Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Fatwa Mufti Perak


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:
Fatwa Mufti Perak


Sila rujuk laman web rasmi Jabatan Mufti Perak.

Ya Allah, lanjutkanlah usia Mufti Perak.
Ya Allah, jangan biarkan lagi Astora Jabat menulis
dalam akhbar dan majalah.
Ya Allah, berilah kekuatan kepada semua mufti dan
pendakwah di Malaysia ini seperti yang ditunjukkan
oleh Mufti Perak.

Amin Ya Rabbal Alamin

http://mufti.perak.gov.my/fatwa/fatwa.htm
Kategori : Akidah

Tajuk :
Fatwa Mengenai Penulisan Astora Jabat

Isu :
Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah dibuat oleh
Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul
Ridzuan,menurut Subseksen 34(1)Enekmen Pentadbiran
Agama Islam 1992(En.Bil 2 Tahun 1992),selepas
dibincangkan dengan Jawatankuasa Syariah Negeri Perak
Darul Ridzuan menurut subseksyen 37(4)Enekmen itu pada
23 Syawal 1424 bersamaan dengan 17 Desember 2003,dan
adalah disiarkan atas titah perintah Duli Yang Maha
Mulia Sultan menurut Subseksen 34(2)Enekmen itu.

Fatwa :
Bahawa menolak kepercayaan azab kubur setelah wujud
keterangan dari Al-Quran dan Al-Hadith serta Ijma'
Ulama adalah terkeluar daripada ajaran Islam yang
sebenar dan oleh itu orang Islam adalah dilarang
mengamalkan ajaran itu.

Rujukan Pewartaan : No:1083 Jld:57 Bil 1

Tarikh Pewartaan : 29 Julai 2004

Keterangan :

KEPUTUSAN MESYUARAT JAWATANKUASA SYARIAH NEGERI PERAK
MENGENAI PENULISAN ASTORA JABAT BERKENAAN DENGAN AZAB
QUBUR .

1. LATAR BELAKANG

1.1 Seorang penulis yang giat menulis di surat-surat
khabar yang menggunakan nama pena Astora Jabat sering
menulis isu-isu agama yang kontroversi

1.2 Dalam Majalah Al Islam keluaran edisi bulan
November dan Disember beliau telah menulis artikel
bertajuk “Tiada azab kubur selepas meninggal dunia “
dan “percanggahan hadith mengenai azab kubur

2. ASAS PANDANGAN BELIAU

2.1 Astora Jabat menggunakan beberapa asas dalam
menegaskan pendiriannya seperti :-

2.1.1 Azab kubur tidak disebut di dalam Al Quran
secara muktamad tetapi hanya para ulama’ sahaja yang
menghurai dan mentafsirkannya.

2.1.2 Semua hadith yang menceritakan tentang azab
kubur adalah hadith ahad belaka.Hadith ahad tidak
boleh menthabitkan perkara aqidah.

2.1.3 Menolak azab qubur tidak kafir kerana ia hanya
dithabitkan dengan hadith ahad dan tafsiran ayat Al
Quran yang tidak muktamad.

2.1.4 Menggunakan logic aqal seperti mempertikaikan
cara azab qubur kepada mayat yang tidak di quburkan
dan mendakwa adalah tidak adil jika mayat yang mati
dahulu akan diazab lebih lama dari mayat yang
kematiannya lewat.

11. KEPUTUSAN

Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang untuk
kali ke 161 pada 23 Syawal 1424 bersamaan 17 Disember
2003 telah bersetuju bahawa menolak kepercayaan azab
qubur setelah wujud keterangan dari Al Quran dan Al
Hadith serta Ijma’ Ulama’ adalah terkeluar dari ajaran
Islam.




-- Edited by saf_one at 16:02, 2005-04-18

__________________
wann


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:

Dan astora jabat akan terus menulis dalam Mingguan Malaysia....?????

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 160
Date:

 


GOOD QUESTION anakomar ...


 



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 82
Date:
PERIHALLL...



quote:


Originally posted by: anakomar
"Dan astora jabat akan terus menulis dalam Mingguan Malaysia....?????"


DENGAN JELAS SAUDARA ASTORA JABAT AKAN TETAP MENULIS DALAM MINGGUAN MALAYSIA DAN JUGA AL-ISLAM...


TEGASSS...


P/S:- SORANG PAPAN, TARIK PAPAN,


BUAH KERANJI DALAM PERAHU,


SURUH MAKAN AKU MAKAN,


SURUH KAJI DAN UJI AKU TAK MAHU...




__________________
lll JKB TS utusan ALLAH - kau dan aku sama, satu junjung, satu ikrar, satu hati lll


Guru

Status: Offline
Posts: 532
Date:
RE: Fatwa Mufti Perak


Baru mufti nak cadangkan penagih diasingkan kat pulau,dah berdentum yang bangkang!


Habis macamana? Cakap sapa kita nak pakai?



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard