Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pelajar Melayu...


Veteran

Status: Offline
Posts: 62
Date:
Pelajar Melayu...


assalamualaikum wmt wbt...


Sejak dahulu lagi masyarakat digemparkan dengan isu pencapaian dan kebolehan pelajar melayu di institusi pengajian tinggi. Kata-kata seperti pelajar MELAYU lesu, lemah, gagal bersaing sering dibahaskan di media massa. Meskipun pelbagai usaha diambil namun masih lagi peratusan pencapaian yang diharapkan masih lagi gagal mencapai sasaran. Persoalannya sampai bila pelajar melayu yang beragama islam ini mesti mengambil sikap sambil lewa, main-main dan acuh tidak acuh. Kenapa pelajar ini tidak sensetif apabila bangsa mereka dipanggil sebagai    BANGSA SUBSIDI?! sudah terhapuskah semangat dan perjuangan untuk memartabatkan bangsa dan agama? Untuk menyalahkan bangsa lain sememangnya tidak wajar kerana mereka berjaya hasil titik peluh , kerja keras, semangat dan disiplin yang tinggi. Mereka bukannya berjaya dengan merampas hak melayu secara tidak adil. Persoalannya sekarang kenapa pelajar melayu ini mesti berfikir kurang dari tahap pemikiran yang ada? belajar kurang dari kebolehan yang ada? berusaha kurang dari kemampuan yang ada? dan akhirnya berpuas hati denagan pencapaian kurang dari potensi sebenar mereka?


Kajian mendapati antara masalah utama pelajar melayu ialah:-


1. Malas


2. Tiada matlamat hidup yang jelas


3. Masalah sikap (tangguh,ambil mudah,cepat berpuas hati,main-main)


4. Terlalu pentingkan hiburan dan keseronokan


5. Pengurusan masa yang lemah


6. Takut dan malu tidak bertempat


7. Harga diri yang rendah


8. Berlagak pandai


9. Mudah terpengaruh


10. Lari dari masalah


Sampai bilakah fenomena ini akan berlaku dan apakah vaksin bagi penyakit yang menjakiti pelajar melayu ini yang sudah berabad lamanya dapat diatasi dan dihapuskan? 



__________________
pantang berundur sebelum ajal///


Veteran

Status: Offline
Posts: 95
Date:

Assalamualaikum..


Memang kalau diperhatikan pelajar Melayu banyak yang seperti saudara katakan...


Tetapi,disini izinkan saya membetulkan sikit, yelah bukan semua pelajar kita macam tu..


Bukan bergantung kpd subsidi semata, tapi kalau dikaji dari sudut sejarah, pada era pemerintahan British dinegara kita, mereka telah menetapkan satu plan atau struktur masyarakat (saudara boleh baca dari mana2 buku sejarah) dimana mereka menetapkan polilasi penduduk bangsa Cina ditempatkan di bekas lombong2 yang mana kita ketahui bahawa kemasukan mereka ini sbg pelombong dan kawasan penempatan mereka menjadi bandar dan memang dari kajian sejarah menunjukan golongan mereka ini melakukan perniagaan dan kebanyakannya adalah 'orang kaya' tempat yang mereka duduki itu telah menjadi bandar sbg contoh Kuala Lumpur sekarang.berbeza dengan masyarakat Melayu dan India dimana sejak dari dulu lagi telah ditempatkan di kawasan pedalaman dan India di kawasan estet.Jadi, istilah miskin atau kurang berkemampuan dah memang sebati dalam bangsa kita. 


Merujuk kepada masalah yang saudara katakan, "subsidi" diberikan kepada bukan sahaja untuk bangsa melayu malahan bumiputra juga.


Dalam negara yang membangun seperti sekarang, memang kita amat memerlukan bantuan dari kerajaan untuk menampung pempelajaran anak bangsa kita. Yelah, sekarang ilmu pun kena bayar.. nak bayar itu ini.. semuanya duit.. mana datangnya duit. Saya bukan melatah dari perkara yang saudara bangkitkan, tetapi saya rasa terpanggil utk membidas kerana ia seperti merujuk kepada semua anak bangsa kita. Untuk makluman saudara, saya juga seorang pelajar yang menuntut disalah sebuah institusi pengajian tinggi swasta. Jika tanpa bantuan subsidi dari kerajaan, mustahil utk saya melanjutkan pengajian memandangkan saya hidup didalam keluarga yang kurang bekemampuan.


Memang betul pelajar kita ini malas, lembab dan sebagainya.. tapi harus diingat, bukan semua!


Cuba saudara kaji kembali, masih terdapat ramai lagi pelajar kita yang bertungkus lumus menuntut ilmu.. dari yang bependapatan sederhana hinggalah yang miskin. Bagaimana? tentulah dari bantuan kerajaan. Misal kata jika dulu saya mahu belajar, dari mana saya nak dapat duit? saudara boleh tolong sara pembelanjaan pelajaran saya?sudah tentu tidak!


Saudara, maaf jika saya menyinggung perasaan saudara.. saya tidak membangkang malahan tidak juga menyokong.. didalam dunia ini tiada yang sempurna.. hanya Allah shj yang sempurna dari segala segi..


terima kasih diatas keprihatinan saudara kepada golongan "pelajar" seperti saya!


 



__________________
eddy


Veteran

Status: Offline
Posts: 62
Date:
waalaikumussalam...


terlebih dahulu saye ingin memohon maaf sekiranya membuatkan saudara eddy atau mane2 pihak terase. saye tidak mempunyai ape2 niat dan sekadar untuk renungan kita sebagai pelajar melayu. mmg tidak dinafikan bahawa tidak semue yg bersikap sedemikian dan untuk makluman saudara maklumat yg peroleh adelah dari seorang profesor dan beliau telah menjalankan kajian. bkn dari pandangan dan maklumat saye sendiri dan pd minggu lps saye tlh menghadiri kursus yg telah dijalankan olehnya dan beliau telah memberi kami yg menghadiri kursus tersebut yg rata2nya adalah pelajar melayu. bkn hendak membahaskan ttg isu pemberian subsidi oleh kerajaan. ape yg dibahaskan di sini ialah penggunaan yg sewenang2nye oleh pelajar yg tidak bertanggungjwb dan tidak bersungguh2 untuk blaja walaupun bantuan telah diberi.bkn hendak memalukan atau menghentam pelajar melayu cume untuk mengembalikan keazaman dan motivasi pelajar kite.terime kasih di atas pandangan dan respon saudara eddy. assalamualaikum...

__________________
pantang berundur sebelum ajal///


Veteran

Status: Offline
Posts: 95
Date:
RE: Pelajar Melayu...


Assalamualaikum..


Saya faham tujuan saudara diatas posting tersebut.. bukan niat saya untuk membangkang semunya.. sebagai seorang pelajar berbangsa Melayu sudah tentu sedikit sebanyak saya sedikit 'terusik'...Walaubagaimanapun terima kasih kerana peringatan tersebut.. memang tak dinafikan ada segelintir pelajar Melayu kita yg sedemikian rupa.. saya cuma ingin mengingatkan bahawa bukan semua begitu..


Saya harap tidak akan ada salah faham diantara kita atau mana2 pembaca lain..


salam ukhwah dari saya..




__________________
eddy


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

pelajar melayu lagi............


sampai bila ko org nak sedar haaaaaaaaaa...........




__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard