Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan. Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah Kapur!, jika saya angkat pemadam ini, maka katalah Pemadam!
Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik. Sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah Pemadam!, jika saya angkat pemadam, maka katakanlah Kapur!.
Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok.
Selang beberapa saat, permainan berhenti. Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita memaksakan kepada kita dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya.
Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika. Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, sex sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan trend, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain. Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Faham?" tanya guru kepada murid-muridnya. "Faham cikgu."
"Baik permainan kedua." begitu guru melanjutkan. "Cikgu ada Qur'an. Cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain. Akhirnya guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet.
"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. Kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar."
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dengan tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah hancurkan."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka. Dan itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita.
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya mereka. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi. Begitulah Islam. Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar. Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang
Terima kasih saya ucapkan kepada penulis artikel ini dan pencipta cerita ini.Dan tak lupa juga ucapan penghargaan kepada penyebar cerita ini. Sesungguhnya sebaik² manusia adalah mereka yang berpesan² menuju kebaikan. TQ... I|I
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
ambil iktibar dari kisah tersebut. jadikan penganjaran untuk memajukan diri agar kita dapt bersaing mahupun berada ke hadapan dari kaum lain. HAK KITA untuk kita, jangan di rampas oleh kaum pendatang ( fahamler )
satu artikel yang perlu kita fahami dan jadikan pengajaran///thanks abg mantk///tul tue sekarang nie dia orang guna cara yang halus,terselindung untuk menyesatkan kita///so, kita kenalah kuatkan iman didada, lengkapkan diri dgn ilmu supaya kita tak terpengaruh dengan tipu helah org2 yang tak pernah mengalah nak menghancurkan kita///semoga ALLAH lindungi kita semua///
bagus satu peringatan yg baik, tapi sekarang ni dah mcm pekare biase je, orang dah ambil peduli tentang keburukanyer tapi lebih pentingkan keseronokan walaupun seminit, tu lah zaman sekarang ni' mengejar keseronokan yg tidak akan kekal selame lamenyer,
So ade ape2 care ke utk mengubah bagi yg tersasar?
quote: Originally posted by: Alongwira513 " Thank you... Peringatan kepada kita semua bahawa PERANG PSIKOLOGI barat sedang aktif dijalankan... It's a long and slow process which have been in it's implementation stage for the last few hundred years. "
hermmm... untuk pengetahuan ko PERANG PSIKOLOGI BARAT dah lama berlaku. sejak dari sama 700 M mereka dah jajah. baru korang raser ker sekarang. hampeh tul...
lupakan DAKYAH mereka. yang penting KUKUHKAN PERPADUAN DALAM NEGARA. HAH MACAM mana plak tu??? pandai-pandai lah korang edjust dan fikirkan. KORANG bukan melayu LANGSI kan... hahahahah...
__________________
lll JKB TS utusan ALLAH - kau dan aku sama, satu junjung, satu ikrar, satu hati lll
seperti mana yang dikatakan oleh naga putih...hamba ada terbaca setelah tewasnya lakhnatullah di medan perang salib...dan sebelumnya si King Richard yang keberapa tah mati...dia ada meninggalkan wasiat yang kini tergantung megah di dinding Vatican City...
translationya berbunyi begini....
"KITA TELAH TEWAS DITANGAN MEREKA (ISLAM) KERANA KITA TERLALU MEMANDANG RENDAH AKAN KEKUATAN DAN KESEPAKATAN MEREKA TERHADAP AGAMA MEREKA!! KEKUATAN DAN KUASA FIZIKAL MEREKA (ISLAM) AMAT KUAT DAN KITA TEWAS, TEWAS YANG SEBESAR2NYA!! NAMUN AKU PASTI JIKA KITA MENERUSKAN PERJUANGAN KITA DENGAN CARA HALUS DAN SECARA BERLEMBUT...MAKA KITA AKAN SUATU HARI NANTI MENGUASAI JAJAHAN MEREKA (ISLAM)...INGAT PESANAN AKU INI"
dan wasiat ini telah pun ditempa diatas sekeping emas tulen sebagai peringatan kepada semua pejuang kristian mereka...!!!
ingatlah...hamba juga manusia kerdil lagi hina...banyak yang jahat dari yang baik...tapi hamba jua ada keimanan pada yang Maha Esa...berhati-hatilah dalam tipu helah mereka yang amat licik...mereka juga sudah berani menyebarkan pendirian mereka secara terang-terangan...
pernah hamba posting dulu tentang aktiviti hamba...hamba sekadar nak berkongsi...
hari Ahad yang lalu hamba ada terserempak dengan sekumpulan melayu berpakaian kemas dan bersih...di sekitar kawasan PJ Hilton...mereka mengagihkan risalah...apabila hamba membacanya...nauzubillah...seruan tentang kebaikan Jesus dan keburukan Rasul Muhamad kita...hamba dan rakan2 lain berang dan kami cuba berbahas namun apa kami dapat??? maki hamun dan ugutan. Namun kami tidak gentar walau sedikitpun...tapi sayangnya...kereta sahabat hamba menjadi mangsa...tingkap kereta nya pecah dan ada Bibble di dalam. sesungguhnya jika hamba dapat ketemu lagi mereka ini..sudah tentu akan berlaku...!!!!
percayalah...kini tidak semestinya Melayu itu Islam...berhati2 lah kita...jaga diri kita...adik-beradik kita, keluarga kita dan sesiapa saja saudara Islam kita dari terus SELAM kedasar kesesatan...
oleh itu kita kena tepiskan tanggapan bangsa lain mengenai melayu...kita kena menolong stu sama lain...kita kena berhati2 bahwa bangsa lain menunggu bangsa kita jatuh saja..oleh itu hapuskan tanggapan melayu langsi tapi melayu berhemah...