Toba Dan Yellowstone >> > > Kita semua tahu betapa dahsyatnya apabila gunung berapi meletup. Lihat > sahaja kesan letusan St Helen di Amerika dan Pinatubo di Filipina. Jika > letupan terjadi di kawasan berpenduduk, beribu-ribu orang yang tinggal > berdekatan atau di lereng gunung akan terbunuh. Tetapi letupan > gunung-gunung berapi ini hanyalah permainan bunga api kecil jika > dibandingkan dengan letupan gunung berapi "super"(super volcanoes). > > > Super volcanoes adalah punca kemusnahan bumi yang paling merbahaya selain > hentaman asteroid. Ianya boleh meletus dengan kekuatan beribu-ribu kali > ganda dari kekuatan gunung berapi biasa. Ia boleh diam beratus-ratus ribu > tahun dan mengumpul magma yang banyak di dalamnya sehingga meletup > dengan dahsyat yang boleh memusnahkan benua dan mengakibatkan kepupusan > sejagat. > > > Kajian menunujukkan letupan terakhir setakat ini terjadi lebihkurang > 75,000 tahun yang lalu di kawasan Toba, Sumatera. Ianya 10,000 kali ganda > lebih kuat dari letupan Mt St Helens dan menghamburkan beribu-ribu km > isipadu abu ke udara sehingga seluruh dunia menjadi malam > berbulan-bulan. Dianggarkan letupan hebat ini telah hampir memupuskan > manusia dimana jumlah penduduk dunia tinggal dua ribu orang sahaja. Kajian > genetik menunjukkan semua manusia sekarang adalah keturunan dari kelompok > manusia yang selamat ini. Kini saintis bimbang Toba akan meletup lagi. > Kejadian gegaran demi gegaran di Sumatera sekarang mungkin pencetus atau > petanda Toba kembali aktif. > > > Jika Toba meletup, kita semua di Malaysia hampir pasti akan mati. Semua > kehidupan 1,000km sekitar letupan akan mati serta-merta. Kemudian, suhu > dunia akan jatuh mendadak kerana sinar matahari akan dihalang oleh abu > di angkasa selama berbulan-bulan. Banyak spesis binatang dan tumbuhan > pupus akibat perubahan suhu ini. Abu tebal akan meliputi mukabumi sehingga > India dan China. Tsunami raksaksa akan menghentam pantai timur Afrika, > India, Asia Tenggara dan Australia. > > > Satu lagi super volcano yang perlu diawasi adalah Yellowstone di Amerika > Syarikat. Tanda-tanda menunjukkan kawasan ini sudah kembali aktif sejak > beberapa tahun lalu. Permukaan bumi kawasan ini sudah mula menggelembung. > Ada kawasan sekitar Yellowstone National Park sudah ditutup sejak 2003 > kepada awam kerana suhu permukaan yang terlalu tinggi. Pokok-pokok sudah > mati dan haiwan liar kelihatan sudah berpindah dari kawasan ini. Di dasar > Tasik Yellowstone, gelembung tanah setinggi 70m telah muncul. Ikan-ikan > tasik mati dan timbul memenuhi permukaan. > > > Kajian menunjukkan Yellowstone meletup setiap 600,000 tahun sekali. > Letupan terakhir adalah 640,000 tahun yang lalu. Kita sudah diberi 40,000 > tahun perlepasan oleh Allah SWT. Mungkinkah Yellowstone akan meletup tidak > lama lagi? Mengapakah pihak berkuasa Amerika dan media mereka "tutup > mulut" mengenai kemungkinan bencana besar ini yang boleh membunuh > berbillion-billion manusia?
Sesungguhnya mereka memandang siksaan itu jauh (mustahil). Sedangkan Kami > memandangnya dekat (pasti terjadi). Pada hari ketika langit menjadi > seperti luluhan perak. Dan gunung-gunung menjadi seperti bulu (yang > berterbangan).
*ada yang dah try beringat , tapi mengenangkan dosa terlalu banyak ... dia sambung buat dosa.
*ada yang sebelum ni sembahyang 5 waktu tak pernah tinggal , tapi sekarang dia ingat time untuk dia try MENGENJOYKAN diri dia , al maklumlah , dulu asyik buat amal je katanya ...
***TAPI TAK KETINGGALAN JUGA SEBAHAGIAN UMAT ISLAM DIDUNIA YANG DAHULUNYA JAHIL TENTANG AGAMA,MENGUCAP BELUM TENTU,SEKATANG SUDAH FAHAM ERTI KHUSYUKNYA SOLAT ...
*SAYA PUN TAK LENGKAP LAGI, NO 1 IS PERFECT , BUT STILL CAN TRY , THAT IS THE FACT *
walaupun malaysia terletak luar dari lingkaran api pasifik, kita masih tak selamat lg sebenarnya...kalu jadi apa2, kesannya kita akan tanggung jugak...
so, beringatlah, perbanyakkan la amalan, HAYYA BIL JIHAD!
kalo super volcano nih meletup cth kat danau toba tu....mmg takleh buat apa...kalo dah kata jarak 1000 km semua musnah.......bleh berdoa sajer...only miracle...if survive.....
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice