Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Adam & Hawa


Veteran

Status: Offline
Posts: 39
Date:
Adam & Hawa


Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa  sendiri apabila sudah baligh
manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.  Lelaki berkahwin kena
tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak  perempuan yang belum
berkahwin dan dosa anak  lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena  bertanggungjawab ke atas
ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan  tanggungjawabnya maka dosa
baginya terutama anak  lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya . Isteri  berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung  oleh suaminya. BERATKAN??!

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini  wajib tapi
isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan  isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang  bergelar suami perlu
tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang  ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian  nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat  kerana tak larat
dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya  yang dianugerah
oleh Allah SWT. Ini  orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah  kira-kiranya.

 
 Wanita 

Auratnya lebih susah dijaga berbanding  lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila  mahu keluar
rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang  berbanding
lelaki.Menerima pusaka kurang dari lelaki.Perlu menghadapi kesusahan
mengandung  dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami  tak perlu taat pada isterinya.

Talak terletak di tangan suami dan bukan  isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana  masalah haid dan
nifas yang tak ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda  yang mahal harganya akan  dibelai serta disimpan di tempat yang  tersorok dan selamat.
Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar  bersepah-sepah bukan?
Itulah bandingannya dengan seorang  wanita. Wanita perlu taat kepada
suami

tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali  lebih utama dari bapanya.
Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari 
lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan  tidak perlu diserahkan
kepada suaminya,manakala lelaki menerima pusaka perlu  menggunakan hartanya
untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu  bersusah payah
mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia  didoakan oleh segala
haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini,  dan matinya jika
kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH
(dosa  kecil).

Di  akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan
terhadap 4 wanita  ini:  isterinya, ibunya, anak perempuannya  dan
saudara  perempuannya. Manakala seorang wanita pula,  tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki  ini:  suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu  Syurga melalui
mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan  4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat  suaminya dan menjaga
kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad  fisabilillah tetapi
wanita jika taat akan  suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada
ALLAHakan turut menerima pahala seperti pahala orang  pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita  ....

__________________
amal ma'ruf nahi mun'kar
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard