketinggalan cuma terlambat sikit je, lagi pun kita kena ingat sejarah kat negara kita ni tak pernah berlakunya kejadian bencana alam yang teruk seperti di negara Jepun dan negara lain...kat m'sia ni bencana yang pernah terjadi pun hanya tanah runtuh kat highland tower je... be coz of that's la, kita kurang aware la ngan bencana alam lain ni...
tapi... setelah berlakunya kejadian thusnami baru-baru ini pihak kerajaan melalui menteri sains tek & Inovasi YB Dato Sri Jamalluddin Jarjis telah mengambil langkah drastik membeli alatan dan teknologi drp luar sebagai langkah awal untuk mengesan thsunami...
ekoran daripada itu juga kabinet dlm peringkat perbincangan untuk menjadikan khidmat SMS sebagai info & amaran kejadian thsunami...
quote: Originally posted by: dbodyguard30 "betul kata bro anakomar tu, tapi...kita masih tak ketinggalan cuma terlambat sikit je, lagi pun kita kena ingat sejarah kat negara kita ni tak pernah berlakunya kejadian bencana alam yang teruk seperti di negara Jepun dan negara lain...kat m'sia ni bencana yang pernah terjadi pun hanya tanah runtuh kat highland tower je... be coz of that's la, kita kurang aware la ngan bencana alam lain ni... tapi... setelah berlakunya kejadian thusnami baru-baru ini pihak kerajaan melalui menteri sains tek & Inovasi YB Dato Sri Jamalluddin Jarjis telah mengambil langkah drastik membeli alatan dan teknologi drp luar sebagai langkah awal untuk mengesan thsunami... ekoran daripada itu juga kabinet dlm peringkat perbincangan untuk menjadikan khidmat SMS sebagai info & amaran kejadian thsunami... "
inilah tipikal malaysia...
dah jadi baru nak cegah!
walau dalam apa bidang sekali pun, setelah ada kematian baru nak heboh!!