Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Undang-undang dapat meningkatkan ketaatan kepada a


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:
Undang-undang dapat meningkatkan ketaatan kepada a


Undang-undang dapat meningkatkan ketaatan kepada agama


Dalam sistem pendidikan Islam, antara tanggungjawab awal adalah mengajar kepada anak-anak hal ehwal berkaitan agama seperti aspek ketauhidan dan akidah, kefahaman berkaitan ibadah dan juga akhlak. Pendidikan awal seumpama ini akan membentuk jati diri mereka sebagai seorang insan yang bukan sahaja mengenali Tuhan dan agamanya, tetapi juga mendidik hati dan jiwanya untuk kasih dan berbakti demi membela agamanya.


Ketaatan ummah kepada agama Islam akan tergambar apabila mereka berusaha mempertahankan identiti agama dalam apa jua keadaan. Jati diri sebagai seorang Islam tidak akan luntur dari dalam diri mereka sampai bila-bila pun.


Selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, kedudukan dan martabatnya sentiasa dipertahankan walaupun sejak akhir-akhir ini terdapat pelbagai isu yang semakin banyak mencabar kedaulatannya.


Kedaulatan agama Islam di negara ini sebenarnya telah memberi banyak ruang bagi menjamin umat untuk melaksanakan ajaran dan hukum Islam secara bebas tanpa sekatan malah memberi peluang kepada kebebasan beragama bagi kaum lain.


Individu yang mentaati agama bukan sahaja menuruti ajarannya dalam segala hal ehwal kehidupan, tetapi juga menghalang perilaku yang menunjukkan penentangan terhadap ajaran agama.


Adalah kewajipan ummah untuk menegak dan mempertahankan semua hukum-hakam dalam Islam demi keharmonian sejagat. Sebagaimana yang berlaku pada undang-undang sivil, penguatkuasaan sesuatu enakmen perundangan adalah satu keperluan kerana undang-undang semata-mata tanpa penguatkuasaan akan hanya menyebabkan segala perundangan dan peraturan diperlekehkan masyarakat, lantas akan berleluasalah jenayah.


Dalam Islam, peraturan dan hukum berniat baik kerana ingin mewujudkan kehidupan dan perhubungan harmoni sesama individu dan masyarakat. Malang sungguh apabila di kalangan umat Islam sendiri ada yang melihat undang-undang dan hukuman yang ada tidak wajar dikuatkuasakan kerana akan melanggar hak asasi manusia.


Alasan kesalahan moral individu adalah hak peribadi dan merupakan hak asasi setiap manusia, manakala pendekatan perundangan untuk menanganinya bukanlah cara terbaik berbanding pendidikan.


Fahaman ini turut berpunca daripada tanggapan masyarakat yang hanya mahu melihat kesalahan moral individu dari perspektif yang ringkas sifatnya, walhal kesalahan moral individu merupakan angkara paling banyak mencemari masyarakat dan negara seperti gejala rasuah, pecah amanah, salah laku korporat dan lain-lain, di samping kesalahan penyalahgunaan dadah dan ketagihan arak serta perzinaan.


Individu yang taat kepada ajaran Islam akan menjadi lebih memahami pelbagai cabaran yang boleh menggugat kedudukan dan imej agamanya. Antara cabaran yang paling ditakuti adalah yang datang daripada umat Islam sendiri sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Dr. Yusuf al Qardhawi bahawa umat Islam sebenarnya yang akan meruntuhkan agama mereka sendiri, bukan penganut lain.


Keadaan ini berlaku kerana mereka kurang kesedaran diri dan lemahnya kekuatan rohani, lantas mereka sanggup diperbudak-budakkan oleh golongan yang bencikan agama atas nama demokrasi, hak asasi manusia dan kesamarataan gender.


Maksud firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 49 berikut wajar diberi perhatian:


Dan hendaklah kamu melaksanakan perintah menurut yang telah diturunkan Allah kepadamu. Dan janganlah kamu turuti kemahuan mereka dan berwaspadalah dengan mereka yang mahu menyelewengkan kamu dari sebahagian perintah yang telah Allah turunkan kepada kamu. Namun jika mereka ingkar dengan perintah itu, ketahuilah bahawa Allah akan menyeksa mereka kerana dosa mereka itu. Dan ketahuilah bahawa kebanyakan manusia itu adalah fasik.


Kesanggupan dan keberanian untuk membela kesucian dan kemurnian Islam tidak mungkin akan dicapai sekiranya kelunturan akidah dan kepercayaan terhadap agama ini terus membelenggu ummah. Ini merupakan ancaman tersembunyi yang semakin menebal dari hari ke hari dan perlu disedari oleh mereka untuk membanterasnya.


Dalam usaha untuk menjadikan masyarakat dan negara ini berkembang maju dengan cara yang lebih bertamadun, keyakinan dan kepatuhan kepada ajaran agama tidak wajar diabaikan. Lihatlah betapa banyak negara moden dan telah lama maju tetapi rakyatnya tidak bertamadun akibat kealpaan mereka kerana membelakangkan agama.



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 36
Date:

Maksud firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 49 berikut wajar diberi perhatian:



Dan hendaklah kamu melaksanakan perintah menurut yang telah diturunkan Allah kepadamu. Dan janganlah kamu turuti kemahuan mereka dan berwaspadalah dengan mereka yang mahu menyelewengkan kamu dari sebahagian perintah yang telah Allah turunkan kepada kamu. Namun jika mereka ingkar dengan perintah itu, ketahuilah bahawa Allah akan menyeksa mereka kerana dosa mereka itu. Dan ketahuilah bahawa kebanyakan manusia itu adalah fasik.



Pada masa ini yang amat kita bimbangi ialah orang2 dari golongan inilah...



__________________
Amigos
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard