Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Lidah perlu dijaga drp percakapan keji


Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:
Lidah perlu dijaga drp percakapan keji


 

SESEORANG Muslim mesti memelihara lidahnya daripada menuturkan kata-kata
yang tidak berfaedah, percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu-domba.


Nabi Muhammad saw memberi banyak ingatan mengenai perkara itu. Antaranya
sabda Baginda bermaksud: "Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka
itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya." (Hadis riwayat at-Tirmizi)


Rasulullah juga bersabda bermaksud: "Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia
suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji." (Hadis riwayat
at-Tirmizi).


Pesan Rasulullah lagi bermaksud: "Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah
kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa
yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya."
(Diriwayatkan oleh Baihaqi).


Imam Nawawi ketika membicarakan hal yang sama berkata:


"Ketahuilah, seseorang mukallaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada
sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan.


"Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut
sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri. H al ini kerana percakapan yang
diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh.


"Kejadian demikian telah banyak berlaku, tetapi kebaikan daripadanya adalah
jarang."


Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari
kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau
tidak, hendaklah diam." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis di atas
membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi
lidahnya dan apabila berkata hanya kepada perkara yang memberi kebaikan
kepada dirinya dan orang lain. Kalau tidak dapat memberi sesuatu yang
membawa kebaikan, maka adalah lebih baik berdiam diri saja.


Rasulullah ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan
seseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: "Takwa kepada Allah dan keindahan
akhlak." Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan orang
ke dalam neraka? Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan."


Nabi Muhammad lagi bersabda lagi bermaksud: "Sesiapa mengawal lidahnya
(daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup
kecelaannya (hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah
akan melindunginya daripada seksa-Nya. Dan sesiapa yang meminta
kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan
kelonggarannya." (Hadis riwayat Ibnu Abib-Duanya).


Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya, Rasulullah bermaksud : "Tidak akan
lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan
lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan
masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya."


Begitulah pentingnya seseorang itu memelihara lidahnya daripada percakapan
yang buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah. Allah mengurniakan umatnya
dengan sebaik-sebaiknya nikmat. Oleh itu, nikmat lidah yang diberikan,
hendaklah digunakan ke jalan yang diredai-Nya.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 270
Date:

Berdiam diri adalah lebih baik drpd berkata yg sia-sia

__________________
"Action may not always bring happiness,but there is no happiness without action". -syedezree@pekida.org-


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

thats rite my man!

__________________
...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard