Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Cetusan Suara Subuh


Veteran

Status: Offline
Posts: 39
Date:
Cetusan Suara Subuh


CETUSAN SUARA SUBUH
|--------------------------------------------------------------------------|
|Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain, aku menyambut kedatangan |
|seorang tetamu tetapku. |
|"Assalamualaikum", seru Subuh. |
|"Wa'alaikumsalam", sahutku. |
| |
|Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar |
|Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat. |
|"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... aku baru sahaja melintasi satu |
|tempat. |
| |
|Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun |
|yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun |
|berlinangan. |
| |
|"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku menyambutmu dengan penuh |
|rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu. |
| |
|"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. |
|Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku |
|dengan pelbagai h! idangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang |
|paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang |
|kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka". |
| |
|Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh. |
| |
|"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat |
|menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada Roti |
|Shiyam",cadangku pada Subuh. |
| |
|Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh. |
| |
|"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh. |
| |
|"Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata |
|Tangisan", pinta Subuh. |
| |
|Aku agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air |
|Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang |
|berpanjangan? Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan |
|Mata Air tersebut. Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhn! |
|ya. Dan aku berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?|
|Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang |
|kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah |
|kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman. |
| |
|"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku |
|memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai |
|Subuh". Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.|
|"Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan |
|kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti |
|mimpimu". |
| |
|Dan aku akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat |
|Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?" |
| |
| |
|"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah aku kekasih yang kau rindui?" |
|Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap. |
| |
|"Assalamualaikum", seru Subuh. |
| |
|"Waalaikumsalam", jawabku kembali. |
| |
|Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap |
|langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan. |
| |
|P/S : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak? |
|Jawapannya... tersirat dalam diri. |
|--------------------------------------------------------------------------|

__________________
amal ma'ruf nahi mun'kar
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard