DALAM satu hadis ada dihuraikan, pada satu hari Nabi Muhammad keluar di khalayak ramai, lalu baginda didatangi Jibril, yang kemudian berkata: “Wahai Rasulullah bilakah akan tibanya hari kiamat?” Nabi Muhammad menjawab: “Orang yang ditanya tidak lebih mengerti daripada orang bertanya. Tetapi saya hendak beritahu kepada tuan mengenai alamatnya.
Apabila perempuan melahirkan tuannya (hamba dikahwini tuannya, lahir anak merdeka seperti bapanya. Jadi hamba melahirkan tuannya).
Apabila orang telanjang kaki (melambangkan kemiskinan tidak pakai seluar panjang, kaki ayam dan lain-lain. Ada tidak pakai baju serta pekerjaannya gembala kambing, tiba-tiba menjadi orang penting).
Apabila pengembala kambing sama bermegah di dalam gedung besar (asalnya termasuk fakir miskin, lalu menjadi hartawan yang kaya).
Orang tidak mahu memenuhkan barisan jemaah di dalam masjid. Mereka lebih gemar berada di barisan kedua, ketiga dan seterusnya di belakang sekali.
Hilangnya khusyuk dalam solat, berkhayal dan ingat hal dunia dalam solat.
Orang Islam disembelih seperti kambing di tepi jalan, tidak seorang pun ambil peduli atau membela kekejaman.
Muncul satu golongan di Teluk Parsi disebut Assufiani dan golongan Nasrani. Dalam masa sama golongan Assufiani juga berlawan dengan orang Islam yang fasik. Selepas hancur golongan itu, muncul satu golongan mukmin tulin yang akan bekerjasama dengan pihak yang mempertahankan Islam di kawasan itu.Buah tidak bermusim.
Pokok buah-buahan menghasilkan buah tidak lagi pada musim tertentu.
Jika diteliti hampir keseluruhan tanda kiamat seperti dijelaskan itu sudah ada pada hari ini, menunjukkan hari kemusnahan alam makin dekat, tetapi masih ramai tidak bersedia.
Mereka yang melakukan kesilapan dan kesalahan, taubat masih terbuka. Sebagaimana firman Allah dalam ayat 110 surah an-Nisa, bermaksud: “Dan barang siapa yang melakukan kejahatan dan menganiaya diri, dia memohon ampun (taubat) kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Sabda Rasulullah daripada Ibnu Umar, bermaksud: “Sesungguhnya Allah Azzawajalla tetap menerima taubat seseorang hambanya selama ia belum nazak atau mati.” (Hadis riwayat Tirmidzi)
Firman Allah lagi dalam surah an-Nisa, ayat 18, maksudnya: “Dan tidaklah taubat itu diterima Allah daripada orang yang melakukan kejahatan (yang) apabila datang ajal kepada seseorang daripada mereka, barulah ia mengatakan: ‘Sesungguhnya aku bertaubat sekarang dan tidak pula diterima taubat orang yang mati sedangkan mereka dalam kekafiran (kejahatan).’ Bagi orang itu Kami sediakan azab yang pedih.”
1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...
2) Zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
~ dah nampak dah...
3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah
~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah
4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu
6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang pa ling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
~ george bush
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc etc)
10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
~ try baca akhbar2 & majalah2 yg popular skarang nie...
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim