Samseng, samseng, samseng, samseng ini bukan zaman samseng bukan zaman samseng samseng* tiada tempat untuk samseng ini bukan cara samseng
Sudah banyak yang ku lihat di depan mata pecah botol pecah gelas pecah kaca pecah kepala cara berkuasa siapa gagah siapa perkasa siapa lagi ramai anggota mana tempat? bila masa? kita jumpa satu lawan satu engkau dengan aku buka butang buka baju gedebak gedebik gedebuk kita tunggu siapa yang akan jatuh dahulu
Yang menang akan jadi abang besar tak perlu gusar kiri kanan sentiasa ada orang jaga bila berjalan kepak mula dibuka jaga jaga jangan cuba merenung mata amaran untuk semua
dunia ini dia yang punya
Dan didepan mu berbaris peluang-peluang tapi tidak mahu pun engkau rebutkan Berderet-deret sasaran namun tidak satu peluru pun engkau lepaskan kerana engkau hanya asyik berjuang Entah untuk apa dan demi siapa engkau juangkan
Keberanianmu itu adalah himpunan puluhan anggota bengong yang sibuk melaungkan suku-suku pantun serta cogankata kosong
Keberanianmu itu adalah tubuh-tubuh kaku terdalam* bergelimpangan di simpang-simpang jalan yang telah engkau tewaskan
Keberanianmu itu adalah wajah-wajah kamu yang berbinkan dan berbintikan si anu dan si polan terpampang di muka suratdepan ruang2 surat* dipasung kaki dan tangan
Keberanianmu itu adalah anak2 bangsaku dalam satu ikatan berkongsi kandang bergelar si banduan
Apa yang kan kau dapat hanya sorakan kuat naikkan semangat setelah bertempur hebat engkaulah tuah engkaulah jebat tiada siapa yang akan berani dekat sampai bila kau nak jadi raja membabi buta bukalah mata satu hari kau pasti akan jatuh takhta kehabisan bisa baru kau sedar mana pergi tuah mana hilang jebat mana kata semangat mana kiri kanan gua mana kata bersatu mana isi dan kuku mana sehidup semati mana pergi argh!! semua janji
Bukan aku hendak mengata tapi sudah nyata semakin bermaharajalela semakin berleluasa satu demi satu bangsa ku menjadi layu gugur di medang perang ciptaan saudara saudara ku bagaimana hendakku jelaskan pada generasi baru dunia maju tapi bukan kita nombor satu dunia serba canggih tapi kita masih menagih dunia pesat membangun tapi kita masih mengelamun salah siapa lain makan nangka lain kena getah lain cari cerita lain jadi mangsa kerana nila setitik rosak semua susu sebelanga
tapi kenapa pekida digelar samseng melayu....?sape salah
lagu ni dicipta mungkin sengaja untuk mengena kan kiter...ataupun ia memang secara kebetulan...Wallahualam...dgr cerita dari adik beradik saya disini,Ahli Fiqir juga adalah adik beradik...betul atau tidak saya tak pasti...yg pasti too phat adalah adik beradik...ruffedge pulak satu abng ngan saya...
__________________
Aku Hanya Hamba-Nya...Dan hanya Pada-Nya aku berserah...
|||aJiMsEnT|||
sebab,org yg tak kenal apa hala tuju PEKIDA ni,ia menganggap PEKIDA ni adalah samseng melayu...sebab itu bila org dgr lagu tu,dah tajuk nyer pun SAMSENG,otomatik org mengait kan pertubuhan kiter ni...ini saya dgr dari mulut org yg saya kenal sendiri...spt bapa saya sendiri... tapi skang dia dah faham sedkit demi sedikit bila saya terangkan...lagipun lirik dan lagu tu,memang ada kena mengena...yer tak???
sekarang ni,inilah tugas kiter...kikiskan dari ingatan org yg kiter ni bukan samseng melayu... saya masih ingat masa kenduri di salak tinggi...datuk noh omar berkali kali mengingatkan,kiter bukan samseng melayu...kiter semua yg ahli2 nya,perlu kikiskan dari pandangan pihak luar berkenaan ini...ini tugas kiter...begitu juga dgn amanat tuan presiden kiter...
tak semua ahli yg samseng right???
__________________
Aku Hanya Hamba-Nya...Dan hanya Pada-Nya aku berserah...
|||aJiMsEnT|||