Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: RASULULLAH IDOLA SEJATI


Senior

Status: Offline
Posts: 192
Date:
RASULULLAH IDOLA SEJATI



Pada 15hb April 2005 yang lalu, Program Fiesta Media Idola telah
dirasmikan
oleh Sultan Pahang di Stadium Darul Makmur. Fiesta Media Idola (FMI)
ini
dianjurkan dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan diantara pihak
media,
artis, bintang sukan dan rakyat. Acara yang diadakan pada 15-17 April
itu
dikatakan telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat. Ini tidaklah
menghairankan memandangkan ramai artis popular dan bintang sukan yang
terlibat di dalam acara yang dipertandingkan. Para peminat sudah
tentunya
tidak mahu melepaskan peluang untuk berinteraksi dengan artis yang
selama
ini menjadi idola mereka. Namun hakikatnya, disebalik 'kejayaan'
penganjuran
program tersebut, tidakkah kita tertanya-tanya samada menjadikan artis
dan
bintang sukan sebagai idola akan benar-benar dapat membina shakhsiah
para
remaja Islam kita hari ini? Kejadian-keajadian tidak bermoral yang
begitu
banyak dilaporkan sejak kebelakangan ini sudah tentu membimbangkan kita
dan
kewajaran diadakan Fiesta sebegini
perlulah dipersoalkan. Apa yang kita perlukan bukanlah idola yang akan
terus menjerumuskan rakyat, terutamanya para pemuda-pemudi kita ke
lembah
kekusutan, namun apa yang diperlukan adalah idola yang akan dapat
mengembalikan kegemilangan dan keunggulan umat yang digelar Allah swt
sebagai umat yang terbaik. Hanya selang beberapa hari selepas Fiesta
ini,
sambutan Maulidur Rasul diadakan bagi memperingati hari kelahiran
Junjungan
Besar Nabi Muhammad saw. Bukankah sewajarnya, pada hari itu dan
hari-hari
seterusnya, kita menghayati rahmat yang telah Allah turunkan untuk alam
semesta ini dan memahami tujuan sebenar Rasulullah saw diutus kepada
umat
manusia. Inilah idola yang sewajarnya dijadikan contoh oleh umat
manusia,
terutamanya para pemuda-pemudi yang merupakan harapan kaum muslimin
dalam
mengembalikan kegemilangan Islam. Kesedaran yang lahir daripada
kefahaman
tersebut seharusnya membuatkan kita insaf terhadap apa yang berlaku
kepada
sebahagian besar kaum muslimin diseluruh dunia.
Umat Islam di seluruh dunia pada masa ini sudah tidak lagi dianggap
sebagai
umat yang terbaik. Umat Islam hari ini sudah jauh ketinggalan di dalam
banyak aspek kehidupan. Bahkan, di sesetengah negara, umat Islam berada
didalam keadaan yang cukup hina.


TUJUAN RASULULLAH SAW DIUTUS


Firman Allah swt:

"Tidaklah kami mengutus kamu selain sebagai rahmat bagi semesta alam"

[ TMQ Al Anbiyaa'(21) : 107]



"Dialah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang
benar
agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama, meskipun orang-orang musyrik
membencinya."

[TMQ Ash Shaff (21) : 9]



"Dialah yang mengutus Rasul-Nya(dengan membawa) petunjuk (Al Quran) dan
agama yang benar agar dimenangkan-Nya terhadap semua agama, walaupun
orang-orang musyrik tidak menyukainya".

[TMQ At Taubah(9):33]



Ayat-ayat di atas menerangkan kepada kita dengan jelas bahawa Allah swt
telah mengutus Muhammad saw sebagai Rasul-Nya yang terakhir dengan
membawa
petunjuk yang merupakan Deenul Haq, mengatasi kesemua ajaran batil yang
lain. Rasulullah saw melaksanakan tugas dakwahnya dengan berpandukan
kepada
wahyu. Jika kita mengharapkan kejayaan sepertimana yang telah dicapai
oleh
Rasulullah saw, maka pilihan yang ada hanyalah dengan memahami thariqah
Rasulullah saw dan menjadikannya sebagai rujukan utama dan idola di
dalam
kehidupan kita.

         Nabi saw menyeru kepada umat manusia keseluruhannya dan
mengajak
mereka untuk menerima kekuasaan Allah swt. tanpa menyekutukanNya dalam
apa-apa bentuk sekalipun. Rasulullah saw telah memperuntukkan
sebahagian
besar hayatnya untuk menghapuskan kekufuran dan menegakkan agama Allah
secara menyeluruh. Rasulullah saw telah membuktikannya melalui
penubuhan
negara Islam yang pertama di Madinah. Bahkan baginda tidak pernah
berhenti
dan usaha tersebut diteruskan oleh para sahabat dan para tabi'in
sehingga
hampir dua pertiga dunia tunduk kepada kedaulatan hukum Allah swt.


HUKUM MENGIKUTI PERBUATAN RASULULLAH


         Setiap perbuatan Rasulullah saw mengandungi perintah (thalab)
baginda terhadap perbuatan tersebut. Perbuatan tersebut tidak
menunjukkan
makna wajib, sunah atau mubah. Hanya melalui indikasi (qarinah)
tertentu
dapat dipastikan samada perbuatan baginda saw tersebut membawa status
wajib,
sunah ataukah mubah. Kerana itulah, hukum asal perbuatan baginda saw
hanya
menunjukkan adanya perintah (thalab), bukan yang lain. Kemudian,
qarinahlah
yang menentukan status perbuatan tersebut samada wajib, sunah atau
mubah.
Terdapat dua aspek yang berkaitan dengan perbuatan Rasulullah saw.
Aspek
pertama adalah yang berkaitan dengan hukum mengikuti perbuatan baginda
(hukmu al-ittiba'). Di dalam aspek ini, setiap muslim wajib menjadikan
Rasulullah saw sebagai rujukan ketika melaksanakan suatu perbuatan. 
Aspek
kedua ialah hukum melaksanakan perbuatan baginda (al-qiyam bihi). Di
dalam
aspek ini pula, status setiap perbuatan itu mesti ditentukan melalui
indikasi yang terdapat di dalamnya; iaitu
samada ianya adalah termasuk di dalam perkara wajib, sunah ataupun
mubah.

           Di dalam kitab-kitab sirah nabawiyah, kita akan mendapati
bahawa
sebahagian besar isi kandungannya adalah berkaitan dengan perjuangan
Rasulullah saw dalam menegakkan hukum Allah swt di muka bumi ini.
Perjuangan
yang ditempuh oleh Rasulullah saw di dalam mengembangkan dakwah Islam
dan
mendirikan negara mempunyai kaedah (thareqah) tertentu dan dilakukan
secara
berterusan tanpa henti. Ini menunjukkan kepada kita bahawa
tanggungjawab
untuk mengembang dakwah dan mendirikan negara Islam tidak boleh
dinafikan
dan ditinggalkan oleh mana-mana individu muslim.



MENEGAKKAN NEGARA ISLAM YANG PERTAMA



         Setelah mengkaji sirah secara terperinci, kita akan mendapati
bahawa titik bermulanya Islam tersebar ke seluruh dunia adalah melalui
kekuatan sebuah negara. Rasulullah saw berjaya membuka kota Mekah dan
berjaya mewujudkan rasa gerun di kalangan kuasa-kuasa besar dunia
ketika
itu, iaitu Rom dan Parsi. Melalui sirah Rasulullah saw juga, kita akan
dapati bahawa  perjuangan yang dilalui oleh Rasulullah saw bukanlah
suatu
kebetulan, akan tetapi ianya telah dirancang dengan teliti melalui
petunjuk
daripada Allah swt. Perjuangan Rasulullah saw menubuhkan negara Islam
dapat
dibahagikan kepada tiga tahap di mana tahap sebelumnya menjadi
prasyarat
kepada tahap kemudiannya. Ia bermula dengan tahap Sirriyah, tahap
Dzahriyah
dan kemudiannya tahap Thalabun Nusrah bagi meraih sokongan dan
kekuasaan
politik untuk menerapkan Islam.


Tahap 1 : Dakwah Sirriyah


      Pada tahap yang awal ini, Nabi saw menyampaikan risalah Islam
kepada
para sahabat dan kerabatnya. Melalui bantuan kerabat dan sahabat dekat
yang
telah masuk Islam, Nabi saw mampu mengajak orang-orang lain untuk
memeluk
Islam. Misalnya, Abu Bakar ra mengajak Utsman bin Affan, Abdurrahman
bin
Auf, Sa'ad bin Abi Waqqash dan yang lainnya untuk memeluk Islam.

        Sepanjang tahap awal ini, yang berlangsung selama tiga tahun,
Islam
disampaikan secara individu, serta belum ada pertembungan pemikiran
atau
ideologi dengan orang-orang musyrik dan kehidupan jahiliyyahnya. Pada
masa
ini, Nabi saw membina dan mengembangkan nafsiyyah dan aqliyyah para
sahabat
agar berjalan sesuai dengan Al-Quran serta menanamkan keyakinan yang
kuat
terhadap akidah Islam. Tanpa keyakinan akidah dan thariqah yang
mendalam
pada diri individu, seperti yang ada pada para sahabat Rasulullah saw,
setiap gerakan yang menyeru kepada perubahan akan cenderung untuk
melakukan
kompromi dan mengelak daripada mencipta sebarang konflik. Oleh kerana
itu,
Rasulullah saw sangat mementingkan pembinaan keperibadian Islam yang
kuat di
kalangan para sahabatnya. Proses mendirikan sebuah negara Islam
bukanlah
bersifat individu. Rasulullah saw sendiri telah mendirikan parti yang
terdiri daripada diri beliau sendiri dan para sahabatnya. Ia merupakan
usaha
yang bersifat kolektif dan pada
peringkat Sirriyah inilah, Rasulullah saw telah membentuk
sahabat-sahabatnya menjadi suatu unit yang bersedia untuk menempuh
tahap
seterusnya.



Tahap 2 : Tahap Dzahriyah ( Interaksi Terbuka)



Firman Allah swt:

"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang
diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang
musyrik.
Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada ( kejahatan) orang-orang
yang
memperolok-olokan (kamu), (yaitu) orang-orang yang menganggap adanya
tuhan
yang lain di samping Allah; maka mereka kelak akan mengetahui (
akibatnya)"
[TMQ Al Hijr(15) : 94-96]



Ayat ini menandakan proses perubahan dakwah Rasulullah saw dari tahap
pertama ke tahap kedua. Rasulullah saw memasuki tahap kedua melalui
wahyu
Allah swt. Ini dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa penentuan
setiap
tahapan dakwah itu bukanlah berbentuk uslub (cara) yang bersifat mubah
tetapi ianya adalah hukum perintah yang mesti diikuti. Pada tahap kedua
ini,
Nabi saw mula secara terbuka mengajak orang-orang Mekah untuk menerima
dan
menyembah Allah swt semata-mata; agar mereka meninggalkan kehidupan
jahiliah
dan memeluk Islam. Beliau memilih sejumlah uslub untuk membawa Islam ke
arena yang lebih terbuka. Misalnya, beliau pernah mengundang sejumlah
kerabat, diantaranya terdapat pemimpin-pemimpin Quraisy  untuk
menghadiri
jamuan makan di rumah beliau. Di dalam majlis itu, Rasulullah saw
menyampaikan Islam kepada mereka.

        Nabi saw juga telah menampilkan kaum muslim sebagai kelompok
tersusun dan bersistem (jama'ah mutakattilah) yang beri'tikad untuk
menentang dan mengubah masyarakat dari segi nilai-nilai,
adat-tradisinya
yang bertentangan dengan ajaran Islam, pemikiran dan perasaannnya,
serta
sistem pemerintahan dan sistem pengaturan urusan kehidupannya.
Perjuangan
kolektif itu mampu mencipta pandangan awam tentang dakwah Islam dan hal
ini
membantu penyebaran Islam ke seluruh Mekah. Orang-orang yang masuk
Islam
adalah mereka yang mempunyai pemikiran dan hati yang memahami
kemurnian,
kebijaksanaan dan kebenaran Islam.

         Ketika menjalankan tugasnya, Nabi saw, terus menyerang sistem
jahiliyyah tanpa melalui jalan kompromi atau penyimpangan.  Ketika
Quraisy
tidak mampu menghentikan dakwah Rasulullah saw  dengan pemikiran dan
perdebatan, mereka kemudian cuba untuk melakukan kompromi dan tawar
menawar.
Para pemimpin Quraisy mengirim sejumlah delegasi kepada Nabi saw untuk
menawarkan harta, kepimpinan dan kekuasaan. Namun, Nabi saw. menolak
segala
bentuk kompromi dan terus menyerukan dakwah Islam secara terbuka.
Kerana
kegagalan tersebutlah  menyebabkan pemimpin-pemimpin Quraisy mula
melakukan
kekerasan untuk menghentikan dakwah Rasulullah saw. Mereka menyeksa dan
membunuh kaum muslimin. Mereka juga mengarahkan serangan secara
langsung
terhadap Nabi saw dengan cara memfitnah, menyebarkan kebohongan dan
propaganda untuk menghina beliau, serta usaha untuk membunuh beliau.
Namun
begitu, usaha-usaha itu juga langsung tidak dapat menghentikan dakwah
bahkan
kaum muslimin semakin termotivasi. Pada tahap
ini, Nabi saw berjuang dengan lebih bersungguh-sungguh.

Ketika Nabi saw menyedari bahawa orang-orang Quraisy tidak akan
mendokong
penerapan hukum Islam di Mekah, beliau mula mencari dokongan dan
kekuasaan
dari suku selain Quraisy, misalnya Bani Tsaqif, Kindah, Bani Amir bin
Sha'sha'ah, Bani Kalb dan Bani Hanifah. Bukti bahawa Rasulullah saw
mencari
sokongan dan kekuasaan politik daripada bani-bani tersebut dapat
dilihat di
dalam catatan sirah merujuk kepada kata-kata suku Amir Sha'sha'ah
kepada
Rasulullah saw, " Kami harus menyerahkan leher kami pada pedang
orang-orang
Arab (membahayakan diri dalam peperangan) demi melindungimu, akan
tetapi
ketika kemenangan diraih, kekuasaan diberikan kepada kamu?" ( Sirah
Nabawiyah Ibnu Hisyam).

Sesungguhnya usaha yang dilakukan oleh Rasulullah saw didalam mencari
sokongan dan kekuasaan politik tanpa henti-henti sehingga menempuh
kejayaan
menunjukkan kepada kita bahawa Rasulullah saw ketika itu menginginkan
adanya
suatu insitusi yang memiliki kekuatan sebagai pelindung dan penyebar
untuk
menolong agama ini. Fenomena seperti ini menunjukkan bahawa jalan
dakwah
Islam bukanlah hanya dengan memanifestasikan kesabaran ketika
menghadapi
gangguan, malah ia juga dimanifestasikan dengan usaha untuk mewujudkan
kekuatan yang boleh melindungi umat Islam. Lebih dari itu, semua
peristiwa
dan huraian di atas merupakan batu asas yang merupakan tapak kukuh bagi
tertubuhnya Daulah Islamiyyah. Daulah Islamiyyah inilah yang kelak akan
menerapkan Islam di tengah-tengah masyarakat, mengembangkan risalahnya
yang
bersifat global kepada umat manusia seluruhnya, serta yang memiliki
kekuatan
yang mampu melindunginya sekaligus menghapuskan segala rintangan
fizikal
yang menghalang penyebarannya.


Tahap 3 : Menerapkan dan Mengembang Islam
     

         Akhirnya usaha Rasulullah saw berjaya mendapat dokongan dan
kekuasaan untuk menegakkan Islam. Rasulullah saw berjaya menarik
perhatian
rombongan haji dari Madinah sehinggalah terjadi peristiwa Bai'ah Aqabah
ke 2
. Bai'ah Aqabah ke 2 merupakan janji setia diantara wakil-wakil
penduduk
Madinah dengan Rasulullah saw. Semasa bai'ah ini, mereka berjanji akan
melindungi dan memberikan dokongan serta kekuasaan kepada Rasulullah
saw.

            Setelah meneliti perkembangan dakwah di Madinah, Rasulullah
saw
akhirnya memerintahkan kaum muslimin berhijrah ke Madinah. Hijrah ke
Madinah
merupakan momentum perpindahan fasa dakwah dari aktiviti yang bersifat
lisan
dan penuh kesabaran ke fasa penerapan syariat Islam melalui sebuah
institusi
negara, yakni Daulah Islamiyyah. Fasa ini menjadikan dakwah Rasulullah
saw
dilakukan dengan cara yang sangat berbeza iaitu melalui institusi
negara.
Negara inilah yang memerintah dengan Islam serta menerapkannya secara
menyeluruh dan mendakwahkannya dengan hujah dan bukti yang nyata,
sekaligus
mengembangkannnya dengan kekuatan yang mampu melindungi dakwah dari
kekuatan
kufur.

        
KEJAYAAN RASULULLAH SAW


Menjadikan Rasulullah saw sebagai idola bukanlah hanya sekadar
mengambil
nilai-nilai murni akhlak baginda. Ianya adalah lebih daripada itu.
Tujuan
sebenar Rasulullah saw diutus dapat difahami melalui hasil perjuangan
dakwahnya - tertegaknya sebuah negara dan Islam diterapkan secara
sempurna
dan menyeluruh( kaffah). Sebagaimana firman Allah swt:



"Hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah aku
cukupkan untuk kamu nikmatku, serta aku redha Islam sebagai agama kamu"
[TMQ
Al Maidah(5) : 3]



Kejayaan yang dicapai oleh Rasulullah saw sebelum kewafatan baginda
adalah
menerapkan Islam secara kaffah. Pernyataan bahawa kita menjadikan
Rasulullah
saw sebagai idola sejati membawa pengertian bahawa kita juga mesti
mempunyai
matlamat untuk berjuang menerapkan Islam secara kaffah. Islam tidak
boleh
diterapkan sebahagian demi sebahagian kerana apabila kita menerapkan
Islam
secara sebahagian, bermakna kita akan menerapkan hukum kufur pada
sebahagian
yang lain sedangkan menerapkan hukum dengan hukum selain Islam adalah
bertentangan dengan apa yang telah Allah tetapkan.  Tidak wajar juga
sekiranya Islam diambil hanya sekadar contoh dan suri teladan
semata-mata
atau menjadi tempelan kepada sistem kapitalis dengan berwajahkan
berbagai
nama yang indah-indah - namun hakikatnya risalah Rasulullah ini masih
tidak
diterapkan. Allah swt berfirman:



"Dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa telah diturunkan oleh
Allah
swt mereka itu adalah orang-orang yang fasiq" [TMQ Al Maidah (5)]


Wahai kaum muslimin!


Idola kita yang sebenar adalah Nabi Muhammad saw. Baginda tidak ada
tolok
bandingannya dengan tokoh-tokoh dunia yang lain, artis mahupun bintang
sukan. Tidaklah wajar bagi individu muslim menjadikan tokoh-tokoh
selain
baginda sebagai idola. Para sahabat dan para tab'in telah menjadikan
Rasulullah saw sebagai titik rujukan dan idola mereka. Dengan ketaqwaan
dan
semangat yang mereka ikuti dari idola ini, mereka telah berjaya membawa
Islam ke seluruh dunia dan suatu ketika pernah menguasai dua pertiga
dunia.
Tidak pernah dunia mengecap keadilan, keharmonian dan kerahmatan selain
dari
waktu ini.



"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang
baik
bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (
kedatangan)
hari kiamat dan ia banyak mengingati Allah" [TMQ Al Ahzab (33) : 21]



Obor perjuangan menegakkan Islam telah dinyalakan, hanya menunggu
paluan
gendang. Pendayung sudah ditangan mengapa termenung kelu dan membisu.
Masa
kian suntuk, bukalah minda lihatlah dunia dan kita akan
tertanya-tanya...adakah ketenangan dan keharmonian di sekeliling kita
ini
suatu realiti? Ataukah  mungkin hanya fatamorgana?  Fikir-fikirkanlah.



Wallahua'lam

__________________
"CIVIC"


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum,


maaf cakap la noo kalo tersinggung....saya penah dgq di radio penang masa ruangan tanya kemusykilan agama....ada pemanggil bercakap mengenai "idola" dan dia bertanya sinis kpd ustaz itu dlm radio ...ttg kedaifan k'jaan membentung siaran tv yg menayang cerita mcm Malaysian Idol ...iaitu menjadikan artis sbg Idola dan bukan Rasullullah...nak tau apa jawapan ustaz tuh....Menjadikan Rasullullah sbg Idola pun tak boleh kerna...kita kena faham maksud Idola itu sendiri...dan selepas di selidiki...maksud idola adalah menganggap sesuatu sbg dewa...memdewadewakan jadik kalo kiter mendewadewakan nabi kita sendirik maksudnya kita mensyirikkan Allah tanpa kita sedar....Jadi saya rasa perkataan itu tak sesuai di gunakan ....ubah saja ke perkataan lain....


 


wassalam 



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Veteran

Status: Offline
Posts: 71
Date:

macam mana pulak HUKUM NYA kalau kita meletakkan nama gelaran atau nick name "DEWA",nak kena ubah jugak ker?


atau cakap jer,paham tarak...punggah.....minta maaf noooooo.....



-- Edited by zairi_82 at 02:06, 2005-05-05

__________________
zairi_82


Senior

Status: Offline
Posts: 221
Date:

quote:

Originally posted by: zairi_82

"macam mana pulak HUKUM NYA kalau kita meletakkan nama gelaran atau nick name "DEWA",nak kena ubah jugak ker? atau cakap jer,paham tarak...punggah.....minta maaf noooooo.....-- Edited by zairi_82 at 02:06, 2005-05-05"

tu laaa... kengkadang tu kuman seberang laut dia nampak... gajah depan mata lak dia tak nampak...

__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214 "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum to all,


saya tahu apabila menkritik kita kena sedia utk dikritik....ok ini jawapan saya...nama DewaPetir ini saya ambil dari watak komik hongkong dan ia tiada kena mengena dgn dewa hindu atau dewa agama lain dan saya tidak pernah dan tidak akan  mengganggap apa saja dewa sembahan di dunia ini sbg tuhan mahupun tuhan mrk....kerna mrk adalah di kalangan bangsa Jin ....nama samaran ini bukan nama yg dibubuh oleh keluarga saya spt dlm IC...jadi saya rasa tidak salah...menggunakannya utk mengelakkan dari kesan buruk internet....nick ini jugak sbg cover up utk diri saya sebenar... dan reply yg saya beri itu ikhlas dari hati dan bukan tujuan utk membangkang topik anda...Yg buruk dari saya sendiri dan yg baik dari Allah...



Wassalam 



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Senior

Status: Offline
Posts: 221
Date:

quote:

Originally posted by: DewaPetir

"askum to all, saya tahu apabila menkritik kita kena sedia utk dikritik....ok ini jawapan saya...nama DewaPetir ini saya ambil dari watak komik hongkong dan ia tiada kena mengena dgn dewa hindu atau dewa agama lain dan saya tidak pernah dan tidak akan  mengganggap apa saja dewa sembahan di dunia ini sbg tuhan mahupun tuhan mrk....kerna mrk adalah di kalangan bangsa Jin ....nama samaran ini bukan nama yg dibubuh oleh keluarga saya spt dlm IC...jadi saya rasa tidak salah...menggunakannya utk mengelakkan dari kesan buruk internet....nick ini jugak sbg cover up utk diri saya sebenar... dan reply yg saya beri itu ikhlas dari hati dan bukan tujuan utk membangkang topik anda...Yg buruk dari saya sendiri dan yg baik dari Allah... Wassalam "

okkkk... boleh diterima pakai...

__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214 "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:


tukak ler nama hang tu. jangan guna nama DEWA. dewa tu puak2 hindu punya tuhan punya nama. kot2 salah paham, kena gam plak nanti.


 



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 223
Date:

///

__________________
/// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard