HARI NI HAMBA NAK CERITA SIKIT ISU PANAS YG TELAH MELANDA 2 BUAH NEGARA SERUMPUN IAITU MALAYSIA & INDONESIA..HAMBA DENGAR ORG DI SEBERANG SUDAH TAK SABAR UTK MENGANGKAT SENJATA UTK MEMERANGI ORG MALAYSIA..JADI HAMBA RASE ADE NYE ORG KE-3 YG MELAGA2 KAN MALAYSIA & INDONESIA..BUAT APE KITE NAK B'PERANG DGN SAUDARA SERUMPUN DGN KITE, SEAGAMA LAK TU..TP ORG INDONESIA X PIKIR MCM KITE...HAMBA SENDIRI BANGGA DGN KETURUNAN HAMBA..DATUK HAMBA ORG JAWA & NENEK HAMBA ORG BUGIS...KIRANYA HAMBA MENGAKU LA KETURUNAN HAMBA DTG DARI SEBERANG..TP WATPE LA KITE NAK GADO2 PASAL KES KECIK CAMNI..TP KLU APE2 T'JD KPD MALAYSIA, HAMBA MENYERU SMUA AHLI PEKIDA SBG BENTENG KE-2 NEGARA BANGKIT B'BAKTI PD NUSA PERTIWI.TP HAMBA HARAP KONFRONTASI INI AKAN BERAKHIR SECARA DIPLOMASI..X SANGGUP HAMBA HENDAK B'PERANG DGN SAUDARA2 HAMBA..MARILAH KITA SAMA2 B'DOA AGAR MALAYSIA SELAMAT DARI SERANGAN ANASIR LUAR..AMIN...
Wan, jika kita imbau kembali dari sudut sejarah... Malaysia ada sebuah negara yang mencapai kemerdekaan melalui diplomasi dengan pihak British, tapi bagaimana dengan Indonesia? Mereka bermandi darah untuk menuntut kemerdekaan dari Belanda... memang itulah cara mereka. Mereka fikir Malaysia mahu merampas hak wilayah mereka/// tapi biarlah pemimpin kedua-dua negara menyelesaikan dengan rundingan... saya percaya dengan pendekatan PM kita yang disayangi, Pak Lah dapat menyelesaikan isu ini... INSYAALLAH///
WALLAHUAKLAM///
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
Ya tuan hamba ungku omar,hamba setuju benar dgn pendapat tuan hamba...jd marilah sama2 kite b'doa agar malaysia & indonesia dijauhkan dari malapetaka.AMIN,,,
klu ikut pandangan saya nak diikutkan sejarah.... tanah melayu ni.... utk org melayu... serta rumpun melayu.... jajahan melaka pun hampir satu asia... sebab tu laaa ada selat melaka.... musti ada yg hasut ni.. klu tak, takan depa berani... kot..... lepas tsunami... pulau yg tak ada dalam map tetiba kita tahu.... yg pulau tu us punya... so.... ??? dalam negara asia.... di pulau-pulau melayu... jadi pada wan kajang kita harus bersukur... kerna negara kita tidak dapat dihasut... oleh.... setan bertopegkan manusia........
quote: Originally posted by: WAN KAJANG "hmm,betul tu tuan hamba andikaputra...hamba sokong...bile kite nak makan maggi goreng lagi kat mamak..hamba lapar la...jom kite pegi skang..."
siap tea tarik ais 8....kasi oder....
tu laa kita patut bersukur kerna masih dapat makan makanan yg paling murah dan miuman yg murah,,,,
jika berlaku peperangan tak ada pihak yg akan untung, malah rugi. kalah, menang yg bersorak adalah pihak yg ingin melihat kehancuran umat islam sebelah asia tenggara ini. ini adalah satu strategik yg sangat licik yg di lakukan oleh puak zionis agar umat islam bertelagah sesama sendiri. mereka maklum jika mereka berperang sesama islam, mereka tidak akan menang, malah akan rugi. itu lah agenda mereka yg sebenar, yg mana kita harus sedar.
perbanyakan solat meminta agar di jauhkan daripada musibah2 ini.
quote: Originally posted by: flash " jika berlaku peperangan tak ada pihak yg akan untung, malah rugi. kalah, menang yg bersorak adalah pihak yg ingin melihat kehancuran umat islam sebelah asia tenggara ini. ini adalah satu strategik yg sangat licik yg di lakukan oleh puak zionis agar umat islam bertelagah sesama sendiri. mereka maklum jika mereka berperang sesama islam, mereka tidak akan menang, malah akan rugi. itu lah agenda mereka yg sebenar, yg mana kita harus sedar. perbanyakan solat meminta agar di jauhkan daripada musibah2 ini."
itulah hakikat dari tindakan tanpa ilmu dan usul periksa... jangan kita ikut tindakan bodoh sebegini...
__________________
\\\ Mencari kebenaran fi sabilillah hingga keakhir hayat ///
Peperangan, pertumpahan darah bukan jalan penyelesaianya... apa yang pasti pelbagai langkah telah diambil oleh para pemimpin kita untuk memelihara keamanan so kita serahkan pada mereka. sama-samalah kita berdoa agar negara ini dilindungi dari bala bencana...
Isu pencerohan wilayah kedaulatan ini hanyalah ' tip of the iceberg' bagi semua agenda serta dakyah kuasa besar yang mendalangi topik ini. Ianya adalah satu manupulasi kuasa besar yang dibiayai 'kapitalis multi-trilion'. Mujurlah pihak pemerintahan dua negara ini tidak cepat melatah hasil olahan media.
Apa yang dikhuatiri, perkara ini adalah agenda jahat kuasa besar serta kapitalis-kapitalis ini"Ibarat tongkang pecah, kenyanglah yu dilaut". Islam agama yang kita cintai ini majoritinya dianuti oleh rumpun melayu nusantara. Kelemahan kewangan dan ekonomi satu sentimen yang cukup ampuh untuk dijadikan senjata fitnah pihak ini.Wajar kita semua memantau dan antisipasi pergerakan golongan ini.
Borneo dalam lipatan sejarahnya mengandungi banyak peristiwa sedih kekalahan rumpun melayu hasil manupulasi penjajah. Kerajaan tertua nusantara tercatat bermula di Borneo(Mulawarman/ Kutai Kartanegara)Apa yang jelas kawasan ini kaya dengan hasil bumi. dari petroleum, arang batu, emas malahan berlian ada di pulau ini. Perpecahan serta kucar-kacir yang diakibatkan oleh perang antara dua negara sahabat ini bakal membuka ruang kepada kuasa besar dan kapitalis ini. Mereka telah mengkaji sekian lama tentang pulau ini ketika mereka berada di Filipina beberapa dekad yang lalu.
Perlu diingat sejarah sering mengulangi peristiwa-peristiwanya, umpama "lagu lama -kaset baru" susunan serta nafas baru" hasil karya asalnya jika dihalusi tetap sama.
Perjanjian Borneo Utara akan berulang sekiranya tiada langkah pencegahan diambil. Ini waktunya bagi semua cendiakiwan dua bangsa ini bersatu dengan mengenang dan mengambil ikhtibar dari lipatan sejarah. Intipati perpaduan rumpun melayu ini harus dijana dan digembeling oleh setiap lapisan masyarakat dua negara ini. Dengan kesedaran bahawa kita ini saudara kita akan lebih sayang menyayangi.
Provokasi dan laungan 'GANYANG MALAYSIA' yang pertama kali dilaungkan oleh Presiden Pertama Indonesia" Bung Karno" jika diteliti merupakan satu tindakan menutupi kelemahan pemerintahannya ketika itu. Dengan gagasan NASAKOM iaitu penggabungan Nasionalis, Agama dan Komunisnya telah menemui jalan buntu. Pakatan Ganefo dari Negara Blok komunis pasca perang dingin pada ketika itu membuat rumpun melayu dilebel sosialis. Mujurlah asas agama Islam serta penghayatannya yang dibela oleh para ulama serta umat Islam dengan kesedaran bahawa kita ini saudara telah berjaya menangkis tanggapan antarabangsa ini. Runtuhnya komunis di Indonesia merupakan hancurnya blok komunis ketiga besar di dunia ketika itu selepas Russia dan China.
Saran saya, pada ketika inilah media rasmi kedua negara RTM dan TVRI wajiblah memulakan inisiatif untuk memupuk semangat persaudara ini. PEKIDA sebagai salah satu NGO yang disegani perlu mengambil inisiatif ini dengan berganding bahu dengan semua pertubuhan yang ada di bawah AMAN Malaysia. Kita adakan memorandum yang bakal ditandatangani oleh semua warga PEKIDA. Kita mulakan kempen ini. Nyatakan kepada saudara kita diseberang, BAHAWA KITA INI SAUDARA.
Kita jemput pihak Kedutaan Besar Indonesia berpegangan tangan dan berganding bahu mendendangkan syair cinta dan persaudaraan ini. jangan pernah kita berputus asa, penat dan lelah atas nama perpaduan. Rumpun Melayu adalah suara Islam terbesar di muka bumi Allah ini. Adalah menjadi tanggung jawab dan kewajiban kita mengeratkan tali sirahtulrahim dua negara ini. Ianya adalah amanah Rasullah s.a.w kepada kita.
Sempena maulidur rasul ini, ayuh kita mulakan dengan penuh rasa cinta kepada persaudaraan sesama umat Islam. Kita tunjukkan kepada dunia bahawa agama Islam yang kita anuti ini satu agama perdamaian sejagat.
Kita takkan pernah terlambat untuk menyintai. Cinta itu ikhlas, tak pernah harapkan balasan. Kiranya kita menyintai, Insya Allah kita dicintai. Perpaduan, Persahabatan, Percintaan, Kedamaian.
quote: Originally posted by: Yatt "Hidayat. Klang. "
SATU PENJELASAN YANG KUKUH DARI SUDUT SEJARAH DAN PENGETAHUAN ANDA. Terima kasih atas penjelasan tersebut!!! Lemah juga diri saya dalam ilmu sejarah rupanya... banyak dari apa yang saudara jelaskan di sini, tidak ada dalam pengetahuan saya sendiri. Ilmu yang baru dapat ditimba... SYUKRAN///
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
pada wan kajang bagus pandangan tuan hamba tu... tapi saya ada sedikit muskil laaa. tak payah indon nak ganyang malaysia.... org m`sia sendiri yang gayang m`sia... dah terbukti pun.... bila pihak berkuasa kata jangan buat depa dok buat jugak.... yg tu haram yg ni haram... depa dok buat jugak.... so kita ni di dalam lingkungan jemaah fikir2kan lah utuk kebaikan jemaah jangan laa nak ganyang sesama jemaah...
huh.. memang sudah menjadi agenda orang barat dan yahudi untuk menakluk Asia terutamanya di pertemuan 3 laut iaitu laut china selatan, laut sulu dan laut hindi.. memang sejarah mengatakan sejak dulu org barat mahupun yahudi berturutan menjajah kedua2 negara ini iaitu Malaysia dan indonesia.. mereka dah menggunakan pelbagai2 cara. jika dulu lebih kepada kekuatan ketenteraan dan sekarang diserapkan pula kepada ekonomi atau cara menimbulkan konfrantasi kedua2 belah pihak agar berbalah sesama sendiri.
ingatkah lagi pada peristiwa pertengahan tahun lepas dimana kuasa barat (amerika) cuba campur tangan mengenai isu selat melaka atas alasan keselamatan global dimana selat melaka adalah antara laluan terpenting bagi perdagangan dunia.. mereka cuba mengembar-gemburkan isu yang sememangnya dapat ditangani dgn mudah oleh kedua2 kerajaan Malaysia mahupun Indonesia..itu hanya sekilas dari tindakan mereka, jika kita kaji balik perkara yang berlaku sebelum ini banyak berkait rapat dgn tindakan mereka..
itulah cara mereka ingin menakluk kita.. kerana pada fahaman yahudi, kemunculan perwira timur itu akan muncul samada di malaysia mahupun indonesia.. tetapi jika dilihat balik, yang paling tepat adalah Malaysia. Kerana malaysia adalah sebuah negara yang tegas dengan pendiriannya, lantang menyurakan pendapat dan gah dari segi pemerintahan, sokongan rakyat, kemakmuran dan juga memartabatkan Islam sebagai agama rasmi. (boleh dirujuk dari posting saya yang lepas "ancaman yahudi-bersediakah kita?").
namun ini sekadar pandangan saya, andai ada yang tersilap..sila2 kanlah menegur..
Kita harap pemimpin kita dapat menyelesaikan isu ini.Lagi pun kita dah macam adik beradik.Ini mesti ada org ke-3 yg melaga-lagakan dan memperbesarkan masalah ini.Saya harap masalah ini dapat ditangani dengan cepat....
aku rasa pun ader dalang la...tp sama2 la kita berdoa agar tak berlaku kejadian yg tak diingini...maklum la..disana pun ramai yg seagama ngan kita..tak kan kita nak berbunuh bunuhan lak...naa'zubillahiminzalikh..
Askum semua saudara seagama.....rasa musykil di hati ini kenapa hanya negara tertentu yg di laga laga kan nya....dan bukan negara Amerika dan sekutu nya....musykil sungguh ..sedangkan negara mrk lebih besao dan byk jajahan nya......
Nampak tak bertapa negara Islam begitu senang di laga lagakan termasuk medan forum ini bila mrk tak sehaluan dari segi pegangan dan fahaman.....divide and conquer ...logo keramat mrk yg di guna pakai hingga skrg....masih berkesan....bila lah saudara seagamaku di dunia yg fana ini akan sedar akan muslihat musuh mrk....isk isk isk
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
Wan, jika kita imbau kembali dari sudut sejarah... Malaysia ada sebuah negara yang mencapai kemerdekaan melalui diplomasi dengan pihak British, tapi bagaimana dengan Indonesia? Mereka bermandi darah untuk menuntut kemerdekaan dari Belanda... memang itulah cara mereka. Mereka fikir Malaysia mahu merampas hak wilayah mereka/// tapi biarlah pemimpin kedua-dua negara menyelesaikan dengan rundingan... saya percaya dengan pendekatan PM kita yang disayangi, Pak Lah dapat menyelesaikan isu ini... INSYAALLAH///
__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I