Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Mujahiddin merampas kuasa di al-Qa'im Iraq


Senior

Status: Offline
Posts: 192
Date:
Mujahiddin merampas kuasa di al-Qa'im Iraq


Mujahiddin merampas kuasa di al-Qa'im Iraq

Pejuang Mujahiddin telah mengeluarkan beberapa communiqués pada hari
Khamis mengumumkan bahawa bandar al-Qa'im di sempada Iraq-Syria
telah jatuh ke tangan mujahiddin setelah berpuluh-puluh pejuang
mujahiddin dihantar ke bandar tersebut.


Wartawan Mafkarat al-Islam melaporkan saksi dibandar tersebut
berkata bahawa tentera Allawi telah berundur dari kawasan tersebut
pada waktu subuh hari Khamis selepas sebilangan besar pejuang
mujahiddin muncul dengan membawa berbagai-bagai jenis senjata. 

Penduduk bandar berkata mereka telah mendengar tiga kali
takbir 'Allahu Akbar!' dari beberapa buah masjid di bandar tersebut
dan mereka menganggapnya sebagai isyarat bertujuan untuk memanggil
pada pejuang untuk berjihad.

Wartawan melaporkan bahawa pada masa ini bandar al-Qa'im masih bebas
dari sebarang tentera penjajah dan sekutu mereka dan ia masih
dikuasai oleh mujahiddin.

Cobra AS terhempas

Sementara itu, Mafkarat al-Islam melaporkan bahawa pejuang
mujahiddin telah menembak jatuh sebuah helikopter Cobra. Tembakan
dari darat itu telah menyebabkan helikopter tersebut terbakar dan
terhempas di timur bandar, kata saksi.

Tentera AS gagal dalam usaha memasuki bandar

Pada petang Khamis, sumber yang sama melaporkan bahawa tentera AS
dengan bantuan helikopter telah mara ke arah al-Qa'im dan cuba
memasuki bandar tersebut, tetapi gagal. Saksi di bandar tersebut
berkata bahawa tentera AS telah tidak berdaya untuk menghadapi
pejuang mujahiddin yang menguasai bandar al-Qa'im.

Pertempuran selama satu jam setengah, dan tentera AS terpaksa
berundur

Wartawan Mafkarat al-Islam melaporkan bahawa percubaan tentera AS
untuk memasuki bandar al-Qa'im telah menemui kegagalan. Pertempuran
sengit telah berlaku selama satu jam setengah dan tentera AS telah
menyerang di bahagian barat dan selatan al-Qa'im.

Pejuang mujahiddin telah berjaya mengalahkan tentera AS dengan
memusnahkan empat buah Humvee dan menembak jatuh sebuah
helikopternya. Beberapa buah kereta kebal dan kereta perisai juga
telah dimusnahkan dan sejumlah besar anggotanya dilaporkan terbunuh.

Saksi berkata setelah gagal memecahkan kubu mujahiddin, tentera AS
telah berundur dari kawasan tersebut ke pinggir bandar. 



__________________
"CIVIC"


Veteran

Status: Offline
Posts: 36
Date:

Allah maha berkuasa...Pencipta langit dan seluruh alam...///

__________________
Amigos
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard