Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: LAKE TOBA & YELLOWSTONE


Senior

Status: Offline
Posts: 110
Date:
LAKE TOBA & YELLOWSTONE



Subhanallah... takutnya!
 
 
Sesungguhnya mereka memandang siksaan itu jauh (mustahil).
Sedangkan Kami memandangnya dekat (pasti terjadi).
Pada hari ketika langit menjadi seperti luluhan perak.
Dan gunung-gunung menjadi seperti bulu (yang berterbangan), (QS.70:6-9)
 
Kita semua tahu betapa dahsyatnya apabila gunung berapi meletup. Lihat   sahaja kesan letusan St Helen di Amerika dan Pinatubo di Filipina.   Jika   letupan terjadi di kawasan berpenduduk,  beribu-ribu orang yang tinggal berdekatan atau di lereng gunung akan terbunuh. Tetapi letupan gunung-gunung berapi ini hanyalah permainan bunga api kecil jika dibandingkan dengan letupan gunung berapi "super"(super volcanoes).

Super volcanoes adalah punca kemusnahan bumi yang paling merbahaya  selain hentaman asteroid. Ianya boleh meletus dengan kekuatan beribu-ribu   kali ganda dari kekuatan gunung berapi biasa. Ia boleh diam beratus-ratus   ribu tahun dan mengumpul magma yang banyak di dalamnya sehingga meletup   dengan dahsyat yang boleh memusnahkan benua dan mengakibatkan kepupusan  sejagat.

Kajian menunujukkan letupan terakhir setakat ini terjadi lebih  kurang  75,000 tahun yang lalu di kawasan Toba, Sumatera. Ianya 10,000 kali ganda  lebih kuat dari letupan Mt St Helens dan  menghamburkan beribu-ribu km  isipadu  abu ke udara sehingga seluruh dunia menjadi malam berbulan-bulan.
 
Dianggarkan letupan hebat ini telah hampir memupuskan manusia dimana jumlah  penduduk dunia tinggal dua ribu orang sahaja. Kajian genetik menunjukkan semua manusia sekarang adalah keturunan dari kelompok manusia yang selamat  ini.
 
Kini saintis bimbang Toba akan meletup lagi. Kejadian gegaran demi  gegaran di Sumatera sekarang mungkin pencetus atau petanda Toba kembali aktif.

Jika Toba meletup, kita semua di Malaysia hampir pasti akan mati.   Semua kehidupan 1,000km sekitar letupan akan mati serta-merta. Kemudian, suhu dunia akan jatuh mendadak kerana sinar matahari akan dihalang oleh abu  di  angkasa selama berbulan-bulan. Banyak spesis binatang dan tumbuhan  pupus akibat perubahan suhu ini. Abu tebal akan meliputi mukabumi sehingga  India dan China. Tsunami raksaksa akan menghentam pantai timur Afrika,  India,  Asia Tenggara dan Australia.

Satu lagi super volcano yang perlu diawasi adalah Yellowstone di  Amerika Syarikat. Tanda-tanda menunjukkan kawasan ini sudah kembali aktif  sejak beberapa tahun lalu. Permukaan bumi kawasan ini sudah mula  menggelembung.
 
Ada kawasan sekitar Yellowstone National Park sudah ditutup sejak 2003 kepada awam kerana suhu permukaan yang terlalu tinggi. Pokok-pokok  sudah mati dan haiwan liar kelihatan sudah berpindah dari kawasan ini. Di  dasar Tasik Yellowstone, gelembung tanah setinggi 70m telah muncul.
Ikan-ikan tasik mati dan timbul memenuhi permukaan.

Kajian menunjukkan Yellowstone meletup setiap 600,000 tahun sekali.   Letupan terakhir adalah 640,000 tahun yang lalu. Kita sudah diberi 40,000  tahun perlepasan oleh Allah SWT. Mungkinkah Yellowstone akan meletup tidak  lama lagi? Mengapakah pihak berkuasa Amerika dan media mereka "tutup mulut" mengenai kemungkinan bencana besar ini yang boleh membunuh berbillion-billion manusia?


__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 110
Date:

opsss... sorry... rasanya civic dah hantar topic ni... juz ignore.. harap webmaster leh close my posting..

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard