Kira-kira 3 minggu yang lalu, seorang hamba Allah telah kembali ke-rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung). Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani dikampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham deletakkan di-ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan olih saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut. Si-penulis(penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada disebelah balu Allahyarham pada ketika itu.
Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu Allahyarham itu. Sibalu sepatutnya membacakan ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada Allahyarham.
Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar Allahyarham (kakak balunya) pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya. Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan olih balu Allahyarham itu. Antara jawapannya ialah:-
1. suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada). 2. Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan kenama beliau dan anak-anaknya. 3. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan adik-adiknya (seramai 5 orang) memegang 10% setiap seorang).
Untuk makluman, Allahyarham adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan olih Allahyarham sangat maju. Disamping itu, Allahyarham memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar disekitar kawasan Sepang/Dengkil.
Setelah seminggu Allahyarham dikebumikan, peguam Allahyarham memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat Allahyarham. Penulis juga turut dipanggil tampa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di-tingkatan 4, manakala yang bongsunya berusia 6 tahun. Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah:-
1. 30% saham perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan dan 20% lagi diagih sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
2. Tanah pusakanya seluas 10 ekar dipinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.
3. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.
4. Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak dan diuruskan olih saudara perempuannya yang diberi 20%.
5. Wang tunainya dibank (persendirian) diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya.
6. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.
7. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima, manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya kecuali sebuah Proton Saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut(kereta tersebut memang sedang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu seperti berikut :-
"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga yang dapat aku berikan kepadanya. Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat.Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan dan yang paling menyedihkan,tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga. Kebahgiaan aku selama ini hanya dengan amalanku, tugas seharianku, anak-anakku dan adik beradikku, terutama kakakku (yang dianggap sebagai pengganti ibu)."
Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya.
-Duit dapat membeli segala-galanya tapi tidak sebuah kasih sayang