berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
Ada dua jenis manusia dari kalangan ahli neraka yang tidak sempat aku melihatnya, pertamanya ialah orang-orang yang zalim yang melakukan kerja-kerja zalim, bertindak terhadap orang ramai seperti ekor lembu yang memukul ke kiri dan ke kanan, kedua ialah orang-orang perempuan yang memakai pakaian tetapi bertelanjang, menghias kepala mereka seperti gah-gah unta. Mereka tidak dapat masuk ke dalam syurga dan tidak dapat mencium bau syurga, sesungguhnya bau syurga itu dapat dicium dalam jarak yang terlalu jauh. (Riwayat Muslim)
Perkara-perkara yang berlaku itu ialah kemungkaran-kemungkaran yang membuka jalan bagi Allah menurunkan azab di dunia kepada manusia yang berbentuk bala bencana sebelum azab seksa sebenar di dalam neraka.
Bala bencana itu akan berlaku sekiranya tidak ada orang-orang Islam yang berani menyuruh perkara yang baik dan mencegah kemungkaran
Wujudnya mereka yang berkuasa melakukan kezaliman dengan sebab meninggalkan hukum hakam dan perintah Allah, maka mereka melakukan tindakan-tindakan mengikut hawa nafsu.
Mereka yang melakukan kezaliman itu seolah-olah tidak ada akal fikiran yang mampu menyekat dan bertindak menahan daripada menghukum manusia yang tidak bersalah, bertindak kejam terhadap harta benda manusia, sumber rezeki, rumah kediaman dan tanaman.
Betapa besarnya dosa zalim sehingga Allah bukan sahaja menghukum mereka yang zalim dengan dicampakkan ke dalam neraka bahkan orang-orang yang menolong mereka yang zalim termasuk di dalam golongan orang yang melakukan kezaliman termasuklah yang menyokong, kasih, cenderung, membantu, melantik kepada mereka yang zalim
Golongan kedua yang disebut di dalam hadis itu ialah perempuan yang memakai pakaian yang menjolok mata, tidak menutup aurat tetapi hanya menutup tubuh sahaja.
Mungkin mereka tersalah faham bahawa menutup aurat itu ialah menutup kulit sahaja biarpun dengan memakai pakaian yang ketat sehingga menzahirkan bentuk tubuh, seolah-olah bertelanjang.
Pada hari ini kita dapat melihat kegiatan yang mendedahkan wanita-wanita kepada kemungkaran membuka aurat yang dianjurkan secara berleluasa , di atas nama pertunjukan kesenian, kebudayaan dan memperagakan pakaian