DENGAN LIMPAH KURNIA ..DENGAN PERASAAN PENUH KASIH SAYANG...HAMBA JAMAAH KERDIL MENERIMA WAKIL DARI JAMAAH FORUM YANG MENGGUNAKAN NICK "ADIK LANGAT///" BERHAJAT MENJEMPUT :-
- SEMUA PADUKA AYAHANDA-AYAHANDA, ABANG LONG-ABANG LONG DAN SEMUA ADIK BERADIK KE MAJLIS PERKAHWINAN JAMAAH ADIK LANGAT KITA SENDIRI PADA HARI AHAD 08/05/2005 BERSAMAAN 29 RABIULAWAL 1426 HIJRAH BERTEMPAT DI :-
MOHD NIZAM BIN HASSAN (ADIK LANGAT///) dengan SALFARINA BTE MOHD NOR
LOT 30, BATU 15, DUSUN TUA
HUKU LANGAT
SELANGOR.
DIWAKILKAN JUGA OLEH ADIK LANGAT KEPADA SEMUA JAMAAH FORUM/// UTK MENJEMPUT ADIK BERADIK KITA DILUAR SESISI KELUARGA KE MAJLIS PERKAHWINAN BELIAU.
DIKESEMPATAN DISINI JUGA, ADIK LANGAT MENJEMPUT JUGA AHLI FORUM DISINI YG BELUM MENJADI AHLI PEKIDA UTK TURUT SAMA KE MAJLIS BELIAU NANTI.
ATURCARA MAJLIS
- JAMUAN MAKAN 12.00 TGH - 5.00 PTG
- BERSANDING 2.00 PTG.
TURUT MENGUNDANG
- SEISI KELUARGA
TERIMA KASIH///.
-- Edited by wartawan3 at 10:58, 2005-04-23
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
Inai disapu dijari tandanya mesra Memberitahu hai dikau sudah dipunya Merah bercahaya bibirnya penuh bermakna Di jari manisnya tersarung cincin permata
( korus ) Alangkah indah temasya di malam itu Dua insan karam di lautan madu Menanam dendam berahi satu persatu Berkucup angan di bibir merayu-rayu
Apa kiranya semua dendamnya itu Dalam gembira hai penuh duka sengsara Seorang insan turut memendam rasa Patah hatinya terkorban dalam bercinta
( ulang korus ) Andainya itu sayang berupa erti Setahun janji ditempah hilang sehari Membuat aku sedar diri sendiri Inai merah mu tanda sudah bersuami
nyanyian : S Jibeng
__________________
lll JKB TS utusan ALLAH - kau dan aku sama, satu junjung, satu ikrar, satu hati lll
hang nih naga_putih..... buat suspen aku je... aku klau dengar lagu2 kawin nih ... berderau darah ckit... maklumlah risau takut tergagap-gagap masa akad nanti... ekeekekekek
lagu nasyid ke-2 ini di tujukan buat pengatin yerrrr...
Selamat Pengantin Baru
Bila dua hati dah terjalin Selamatlah pengantin kami doakan Moga redha Allah bersinar selalu Tanda bermula bahtera hidup
Dalam melayari bahtera rumahtangga Ada masa tenang dan masa gelisah Jangan nafsu diikut melulu Sabar dan kemaafan itu perlu
Beginilah resam manusia Tak lari dari ketentuan Ilahi Suami ketua isteri pembantu Melangkah hidup saling berpadu Susah dan senang hadapi bersama Moga kekal ke anak cucu
Moga kekal hingga ke syurga
nyanyian : hijjaz
__________________
lll JKB TS utusan ALLAH - kau dan aku sama, satu junjung, satu ikrar, satu hati lll
Selamat Pengantin Baru Adik Langat semoga berbahgia hendaknya hingga ke akhir hayat sepertimana saudara Haikal katakan tu.Insyaallah settle jerk tempat hamba akan hamba sampai ditempat saudara.
Selamat Pengantin Baru dan kami mendoakan semoga berbahagia hingga ke anak cucu... Insyallah kami akan menghadiri majlis yang berbahagia itu .... dari /// Senawang, SBN
Selamat Pengantin Baru, insyaAllah saya akan tiba di sana bersama keluarga tercinta...///
cepat-cepatler... Kejar aku yang nak masuk dua dah ni... ahaks!!!
Tahniah sekali lagi...
Nizam Vs Salfarina
p/s : Diminta semua ahli forum atau adik beradik supaya dapat mendoakan bakal mempelai kita ni bahagia hingga ke akhir hayat... usahlah didoakan sehingga ke anak cucu sahaja, ANDA MAMPU MENGUBAHNYA...///
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
hurm.. dah nak kahwin pon.. semoga panjang umur murah rezki..semoga hari persandingan tu dirahmati Allah swt dan diberikan kesempurnaan pada majlis tersebut.. doa saya agar berkekalan hingga ke anak cucu dan dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah.. aminn...
-Dusun Tua ngan Cheras tak la jauh mana.. terima kasih diatas jemputan.. insyaAllah, saya cuba datang..
terima kasih atas makluman.insyallah jika berkesempatan kiter bersua dia majlis adik langat.untuk makluman adik langat telah pun bercuti untuk membuat persiapan terakhirnya.
alhamdulillah semua nyer telah selamat... majlis berjalan dengan lancar... cuma cuaca mendung ckit... rahmat tuhan agaknyer.... kepada semua yang hadir ribuan terima kasih saya ucapkan...