Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Penolakan undang-undang moral bertentangan Islam


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:
Penolakan undang-undang moral bertentangan Islam


Penolakan undang-undang moral bertentangan Islam Hadhari



PENDEKATAN undang-undang dan pendidikan merupakan dua mekanisme penting dalam melaksanakan konsep Islam Hadhari dengan jayanya.


Kejayaannya bergantung kepada tindakan dan peranan yang dimainkan oleh semua pihak.


Pada hari ini pelbagai ancaman dari Barat cuba memasukkan berbagai-bagai fahaman untuk mengelirukan umat Islam. Mereka cuba memasukkan budaya liar dan hiburan-hiburan yang melampau dan fahaman kehidupan negara maju, kononnya untuk melalaikan serta melekakan umat Islam daripada tanggungjawab sebenar di dunia.


Pengaruh perkara-perkara baru ini akan cepat merebak dan menjangkiti remaja dan generasi yang kurang berfikir. Mereka akan mudah terpengaruh dengan apa sahaja perkara baru yang disangkakan menarik pada pandangan mereka, walaupun perkara itu tidak terhormat, tidak munasabah dan amat bertentangan dengan akal dan hukum Islam.


Pencegahan maksiat terutamanya oleh pihak kerajaan merupakan prinsip amar makruf dan nahi mungkar yang merupakan salah satu prinsip di dalam Islam Hadhari yang sedang sibuk dilancarkan oleh kerajaan.


Sepatutnya, kita semua pihak pemimpin, rakyat, NGO dan lain-lain menyokong dasar tersebut dan bukannya menentang arus perubahan yang dibawakan oleh Perdana Menteri kita.


Keterlibatan pihak berkuasa dalam melaksanakan dasar pencegahan kemungkaran atau maksiat juga jelas dalam sumber-sumber yang sama dan tidak harus dipertikaikan.


Walau bagaimanapun, pelaksanaan tugas tersebut oleh kerajaan atau mana-mana pihak harus dikawal oleh nilai-nilai dan garis panduan agama.


Ia harus dilaksanakan dengan penuh adil dan hikmah dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh undang-undang negara. Misalnya, prinsip ini tidak mewajarkan tindakan mengintai atau `menjaga tepi kain orang', sehingga memeriksa seorang Muslim itu telah menunaikan solat lima waktu atau tidak.


Sebaliknya jika kemungkaran atau maksiat itu berlaku secara terbuka, di tempat awam atau diketahui umum, adalah suatu kecuaian dan pengabaian tanggungjawab jika kerajaan atau masyarakat tidak bertindak mencegahnya.


Malah, desakan untuk menolak penguatkuasaan Undang-Undang Dalam Penjagaan Moral Individu yang diketengahkan baru-baru ini oleh Pengerusi Jawatankuasa Caucus Parlimen berkenaan Hak Asasi Manusia itu nyata bercanggah sama sekali dengan prinsip Islam Hadhari yang ingin dilaksanakan di Malaysia iaitu keutuhan budaya dan moral.


Malah pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita juga terdapat dalam prinsip Islam Hadhari yang memberi kemuliaan insan itu kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal.


Kelemahan pelaksanaan bukan bermaksud menghentikan penguatkuasaan. Suatu sistem atau prinsip yang sebaik manapun tetap terdedah kepada kelemahan di peringkat pelaksanaan.


Sikap yang terbaik apabila terdapat kelemahan pelaksanaan adalah dengan mengenal pasti dan memperbaiki kelemahan yang ada, bukannya dengan membatalkan secara borong prinsip dan sistem yang sedia ada.


Pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang jenayah dan moral sivil pun tidak sunyi daripada kelemahan.


Kita sedia maklum bahawa memang ada kes-kes pelanggaran etika, ekstremisme dan sikap terlampau bersemangat (overzealousness) melibatkan pihak penguat kuasa sivil.


Namun yang menjadi persoalan di sini ialah adakah kita mahu menarik balik keseluruhan kuasa penguatkuasaan mereka hanya kerana terdapat kelemahan tertentu yang berlaku di peringkat pelaksanaan?


Memang wajar kajian semula dilakukan ke atas peruntukan, sistem dan pelaksanaan pencegahan maksiat dari semasa ke semasa.


Tetapi kajian semula ini harus bertitik-tolak dari perspektif yang betul dan menuju ke arah memperbaiki amalan yang sedia ada, dan bukannya merombak keseluruhan dasar dan prinsipnya.


Saya berkeyakinan bahawa tidak ada perbezaan yang luas di antara jenayah dan maksiat dalam ruang awam terutamanya bagi orang-orang Islam sehingga menolak peranan pihak berkuasa dalam pencegahan maksiat.


Saya melihat maksiat dan salah laku moral di ruang awam sebagai kesalahan yang tetap memberi kesan dan mengancam individu dan masyarakat.


Oleh itu mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab dan terutamanya yang komited kepada nilai-nilai Islam, agama dan moral harus berperanan dalam pencegahan maksiat dan salah laku moral.


Saya tidak dapat menerima kehendak segelintir minoriti di dalam negara ini untuk membenarkan ajaran agama diubah bagi membolehkan umat Islam boleh melakukan kemungkaran secara terbuka seperti minum arak, seks bebas, membuang anak dan seumpamanya. Saya melihat maksiat dan salah laku moral di ruang awam sebagai kesalahan yang tetap memberi kesan dan mengancam individu dan masyarakat.


Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab dan komited kepada nilai-nilai Islam, agama dan moral harus berperanan dalam pencegahan maksiat dan salah laku moral.


Antara rumusan yang dapat dilakukan oleh pihak berkuasa adalah dengan _ diperuntukkan dana untuk program pencegahan maksiat dan salah laku moral termasuklah melatih para penguat kuasa agar lebih berhemah dan berdisiplin ketika menunaikan tanggungjawab penguatkuasaan dan bukannya merombak keseluruhan dasar dan prinsip pelaksanaan pencegahan maksiat.


Antara peranan NGO dan masyarakat _ membantu kerajaan memantau dan mengawal kemelaratan gejala sosial seperti pesta arak, seks bebas, pembuangan anak, Black Metal dan seumpamanya demi membendung masalah-masalah sosial daripada terus berleluasa.


Kita perlu sedar bahawa krisis sosial yang melanda masyarakat kita hari ini tidak akan selesai dengan membenarkan semua orang bebas melakukan maksiat dan perlakuan sumbang dikhalayak ramai.


Pada masa yang sama, penguatkuasaan yang tidak berhemah juga mungkin akan menzalimi individu dan hak peribadi.


Namun kebebasan mutlak tanpa batas pula akan membuka ruang yang tidak terkawal sehingga boleh menghancurkan keperibadian yang ingin kita bina dan dalam pelaksanaan Islam Hadhari.


Kebebasan dengan batas-batas yang telah disepakati yang dikawal oleh sistem nilai agama adalah jalan terbaik untuk menangani isu-isu seperti ini.


Kita tidak seharusnya menunggu masalah ini menjadi terlalu buruk untuk menangisi musibah akan datang yang belum tentu bagaimana rupa dan bentuknya.


Di atas kesempatan ini juga, perlu diperingatkan bahawa sekiranya kita memburuk-burukkan agama sendiri, ia dengan sendirinya membuka jendela untuk pihak Barat memasukkan pelbagai fahaman untuk mengelirukan umat Islam. Kita tidak perlu merasa takut, hina dan apologetic dengan ajaran agama Islam yang bertujuan mengawal akhlak umatnya sendiri.


Pada masa yang sama, masyarakat kita harus diperingatkan bahawa kebebasan beragama di Malaysia tidak sepatutnya menjadi lesen untuk kita mencampuri hak agama lain, lalu memberi tanggungjawab untuk merubah ajaran agama para penganut lain.


Maka, di atas pertimbangan tersebut, pihak kerajaan diharapkan agar `tidak' merubah undang-undang pencegahan maksiat di negara ini dan mengetepikan tuntutan-tuntutan yang tidak akan menguntungkan mana-mana pihak melainkan yang membenci Islam.


Pendekatan yang diperlukan adalah mengukuhkan dan membaiki proses penguatkuasaan yang dilakukan selama ini agar ruang-ruang kelemahan ini ditangani secara lebih berkesan. -


RUANGAN FORUM UTUSAN MALAYSIA 8 APRIL 2005


 



-- Edited by mafizal at 20:33, 2005-04-08

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 160
Date:
Morale Policing for Muslim


 


It's understandable for non muslim to be against any type of morale policing, and frankly... it's really their choice...


Personally, I think there should be some sort of morale policing on Muslims ... especially youth.


On non muslim, it's preferable to have at least some form of moderate morale policing mechanism ... (kalau susah sangat  you could always do it indirectly... Buat roadblock bebanyak pastu tangkap ahh cina cina mabuk tu)


Nanti kang takde policing langsung banyak lakk org romen tak tepi pantai macam kat Singpore...


 


 



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard