Apa itu dadah? Dadah ialah sebarang bahan samada asli atau tiruan yang boleh mengubah cara bekerja badan dan otak kita.
Dadah yang berasal daripada bahan asli maksudnya dadah yang berasal daripada tumbuhan-tumbuhan, misalnya heroin yang datang daripada getah bunga popi.
Heroin boleh juga dicipta di dalam makmal sebagai dadah tiruan ataupun dikenali sebagai dadah sintetik. Dadah sintetik mempunyai kesan yang sama dengan dadah asli.
Dadah yang dikenali sebagai dadah psikoaktif, adalah kategori dadah yang menukar perasaan kita, cara kita berfikir dan bertindak. Semua dadah psikoaktif adalah merbahaya, apatah lagi disalahgunakan.
Kita dapati banyak dadah psikoaktif ini di kedai-kedai ubat dan sebagainya, misalnya ubat batuk atau aspirin (ubat sakit kepala) adalah juga dadah psikoaktif.
Ada juga dadah yang diberi oleh doctor, selalunya doctor akan memberitahu kuantiti dan cara dadah/ubat itu dapat digunakan supaya ia selamat pada manusia (dan menjadi ubat padanya).
Kenapa Remaja Mengambil Dadah?
Banyak sebab yang diberikan kenapa remaja mengambil dadah. Antara sebab-sebab yang kerap dikemukakan ialah kerana : - hendak mendapat keseronokan - tidak mahu ketinggalan dan hendak bergaya bersama dengan kawan. - diberitahu dadah boleh melupakan kerisauan/kesedihan. - pernah dicabar oleh kawan. - tidak tahu cara untuk menolak pelawaan kawan. - ingin tahu tentang kesan dadah. - dipercayai dadah dapat menghilangkan rasa malu. - hendak menambahkan prestasi.
Banyak lagi sebab dan alasan yang dapat dikemukakan, tetapi ramai remaja lupa bahawa dadah membuat mereka ketagihan, merbahaya pada diri dan sesetengahnya pula membawa maut.