Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Surah - Surah


Veteran

Status: Offline
Posts: 39
Date:
Surah - Surah


SURAH-SURAH
Dalam Quran ada 114 surah. Setiap surah mempunyai takwil tertentu. Di
bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib:

o Al-Fatihah: Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup
pintu keburukan.
o Al-Baqarah: Panjang umurnya dan baik agamanya.
o Ali Imran: Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup
menghujah pihak-pihak
yang batil.
o An-Nisa': Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita
dan mewariskan
harta kerana umurnya yang panjang.
o Al-Ma'idah: Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik
kewarakannya.
o Al-An'am: Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi
pemurah.
o Al-A'raf: Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak
bukit Turisina.
o Al-Anfal: Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.
o At-Taubah: Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati
dalam keadaan
bertaubat.
o Yunus: Bagus ibadatnya dan man daripada tipudaya serta ilmu
sihir.
o Hud: Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang
ternaknya.
o Yusuf: Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi
merantau dan
berhasil di perantauan.
o Al-Ra'du Ibrahim: Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus
agama dan
urusannnya di sisi
Allah.
o Al-Hijr: Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia.
o An-Nahl: Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia
akan sembuh.
o Bani Israil: Mulia di sisi Allah SWT dan menang melawan
musuh-musuhnya.
o Al-Kahfi: Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga
dia bosan hidup
dan rindu akan mati.
o Maryam: Menghidupkan sunah para nabi, dituduh dan dihinakan
teteapi akhirnya
terbukti kesuciannya.
o Taha: Kebal dari khianat tukang-tukang sihir.
o Al-Anbiya': Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah
menghadapi pelbagai
kesusahan dan mendapat ilmu dan
khusyuk.
o Al-Haj: Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah.
o Al-Mukminun: Kuat imannya dan mati dalam iman.
o An-Nur: Allah SWT menerangi hati dan kuburnya.
o An-Furqan: Menjadi pemisah antara yang hak dan batil.
o As-Syu'ara: Allah SWT melindunginya dari kejahatan.
o An-Naml: Diberikan kerajaan atau kekuasaan.
o Al-Qasas: Diberikan perbendaharaan yang halal.
o Al-Ankabut: Dia dalam penjagaan Allah SWT sehingga matinya.
o Ar-Rum: Allah SWT memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki
negeri kaum
musyrikin ramai umat yang mendapat
pertunjuk di tangannya.
o Luqman: Diberikan hikmah.
o As-Sajdah: Mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang
berjaya di sisi Allah
SWT.
o Al-Ahzab: Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut
kebenaran.
o Saba': Zuhud di dunia dan suka beruzlah (mengasingkan diri dari
masyarakat yang
banyak mengerjakan dosa).
o Fatir: Allah SWT membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya.
o Yasin: Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah SAW.
o As-Saffat: Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan.
o Sad: Pandai bertukang dan banyak hartanya.
o Al-Zumar: Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya.
o Al-Mukmin: Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir
kebaikan-kebaikan melalui tangannya.
o Hamim As-Sajdah: Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang
mencintainya.
o Hamim Ain Sin Qaf: Panjang umurnya.
o Al-Zukhruf: Jujur dalam percakapannya.
o Al-Dhukan: Diberikan kekayaan.
o Al-Jasiah: Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah SWT.
o Al-Ahqaf: Melihat perkara-perkara ajaib di dunia.
o Muhammad: Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya).
o Al-Fath: Diberi taufik untuk berjihad.
o Al-Hujurat: Allah SWT merahmatinya.
o Qaf: Dimurahkan rezekinya.
o Al-Zariat: Menjadi tanam-tanamnya.
o Al-Tur: Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah.
o An-Najm: Mendapat anak yang cantik dan terpandang.
o Al-Qamar: Kebal daripada ilmu-ilmu sihir.
o Ar-Rahman: Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di
akhirat.
o Al-Waqi'ah: Bersegera kepada taat.
o Al-Hadid: Sihat badan dan dipuji orang.
o Al-Mujadalah: Membantah pihak-pihak yang batil serta sanggup
memberikan
hujah-hujah bernas.
o Al-Hasyar: Dia mengancurkan musuh-musuhnya.
o Al-Mumtahanah: Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi
ganjaran.
o As-Saff: Ingin mati syahid.
o Al-Jum'at: Allah SWT mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya.
o Al-Munafiqun: Lepas daripada kemunafikan.
o At-Taghabun: Tetap di atas petunjuk.
o At-Talaq: Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan
terkadang sampai
kepada perceraian.
o Al-Mulk: Besar kerajaannya.
o Nun al-Qalam: Diberi kefasihan dan pandai menulis.
o Al-Haqqah: Dia berdiri di atas hak.
o Al-Ma'arij: Berada dalam keadaan aman di ditolong.
o Nuh: Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang
mungkar serta
mengalahkan musuh-musuhnya.
o Al-Jin: Terpelihara dari gangguan syaitan.
o Al-Muzammil: Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud.
o Al-Mudassir: Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang
sabar.
o Al-Qimayah: Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya.
o Al-Insan: Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik
penghidupannya.
o Al-Mursalat: Diluaskan rezekinya.
o 'Amma Yatussalun: Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya.
o An-Nazi'at: Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya.
o 'Abasa: Dia memberikan zakat dan sedekah.
o Al-Takwir: Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan.
o Al-Infitar: Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka
menghormatinya.
o Al-Mutaffifin: Allah SWT memberikan sifat amanah kepadanya,
sifat adil dan
menyempurnakan janji.
o Al-Insyiqaq: Ramai anak dan keturunannya.
o Al-Buruj: Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang
mengatakan ilmu yang
dimaksud ialah ilmu nujum.
o At-Tariq: Diberi taufik untuk banyak bertasbih.
o Al-A'la: Mudah segala urusannya.
o Al-Ghasiyah: Naik pangkat atau martabatnya.
o Al-Fajr: Diberi pakaian yang cantik-cantik.
o Al-Balad: Allah SWT memberikan taufik kepadanya sehingga dia
suka membei
makan kepada orang lain, memuliakan
anak yatim dan menyayangi
orang-orang daif.
o As-Syams: Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman.
o Al-Lail: Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara
daripada terbongkarnya
rahsianya.
o Ad-Dhuha: Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim.
o Al-Alaq: Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan
cantik tulisannya.
o Al-Qadar: Panjang umur serta tinggi martabatnya.
o Al-Bayyinah: Dengan izin Allah, mendapat pertunjuk di tangannya
kaum yang zalim. o Al-Zalzalah: Allah mengoncongkan dengannya
tumit orang-orang kafir.
o Al-'Adiyat: Mendapat kuda.
o Al-Qariah: Menjadi mulia kerana bertakwah dan banyak beribadah.
o At-Takasur: Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta.
o Al-Asr: Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan
juga dia rugi
dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat
keuntungan yang banyak.
o Al-Humazah: Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat
baginya untuk
amal-amal kebajikan.
o Al-Fil: Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di
tangannnya Islam dapat
menakluki kawasan musuhnya.
o Al-Quraisy: Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi
hubungan erat di
antaranya dan hamba Allah yang
lain.
o Al-Ma'un: Berjaya mangalahkan orang-orang yang menentangnya.
o Al-Kausar: Banyak kebaikannya di dua negeri.
o Al-Kafirin: Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir.
o An-Nasr: Allah SWT menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya.
Bermimpi
membaca surat Al-Nasr juga menandakan
dekatnya ajal orang yang
bermimpi itu kerana ini merupakan
surah pemberitahuan Rasulullah saw
akan dekatnya ajalnya.
o Al-Lahab: Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya
dikalahkan oleh
Allah SWT.
o Al-Ikhlas: Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara
akidahnya. Menurut satu
pendapat sikit keluarganya, tetapi
senang hidupnya. Ada yang
mengatakan bermimpi membaca surat
ini menunjukkan dekatnya ajalnya.
o Al-Falaq: Allah SWT memeliharanya daripada kejahatan manusia
dan jin, daripada
gangguan binatang dan dengki manusia.
o Al-Nas: Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya.


__________________
amal ma'ruf nahi mun'kar
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard