Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SOAL HATI OLEH DATO' HJ FADZILAH KAMSAH


Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:
SOAL HATI OLEH DATO' HJ FADZILAH KAMSAH


SOAL HATI oleh Dato’ Hj Mohd Fadzilah Kamsah

 


Segala aspek kehidupan berkaitan dengan soal hati


 


“Langkah pertama untuk berubah – terima hakikat anda bermasalah jika anda ada masalah”


 


3 kategori manusia:


 


1)      Orang yang berjaya – hari ini lebih baik drp semalam


2)      Orang yang terpedaya – hari ini sama seperti semalam


3)      Orang yang celaka – hari ini lebih teruk daripada semalam


 


“Sesungguhnya Allah sangat mengasihi seseorang yang apabila melakukan pekerjaannya, dia melakukannya dengan cara yang paling baik” – Riwayat Thabrani


 


“Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya.  Sesiapa yang menegur kesilapan saya adalah guru saya” – Peribahasa Cina


 


Jangkauan Minda – “Minda manusia apb diregang ke tahap baru… Tidak akan balik ke tahap lama”


 


“Setiap kegiatan yang kita lakukan masih belum sempurna dan masih boleh ditingkatkan”.


 


“Ramai orang yang tidak berubah bukan kerana mereka tidak mahu berubah, tetapi mereka tidak tahu atau tidak nampak keperluan untuk berubah” – MFK


 


“Bila anda biasa membuat silap, apa yang betul terasa silap”


 


“Sedari hakikat bahawa setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri dan kita yang perlu menyelesaikannya”


 


“Orang yang berfikiran negatif 10 kali ganda lebih peluang untuk mendapat sakit berbanding orang yang berfikiran positif.  Makanan kepada penyakit ialah pemikiran yang negatif” – Prof B. Siegel


 


Cara mencuci hati:


 



  1. Dirikan solat dan berdoa
  2. Istigfar dan zikrullah
  3. Solat taubat dan solat tahajud
  4. Baca Al-Quran/kitab/hadith
  5. Meminta dan memberi maaf
  6. Bisikan kendiri yang positif
  7. Muhasabah dan murakabah
  8. Mencuci minda dan memprogramkan semula minda-bersangka baik
  9. Berpuasa
  10. Ingat mati
  11. Kekalkan wuduk
  12. Bersedekah
  13. Beri orang makan
  14. Jaga makanan
  15. Berkawan dengan ulama’ dan berkawan dengan orang yang susah
  16. Pesan memesan untuk kebaikan
  17. Jaga pancaindera

 


“Untuk mengenal peribadi yang sebenar, kita perlu membezakan antara:


 



  1. Sifat semulajadi
  2. Sifat yang dibentuk melalui latihan, bimbingan, nasihat, kaunseling, memprogram minda dan doa”

 


Sumber untuk mengenal peribadi:


 



  1. Nama dan maknanya
  2. Perawakan fizikal
  3. Tarikh lahir
  4. Tulisan
  5. Warna kegemaran
  6. Urutan dalam keluarga
  7. Latarbelakang keluarga, didikan dan persekitaran
  8. Ilmu dan amalan ibadah
  9. Peribadi pasangan
  10. Peribadi kawan rapat
  11. Nilai dan pegangan hidup
  12. Peta hidup
  13. Perlakuan dan tindakan
  14. Tutur kata dan cara berkomunikasi
  15. Gelombang

 


 



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard