Lihatlah bertapa tamak nyer manusia pada waktu kini sehinggakan Al-Quran pun diorang nak jadikan mainan...ishkk...ishkk...ishkk... Any komen...??? Orang Johor boleh komen tak...??? Atau sesiapa lah... Komen lah apa akibatnya jika kita mempergunakan Al-Quran untuk mendapat pengaruh dan memperdaya sesama kita hamba Allah...???
Oleh Mary Victoria Dass maryvictoria @ hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: Sebuah syarikat jualan langsung yang menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah, didakwa menggunakan ayat al-Quran untuk meraih keyakinan umat Islam yang berurusan di pejabatnya, di sini. Syarikat yang didakwa giat beroperasi sejak beberapa bulan lalu dipercayai berani menggunakan pelbagai taktik kotor termasuk menggunakan ayat suci al-Quran dalam setiap urusan dengan pelanggannya terutama yang beragama Islam.
Seorang penduduk, Mohamed Sani Abdullah, 40, berkata dia nyaris tertipu dengan pelbagai helah sindiket terbabit yang kononnya menawarkan beberapa hadiah menarik menerusi peraduan cabutan bertuah.
Sani berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi kelmarin, apabila seorang pekerja wanita syarikat berkenaan menghubungi talian telefon bimbitnya, bagi memaklumkan mengenai peraduan itu.
Menurutnya, pekerja itu menyatakan kononnya peraduan itu dianjurkan sebuah anak syarikat di bawah syarikat jualan barangan elektrik terkenal jenama tempatan.
“Memandangkan saya pernah membeli barangan daripada syarikat yang dinyatakan itu, kami sekeluarga percaya dan bersyukur dengan tawaran menarik menerusi peraduan berkenaan walaupun pada mulanya agak meraguinya.
“Saya kemudian dimaklumkan menjadi antara pemenang di kalangan 35 peserta lain yang terpilih selain berpeluang cerah untuk memenangi pelbagai hadiah yang ditawarkan,” katanya.
Sani berkata, peraduan berkenaan juga menjanjikan Proton Perdana V6 bernilai RM60,000 sebagai hadiah utama sehinggalah hadiah terakhir bagi pemenang ke-35 iaitu set televisyen bernilai RM10,000.
Beliau berkata, wanita berkenaan juga mengkehendakinya ke pejabat operasinya di sini untuk menandatangani beberapa dokumen bagi membolehkannya menuntut hadiah yang ditawarkan.
Malah, katanya pekerja itu juga memintanya untuk membawa beberapa dokumen termasuk buku bank, kad pengenalan dan lesen memandu.
“Saya yang tidak mahu melepaskan peluang memenangi hadiah berkenaan, pergi ke pejabat syarikat berkenaan pada petang hari yang sama.
“Saya bertambah yakin apabila mendapati setiap sudut pejabat berkenaan dipasang dengan ayat al-Quran, malah dokumen yang sediakan itu juga mengandungi beberapa ayat suci,” katanya.
Sani berkata, bagaimanapun, beliau mula meragui operasi syarikat berkenaan apabila diminta menjelaskan RM3,000 bagi memenangi hadiah yang ditawarkan itu.
Beliau berkata, peserta yang menjelaskan wang yang diminta itu juga dikatakan lebih berpeluang cerah untuk memenangi antara hadiah utama termasuk kereta mewah.
“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana seorang daripada mangsa sindiket berkenaan yang berada di situ menasihati saya tidak menjelaskan sebarang wang mahupun menandatangani dokumen.
“Justeru, saya segera mengambil kembali dokumen yang dibawa saya selain menolak pelbagai tawaran disediakan syarikat berkenaan.
beberapa bulan lalu ayah hamba juga pernah hampir menjadi mangsa penipuan ini...mungkin gerak hatinya masih kuat mengatakan tidak dia telah memutar belitka kata2 salesman tu...hm...tapi yang penggunaan ayat al-quran ni membuktikan kedatangan nya akhir zaman...dari dlu lagi pemesongan al- quran ini telah berlaku termasuk penggunaan dalam ilmu2 kebatinan...sememangnya ada yng tersirat dan zat didalalm alquran tapi..penggunaanya telah dipesongkan...bersama kita menjauhkan diri dari perkara yang mungkar.....
suka saya ingat kan peristiwa dimana bermulanya era penurunan al-quran kepada manusia. kita sebagai umat islam tak patut mempersendakan al-quran nur karim. ALLAH s.w.t letak kan Al-quran atas bukit boleh terbelah dua.. air tujuh lautan boleh surut serta merta..api yg marak boleh terpadam.. itu menunjukkan bertapa sukarnya makhluk Allah dimuka bumi ini menerima Al-quran..tp tak terpikirkah kita..dgn kudrat yg Allah s.w.t berikan kita bleh membaca..menulis..& mmbawa kesana kemari..bertapa mudahnya diri insan kerdil yg bernama manusia..sedangkan makhluk Allah yg lain tak mmpu sebegitu..maka renungkan lah..jiwai lah..
Sesungguhnya manusia ini telah malampaui batas...mereka merasakan diri mereka ini cukup dengan segala-galanya sehinggakan mereka ini melupakan asal usul kejadian mereka hanya dari segumpal darah. Sesungguhnya kepada Nya lah mereka akan kembali ( surah Al 'Alaq )...
Ada sesiapa lagi di antara ahli forum ingin menambah atau memperbaiki komen saya ini...Saya percaya kebanyakan ahli² forum ini bijak² dalam menghuraikan permasaalahan ini. Silakan...
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
quote: Originally posted by: wartawan3 "Wa'alaikumsalam.../// Terima kasih diucapkan atas komen Avanzato R... Sesungguhnya manusia ini telah malampaui batas...mereka merasakan diri mereka ini cukup dengan segala-galanya sehinggakan mereka ini melupakan asal usul kejadian mereka hanya dari segumpal darah. Sesungguhnya kepada Nya lah mereka akan kembali ( surah Al 'Alaq )... Ada sesiapa lagi di antara ahli forum ingin menambah atau memperbaiki komen saya ini...Saya percaya kebanyakan ahli² forum ini bijak² dalam menghuraikan permasaalahan ini. Silakan... "
takde apa yg harus diucapkan.. sekadar apa yg saya tau utk tatapan bersama.. erm...sama2 kembali..
kurang asam jawa punya org. benda ni tak boleh buat main2. ntah mcm2 taktik lagi yg diaorg gunakan sebelum ni............... tak ada agama ker...........???
quote: Originally posted by: naga putih " sape yang berani nak lawan??? mana anak-anak bangsa yang cakap sanggup mati kerana agama. nih baru macam nih berlaku dah kepoh??? cakap saja pandai pastu bawak satu geng pi set satu table himpun kroni2 gi makan. gebang sey, takder pekdah untuk kemajuan. porahhh... ape kesss???? nih lah bangsa yg di jajah... p/s: bangsaku di jajah kembali -- Edited by naga putih at 01:33, 2005-04-21"
NAMPAK MACAM BERISI NI BRO NAGA...
boleh perjelaskan sikit lagi tak...?
__________________
\\\ Mencari kebenaran fi sabilillah hingga keakhir hayat ///
Originally posted by: wartawan3 "Wa'alaikumsalam.../// Terima kasih diucapkan atas komen Avanzato R... Sesungguhnya manusia ini telah malampaui batas...mereka merasakan diri mereka ini cukup dengan segala-galanya sehinggakan mereka ini melupakan asal usul kejadian mereka hanya dari segumpal darah. Sesungguhnya kepada Nya lah mereka akan kembali ( surah Al 'Alaq )...
Ada sesiapa lagi di antara ahli forum ingin menambah atau memperbaiki komen saya ini...
Saya percaya kebanyakan ahli² forum ini bijak² dalam menghuraikan permasaalahan ini.
Silakan... "
"
MACAM MENCABAR PUN ADA... MACAM BERLAGAK PUN ADA... MACAM MENYINDIR PUN ADAAAA...
quote: Originally posted by: wartawan3 "Wa'alaikumsalam.../// Terima kasih diucapkan atas komen Avanzato R... Sesungguhnya manusia ini telah malampaui batas...mereka merasakan diri mereka ini cukup dengan segala-galanya sehinggakan mereka ini melupakan asal usul kejadian mereka hanya dari segumpal darah. Sesungguhnya kepada Nya lah mereka akan kembali ( surah Al 'Alaq )... Ada sesiapa lagi di antara ahli forum ingin menambah atau memperbaiki komen saya ini...Saya percaya kebanyakan ahli² forum ini bijak² dalam menghuraikan permasaalahan ini. Silakan... "
kepada bro wartawan... menarik sekali cerita yg anda poskan ini... menarik juga petikan firman yg anda jelaskan secara tergantung dan jumud...
Sesungguhnya...
Selagi melayu dan islam tidak mahu mengaku jahil... tidak akan ada selera untuk mereka kembali merujuk kepada alquran... selagi mereka tidak merujuk kepada alquran selagi itu lah mereka boleh digula gulakan dengan al quran juga... itulah mainan yahudi... kerana tahu kejahilan melayu tentang alquran lah mereka gunakan alquran untuk menipu...
Bacalah dengan kefahaman hadhari surah yg anda petik itu... jangan baca ia dengan fahaman jumud... kerana selagi anda membaca dengan fahaman jumud, anda tidak akan mendapat sebarang pelajaran darinya dan selagi itulah anda mudah tertipu...
IQRAK = BACA, KAJI, TELITI...
BISMIROB = DENGAN NAMA, DENGAN ATURAN, DENGAN FAHAMAN, DENGAN KEHENDAK, DENGAN SISTEM PENGATUR KAMU
ALLAZI KHOLAK = YANG MENJADIKAN KAMU
...
ALLAMA BIL QOLAM = YANG MENGAJAR, YANG MEMANDAIKAN KAMU DENGAN PANDUAN QALAM
ALLAMAL IN SAANAMALAMYAKLAM = YANG MEMANDAIKAN MANUSIA TENTANG APA APA YANG TIDAK LAGI DIKETAHUINYA.
KALLA INNAL INSA NALAYATGHO = KETAHUILAHSESUNGGUHNYA MANUSIA ITUMELAMPAU BATAS
ARROAAA HUS TAGHNA = KERANA DIA MERASA DIRINYA SERBA CUKUP.
SUDAH TIDAK TAHU APA APA TETAPI MENGAKU PANDAI, TIDAK MAHU BELAJAR, TIDAK MAHU DI AJAR, SEHINGGA KURANG AJAR DANKEKAL DENGAN KEJAHILAN, HINGGA BOLEH DI TIPU DAN DIPERMAINKAN OLEH ORANG KAFIR...
INNA ILA ROBBIKARRUJ'A = SESUNGGUHNYA HANYA KEPADA PENGATURNYA LAH MERUJUK(IAITU ALQURAN), SUPAYA KITA PANDAI MEMBACA, MENELITI DAN MEMBUAT KEPUTUSAN...
Nahhhh... dalam urusan ini, bacalah, kajilah, telitilah tawaran itu dengan memadankan ia kepada ketetapan dan nasihat allah, rujuklah kepada al quran... apakah yang telah allah tetapkan...???
Kaji, baca samada halalkah urusan dan tawaran itu, selamatkah menyertainya...???
Jika tawaran itu tidak pasti, tentunya itu adalah satu perjudian, dan judi itu adalah haram dan merupakan perbuatan syaitan, so, janganlah ikut serta... kalau ikut juga, jangan salahkan allah, jangan salahkan si penipu...
bukan kerana mereka jahat, kerana kita tidak bijak meneliti, kita jahil, kita tidak bijak iqrak... dan yg penting kerana kita tamak, nak cepat kaya tapi malas berusaha...
itu saja...
kalau nak kepastian... cuba LIHAT SURAH AL-MAIDAH AYAT 3, AYAT 90 DAN 91.
Selagi anda tidak mengaku jahil dan sanggup belajar untuk membaca, memahami dan meneliti kitab allah itu, selagi itu lah kamu akan terus tertipu, ditipu dan kekal dengan nasib kamu sampai bila bila. itu janji allah, allah tidak akan mengubah nasib kaum ini, selagi ia tidak berusaha untuk mengubahnya. Yang allah beri hanya kaedah dan sistem yang baik untuk mengubah nasib... melalui rujukan dan perantaraan alquran...
Mohon penjelasan dan ulasan dari yang lebih arif...
Yang baik hanya dari Allah, yang silap hanya kerana kelemahan saya sendiri...
Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksakarena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
almaidah ayat 90.
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.
JELAS SEKALI kebenarannya... kita tunggu saja komen abang long... Dr Mas kiter pulak ...
__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214
"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"
Saya lihat posting md arif nampak bernas... jelas anda telah mendapat pendidikan yang mantap... sila jawab pm saya kerana saya ingin mengenali anda dengan lebih dekat...
Nahhhh... dalam urusan ini, bacalah, kajilah, telitilah tawaran itu dengan memadankan ia kepada ketetapan dan nasihat allah, rujuklah kepada al quran... apakah yang telah allah tetapkan...???
Kaji, baca samada halalkah urusan dan tawaran itu, selamatkah menyertainya...???
Jika tawaran itu tidak pasti, tentunya itu adalah satu perjudian, dan judi itu adalah haram dan merupakan perbuatan syaitan, so, janganlah ikut serta... kalau ikut juga, jangan salahkan allah, jangan salahkan si penipu...
bukan kerana mereka jahat, kerana kita tidak bijak meneliti, kita jahil, kita tidak bijak iqrak... dan yg penting kerana kita tamak, nak cepat kaya tapi malas berusaha...
itu saja...
sodaqollahulazim...
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
memang menarik dan menusuk betul posting dari MdArif...
Dari apa yang saya faham....tentang Iqra'...
IQRAKBISMIROBIKA = Iqra bermaksud mengkaji atau membaca ATURAN DAN strategi yang sedang kita dan pemimpin (pendidik dan pengatur kita) gunakan. Kita hendaklah membaca nya dengan kaedah sepertimana rasulullah membaca intisari dan pelajaran dari alquran itu, sahingga aturan yg dibacakan itu mampu mengatur manusia sejagat, sedikit demi sedikit...
ALLAZI KHOLAK
Kajilah situasi, pengurusan, sistem yang kita pakai, pertimbangan kita terhadap sesuatu sekarang ini... adakah sama dengan kehendak pengatur kita yang menjadikan kita (allah). apa yang perlu di kaji adalah adalah aturan ataupun sistem Allah yang sebenar, dalam apa saja perkara dan pertimbangan. Oleh kerana kita tidak dapat membezakan aturan yang kita pakai dalam mengatur jemaah ini mengikut sistem pengurusan yang allah telah ajarkan, maka jemaah sekarang yang berpelah belah dan merekah-rekah akibat tidak mengkaji yang sebenar-benarnya ilmu Allah.
KHOLAQOLINSANA MIN ALAQ
Jemaah sekarang tidak mencerminkan satu jemaah manusia, YANG BERIMAN, TERDIDIK, TERATUR, BEKERJASAMA, BERKASIH SAYANG SEBENAR BENARNYA, tetapi lebih kepada jemaah HAIWAN yang dengki-mendengki antara satu sama lain kerana tidak ada sebarang ikatan janji setia/Bai'ah YANG DI LAKUKAN ATAS DASAR KEFAHAMAN, KEYAKINAN DAN KEIKHLASAN. Semua sama2 pakat junjung tetapi tidak seorang pun faham/tahu apa yang dijunjung menyebabkan kebanyakannya tidak taat.
IKRAK WAROBBUKAL AKROM BACALAH TERUS... NESCAYA KAMU DAPATI PENGATUR KAMU MAHA AKRAB. Tetapi malangnya ,jemaah sekarang bertempiaran lari balik apabila hendak dibacakan seterusnya, mereka terhenti setakat kursus induksi sahaja. Oleh kerana itu mereka menjadi tidak akrab dengan ROB, yang boleh membimbing mereka akrab dengan Allah, akhirnya mereka jahil dan tidak boleh dilentur lagi.
ALLAMA BIL QOLAM
Apatah lagi untuk mengajar dan mengalimkan manusia dengan perantaraan kalam. mereka takut, semacam tidak berminat memegang, membawa dan dibacakan alquran serta kefahamannya, walaupun mengaku berjanji setia dan bersumpah menjunjung alquran.
ALLAMAL IN SAANAMALAMYAKLAM =
Kita sekarang perlu mengalimkan insan yang dah tak de kefahaman, tiada pegangan dan hilang arah tujuan. Luaran sahaja nampak mcm bersatu tetapi sebenarnya tidak. Masing masing membawa fikiran, fahaman dan halatuju sendiri. penuh dengan kepentingan peribadi.
KALLA INNAL INSA NALAYATGHO =
Ketahuilah, sesungguhnya manusia itu melampui batas... Manusia sekarang merasa kan dirinya lebih pandai dari orang lain menyebabkan merekan melampaui batas
ARROAAA HUS TAGHNA = kerana merasa dirinya sudah cukup dan tidak perlukan ROB ALJALIL YANG MENJADIKAN dan menurunkan alkitab sebagai panduan, dan ketua kumpulan yang arif dalam hal pendidikan dan kepimpinan berdasarkan aturan allah untuk mengatur dirinya. Mereka merasa cukup dengan sedikit ilmu dan apa yang dia ada... walaupun tak boleh membawa mereka ke mana...
INNA ILA ROBBIKARRUJ'A =
Sesungguhnya kita hendaklah hanya merujuk kepada ROB iaitu untuk membersihkan fahaman yang jumud dan karut, yang dipenuhi dengan sangkaan belaka serta sentiasa merujuk sebarang perkara kepada perantaraan kalam, kepada alquran bagi menunjuk jalan yang Benar, jalan yang lurus dan memberikan keselamatan kepada kita.
KESIMPULAN.
Kita dijadikan Insan untuk menuju satu hala tuju yang sama, melalui bacaan, FAHAMAN dan keyakinan yang sama. Barulah kita boleh bersatu, dalam satu jemaah ibarat segumpal darah yg bersatu padu.
kita hendak lah sentiasa berada dekat dengan ROB yang mampu membacakan ayat ayat allah dengan penjelasan yang jitu dan jelas dalam urusan harian, yang mampu membacakan bacaan, kefahaman, dan aturan Rob (pendidik/pengatur) yang menjadikan kita.
apabila terbentuk satu jemaah manusia yang yang sentiasa bersatu padu, ibarat gumpalan darah, Ini bukti bacaan kita sempurna dan akan mampu menghasilkan sesuatu.
Pekida harus di bacakan dengan nama Allah, di urus dengan sistem allah yang tertera dalam al kitab... supaya ahlinya bersatu... patuh dan ikhlas...
Untuk menjadi akrab, kita harus terus membaca hingga akhir hayat, agar kita jadi semakin akrab sesama kita, semakin kuat ikatan, dan semakin rapat dengan pengatur yang mengatur jemaah kita dan pengatur yang menjadikan kita.
Harus merujuk HANYA KEPADA alquran, mengikut kaedah sunnah rasulullah membaca dan merujuk al kitab dalam sebarang urusan sebagai penentu benar atau salahnya, haram atau halalnya, untung atau ruginya.
Sesungguhnya,yang BAIK itu dari Allah,dan yang BURUK itu dari saya sendiri.*
Bicara Islam skrg adalah bicara ttg jemaah... bukan bacaan secara individu...
TIDAK ISLAM JIKA TIDAK BERJAMAAH... TIAP INDIVIDU ISLAM HARUS MAMPU FAHAM KEHENDAK ALLAH, MEMBACA DENGAN PENUH STRATEGIK MENGGUNAKAN FAHAM ALLAH... SEMUA DENGAN FAHAM YANG SAMA BARU MAMPU MEMBENTUK SATU JEMAAH YANG BERSATU PADU...
-- Edited by Nafisah at 20:24, 2005-04-22
__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite,
Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat,
Puas kita menangis mencari mana matahari kita,
Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...