Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: UNTUK PEDOMAN DAN PERINGATAN


Guru

Status: Offline
Posts: 501
Date:
UNTUK PEDOMAN DAN PERINGATAN


Assalamualaikum,


Sekadar ingin berkongsi informasi:-


Ada seorang manusia yang bertemu dengan setan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya,
akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.

Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka setan pun sambil
tersenyum bergumam, "Orang ini memang pantas menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu zohor orang ini tidak engerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil
berkata dalam hati, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan
kegiatannya, setan mulai terdiam......

Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka setan
nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, maka setan itu
sangat panik. Ia rupanya tidakbisa menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu
sambil berkata dengan penuh ketakutan, "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?". "Aku takut !", jawab setan dengan suara gementar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika
menolak disuruh sujud pada Adam, telah dilaknat- Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada- Nya. Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata setan sambil pergi.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan
barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan
yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)


wassalam



__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:

BERSYUKURLAH

      Diriwayatkan Siti Zubaidah adalah seorang wanita bangsawan yang
    
      kaya,hobinya suka mendengar muzik. Dia memiliki pentasnya
    
      sendiri serta beberapa orang penyanyi yang menjadi penghiburnya. Apa yang
    
      menjadi kelebihannya ialah apabila terdengar saja seruan Azan dia akan
    
      segera memerintahkan penyanyi dan pemuziknya itu berhenti untuk seketika
    
      bagi menghormati azan.
    
      Setelah selesai dan menjawap azan barulah disambung semula, hanya
    
      itulah amalan yang sentiasa dijaganya.
    
      Setelah dia meninggal ramai dari kalangan orang-orang yang soleh
    
      telah bermimpi bertemu dengannya; tanya mereka, "Ibadah
    
      apakah yang menyebabkan Allah mengampunkan dosamu, adakah kerana kamu telah
    
      menggali sebuah kolam air antara Makkah dan Madinah?"
    
      Jawap Zubaidah, Allah mengampunkan dosaku dengan banyak mengucapkan
    
      syukur.Sebenarnya aku tidak banyak beribadah kecuali satu
    
      semasa hayatku dulu iaitu apabila terdengar saja Azan sedangkan waktu itu aku
    
      tengah berhibur dan mendengar nyanyian maka dengan serta merta aku
    
      menyuruh mereka memberhentikannya bagi menghormati seruan azan.
    
      Itulah ibadah yang aku benar-benar menjaganya. Sebagai balasan , Allah
    
      berfirman, "Kamu dilarang menyeksanya, jika tidak kerana iman yang ada di
    
      dalam dadanya masakan ia mahu menyebutKu dalam keadaan leka"
    
      
    
       "Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga oleh
    
       dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang
    
       sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat
    
       yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya
    
       "Apakah yang harus aku catit?" Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu
    
       catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan." Malaikat yang di
    
       kiri bertanya lagi, "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus
    
       aku catitkan?" Jawab malaikat kanan, "Biarkannya,sehingga ia membuat
    
       kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan
    
       akan mendapat 10 pahala.
    
       Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih
    
       simpankan untuknya 5 pahala lagi." Tercenganglah syaitan mendengarkannya
    
       lalu berkata, "Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak
    
       Adam?." Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah
    
       ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan
    
       keseronokkan serta kemewahan dunia.
    
      
    
       Bersedialah menempuh hari selepas kematian,bersedialah untuk menempuh sakaratul maut.
    
       burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian
    
       itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!
    
      
    
       Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
    
       Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:
    
       1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
    
       2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP
    
       3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
    
       4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR
    



      BERINGATLAH

      22 tanda hari kiamat semakin hampir
    
      >1.      Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
    
      >2.      Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
    
      >3.      Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
    
      >4.      Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
    
      >5.      Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
    
      >6.      Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
    
      >7.      Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
    
      >8.      Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
    
      >9.      Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
    
      >10.  Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.
    
      >11.  Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
    
      >12.  Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
    
      >13.  Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
    
      >14.  Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
    
      >15.  Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,
    
      >16.  Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
    
      >17.  Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
    
      >18.  Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
    
      >19.  Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
    
      >20.  Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
    
      >21.  Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).
    
      >22.  Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

   
           
        



__________________
wann


Senior

Status: Offline
Posts: 143
Date:

Padi sedang tumbuh subur
Senduduk menumpang bayang
Menangis badan dipinggir kubur
Teringat hidup tidak sembahyang


__________________
aidil


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

sesal dulu pendapatan,


sesal kemudian tiada gunanyer.


tq



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:

........

__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard