sekadar untuk menambah pengetahuan dan mencari jawapan...kenapa pekida lebih perlu dilihat seperti katak di bawah tempurung?adakah kerana mereka ini adalah pejuang?
Yealah......Klu blh tlg le terangkan sikit,bukan ape,nabi dulu berdakwah selama 13 tahun saje berahsia,selepas itu secara terang-terangan.......tak kan masih nak rahsia lagi kot?!!!
__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan
Sebelom itu diminta kanda kanda izinkan dulu saya menjawab persoalan dari dua saudara kita ini,rasanya saya pon sudah lama mendiamkan diri dari menjawab soalan soalan yang diutarakan.Namun persoalan yang timbul kali ini buat saya teruja untuk menjawabnya.
Pertama sekali soalan yang dilontarkan oleh saudara kita yang menggunakan nick dudeks membara iaitu kenapa pekida lebih perlu dilihat seperti katak di bawah tempurung?adakah kerana mereka ini adalah pejuang?Dari segi konteks yang perlu dilihat atas nama PEKIDA ini sebenarnya tidaklah wajar dipandang dengan seperti katak bawah tempurung kerana PEKIDA kini telah lama mengembangkan sayapnya dari segenap segi.Antaranya PEKIDA adalah salah satu NGO yang terbesar di tanah air ini di mana aktiviti pertubuhan ini berlandaskan islam yang banyak membantu serta membuat kebajikan,contoh terbaru ialah PEKIDA telah bersama sama menghantarkan ahlinya ke Kuala Muda,Kedah bagi membantu kerja kerja pembersihan kesan dari kejadian tsunami dan juga telah memberi sumbangan bagi seluruh mangsa tsunami.PEKIDA juga selalu mengadakan keramaian di mana dengan mengumpulkan semua ahli di pelusok negeri serta menganjurkan aktiviti amal seperti menderma darah,berderma dan bersama mencari derma namun PEKIDA sebenarnya sememangnya banyak menganjurkan serta bersama sama membuat kebajikan di negara ini namun mungkin PEKIDA melakukannya bukan berlandaskan publisiti serta bukan seperti NGO yang lain di mana mencari kepentingan atau keuntungan sendiri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.
Jadi tidak wajar PEKIDA digelarkan seperti katak di bawah tempurung namun sebaliknya saudara sendiri yang sewajarnya memahami dulu makna pertubuhan ini iaitu PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA(PEKIDA).
Suka pula saya menjawab persoalan yang diutarakan dari saudara kita yang menggelarkan dirinnya carlos alonso,soalanya berbunyi 'Klu blh tlg le terangkan sikit,bukan ape,nabi dulu berdakwah selama 13 tahun saje berahsia,selepas itu secara terang-terangan.......tak kan masih nak rahsia lagi kot?!!!Buat saudara carlos alonso,pertubuhan ini telah pon didaftarkan dan adalah petubuhan yang sah di negara ini,jadi bagaimana saudara kata PEKIDA ini masih lagi bersembunyi?Ini sendiri telah menjawab segala persoalan saudara dan elok juga saudara membaca jawapan yang saya berikan bagi menjawab soalan dari dudeks membara di mana segala aktiviti kami adalah diadakan dengan secara terangan dan bukanlah diadakan di dalam hutan rimba ataupun di Pulas Nias bahkan kami mengadakan semua aktiviti itu adalah terbuka untuk semua rakyat Malaysia agar bersama sama kami dalam menjayakan segala kebajikan yang kami telah lama wacanakan.
Akhir kata buat saudara berdua,jawapan saya bukan saya membentak persoalan yang diutarakan namun ianya tulus dari hati saya dengan berlandaskan pada hakikat berani kerana benar,takut kerana salah.Andai masih lagi samar penjelasan yang saya berikan elok rasanya saudara berdua berpakat(tanda islam itu berjamaah) untuk menghadiri kursus yang ditawarkan oleh pihak R&D bagi memberi penjelasan yang terperinci tentang apa itu PEKIDA dan nanti pastinya saudara akan kenal apa sebenarnya pertubuhan ini serta nanti rasa cinta pasti pada PEKIDA kan saudara perolehi kesan dari kursus itu nanti.
Sekali lagi andai ada silap kata dari saya yang sememangnya kerana saya adalah hambaNya yang tidak bias lari dari membuat salah namun pinta saya agarkan memaafkannya dan suka saya meminta kiranya ada kesalahan itu tegurlah juga saya kerana teguran dari semua saya harapakan demi membentuk diri yang lebih sempurna.Sekian,sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari saya sendiri.
Terima kasih kepada sdr Amir Bagio kerana respon dengan soalan saya yang bodoh nii.
memanglah klu dilihat dari beberapa aktiviti dan majlis yang dilakukan sememangnya pekida adalah sama macam pertubuhan atau ngo yang biasa ada di negara kita.cuma ada beberapa perkara seperti syarat penyertaan,pengurusan,komunikasi antara ahli(seperti menggunakan buah2 dan sebagainya dirasakan masih ada yang rahsia...memanglah kalau saya tanyakan lebih lanjut tentang perkara ini awak akan minta supaya saya terus ke kajang untuk dapatkan penjelasan.tetapi tak bolehkah di setiap negeri atau daerah atau ranting menubuhkan sendiri unit penerangan dan jalankan penerangan tanpa perlu pergi ke kajang)kekadang maklum sajalee kos pun satu aspek yang kena difikirkan jugak
__________________
jihad dengan kebenaran bukan bertopengkan kepalsuan
ikhlas kan diri dulu................ takder yg percuma la nie. byk soalan yg di beri, byk yg di jawab, bila dah dpt jawapan timbul lagi soalan. nak tahu kena belajarler, baru dpt jawapan. klu nak di hujah sampai bila pun tak habis. nanti lain benda lak timbul. rasa tak puas hati manusia ni, memang senantiasa ada pada diri masing2. maklumlah kita ni lemah. harus ada pengisian, baru terjawab segala persoalan.
Originally posted by: tangan insan bernama am "hehehe
ikhlas kan diri dulu................ takder yg percuma la nie. byk soalan yg di beri, byk yg di jawab, bila dah dpt jawapan timbul lagi soalan. nak tahu kena belajarler, baru dpt jawapan. klu nak di hujah sampai bila pun tak habis. nanti lain benda lak timbul. rasa tak puas hati manusia ni, memang senantiasa ada pada diri masing2. maklumlah kita ni lemah. harus ada pengisian, baru terjawab segala persoalan. "
Originally posted by: tangan insan bernama am "hehehe ikhlas kan diri dulu................ takder yg percuma la nie. byk soalan yg di beri, byk yg di jawab, bila dah dpt jawapan timbul lagi soalan. nak tahu kena belajarler, baru dpt jawapan. klu nak di hujah sampai bila pun tak habis. nanti lain benda lak timbul. rasa tak puas hati manusia ni, memang senantiasa ada pada diri masing2. maklumlah kita ni lemah. harus ada pengisian, baru terjawab segala persoalan. "